Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan kemudiannya mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka,secara sembunyi atau terang-terangan,mereka(dengan amalan demikian) mengharapkan satu perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dengan limpah kurniaNya.Sesungguhnya Allah amat pengampun,lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya."
(Al-Fathir :ayat 29-30)

Selaut pujian dihamparkan selayaknya hanya kehadrat Tuhan RobbulJalil kerana dengan izin dan inayahNya masih lagi DIA mengurniakan nikmat terbesar kepada saya dan kalian juga iaitu nikmat IMAN dan ISLAM..Malah dengan rahmat dan kasih sayangNya jua masih menempatkan saya lagi di kawah ilmu ini bersama ribuan hambaNya yang lain untuk sama-sama menggali ilmu-ilmu addinul Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah..Alhamdulillah ya Rabb..

Menghafaz..memelihara.. seterusnya yang paling utama mengamalkan segala isi kandungan al-Quran merupakan muqarrar yang terpenting kepada kita selaku penuntut agama..sebanyak mana pun al-Quran yang kita baca dan hafaz tidak dapat tidak PASti ada juga yang kita ingat..cuma yang menjadi kelemahan kepada saya dan mungkin juga kalian..memelihara dan mengingat sebaiknya apa yang pernah di hafaz..sukarnya untuk meraih istiqamah dalam mengulang bacaan itu..

Proses menghafaz mungkin agak mudah namun demikian memelihara hafazan bukanlah suatu perkara yang mudah..kita lebih mudah mengingat jalan cerita filem-filem,menghayati novel-novel malah terkadang tidak ada satu bab pun yang tidak mampu kita ingat,semuanya bagaikan pantulan cermin sahaja....Namun amat malang dengan Al-Quran, berapa surah dan berapa ayat sahaja yang kita ingat..malangnya nasib al-Quran yang mulia..seolah al-Quran sekadar muqarrar untuk periksa..sekadar mukarrar untuk meraih kejayaan di dalam imtihan..

Taklifan dan ujian Al-Quran yang Syeikhuna Ustaz Baz laksanakan di maahad beberapa minggu ini memang banyak memuhasabah diri..Walaupun baru surah al-Baqarah yang ditebuk tetapi melihat aksi masing-masing ketika menjawab memang mendebarkan..di tambah lagi belum sempat habis dijawab,di soal pula soalan yang lain..Lemahnya lagi bacaan kita semua..

Terngiang-ngiang lagi bicara nasihat Syeikhuna ustaz Baz dalam kuliah.."Sebenarnya dengan ingatan al-Quran kalian yang agak lemah sepatutnya kalian hanya boleh untuk mengajar tajwid dan membetulkan bacaan sahaja apabila kembali ke malaysia..bagaimana kalian boleh nak tasmi' pelajar lain sedangkan kalian juga tidak ingat al-Quran"

Ye nasihat yang amat berguna dan mungkin juga sebagai satu cabaran untuk kita lebih memperbaiki kelemahan yang ada..

"K.su macamana ye nk istiqamah dalam mengulang al-Quran..saya dah rasa macam blur je"..luah seorang sahabat

Betul..yang paling utama bagaimana untuk istiqamah dalam mengulang bacaan..terkadang berapa banyak jadual i'adah yang sudah ditampal di dinding,berapa banyak kata-kata penguat semangat..namun belum tentu kita mampu untuk mengikutinya..payah benar hendak mendidik hati yang satu ini ke arah kebaikkan :)

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Maka beristiqamahlah kamu pada jalan yang benar,sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan juga orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas,sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan "
(Surah Hud : ayat 112)

Istiqamah adalah mengerjakan sesuatu dengan berterusan dan menepati masanya.Sikap istiqamah adalah faktor yang paling menentukan dalam keberhasilan mengerjakan sesuatu..Teringat pesanan Syeikh Ahmadi yang amat saya sayangi..Syeikh yang amat memahami kelemahan saya yang terlalu banyak berbanding orang lain..Saya tidak masyi Quran seperti sahabat-sahabat lain..itulah lemahnya saya.."Saya hendak kamu baca setiap selepas solat lima waktu satu juzuk Al-Quran..mengikut tajwid yang betul..PAStikan bacaan kamu 30 minit sahaja dan PAStikan setiap hari cukup 5 juzuk kamu baca..I.Allah walau kamu tidak mampu nak i'adah tapi dengan membaca sebegitu akan memudahkan kamu..yang penting kamu mesti istiqamah..janji dengan saya.."

Tepat sekali nasihat Syeikh ketika itu..saya cuba mempratikkan apa yang Syeikh nasihat..Alhamdulillah terlalu banyak kesan yang saya dapat ketika itu..walau tidak mampu mengingat semuanya tapi ia amat memudahkan..Benarlah bahawa sebaik-baik perkara adalah berterusan sekalipun hanya sedikit.."Sedikit yang berterusan (istiqamah) lebih dapat diharapkan keberhasilanya daripada banyak yang membosankan..

Tapi itulah saya,manusia yang sering lalai dan lemah..tidak mampu untuk istiqamah apa yang Syeikh nasihat..kenapa dulu saya boleh ikut tapi sekarang tidak..mudah benar mencari alasan.."tak sempat la"...."ada kerja lain la"..."nanti malam saya qada' la ngaji 5 juz terus"(walau hakikatnya tidak buat juga).. ..terkadang tidak penting manapun kerja yang perlu laksanakan,sempat sahaja andai untuk menghabiskan satu juz..tapi itulah manusia..bijak benar mencipta alasan :)

Alangkah bagusnya andai kita mampu istiqamah dengan al-Quran seperti istiqamahnya kita di depan TV setiap minggu menunggu cerita-cerita bersiri yang kita minati ataupun seperti istiqamahnya kita membaca setiap email dari 'buah hati' tersayang ;)..Muhasabah kembali setahap mana istiqamahnya kita dengan segala kebaikkan..Adakah al-Quran hanya kita sentuh untuk di ulang-ulang ketika imtihan bakal menjelang ataupun sebaliknya..Sayangilah dan hargailah anugerah 'Surat Cinta' yang mulia dari Pencipta kita itu..tepuk dada tanya Iman..jangan tanya selera kerana selera kita sentiasa menjurus ke arah nafsu.. :)

Saya ingin sangat masyi al-Quran dan yang paling penting mengamalkan kandungan al-Quran sebaiknya..Sahabat-sahabat doakan saya..moga sentiasa ISTIQAMAH..dan yang penting kalian juga ;)..sama-sama kita sentiasa istiqamah menuju ke arah kebaikkan..

0 comments: