Bismillahirrahmanirrahim...

Firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (Al-Anbiyaa' ayat 35)

"...salam..pak teh dah meninggal jap tadi..serangan jantung..al-Fatihah.."

Mesej ringkas yang saya terima malam tadi amat mengejutkan saya dan membuatkan saya terpana seketika..Kematian bapa saudara yang tiba-tiba mengejutkan saya..memang hakikatnya saya merasa sedih,lebih-lebih lagi saya jauh dari sisi beliau di saat-saat terakhir..moga-moga beliau tergolong dalam golongan mereka-mereka yang berjaya..tapi bukan itu saja yang membuatkan hati saya merasa sayu,hakikatnya saya membayangkan diri saya sendiri..Bila tiba saat saya nanti sudah bersediakah saya dengan amalan-amalan untuk berjumpa dengan Pencipta Kita...Ya Allah,dimanakah tempatku nanti..SyurgaMu atau NerakaMu..Ya Allah,ampunkan dosa-dosaku..

Dari tanah kita datang dan ke dalam tanah juga kita akan kembali..Kematian itu PASti akan datang..kita jemput atau tidak,kita bersedia atau tidak PASti ia akan datang jua..Siapapun kita samaada menteri,sultan,alim ulamak,orang tua,orang muda,kaya mahupun miskin bila tiba saatnya,walau lari ke mana sekalipun apabila datang malaikat Izrail PASti di cabut jua nyawa kita saat itu..Tidak akan ada istilah tunggu sekejap..

Kita sering alpa dengan kematian..kita sering mendabik dada melakukan maksiat seolah-olah kita akan hidup selamanya di dunia ini..bertimbun harta kita himpun seolah-olah harta-harta itulah bekalan kita di akhirat kelak..kita sering menyakiti manusia tanpa sedar di akhirat kelak kita akan di persoalkan..Hebatkan kita di dunia??

Mati adalah perpisahan nyawa dari jasad yang menjadikannya musnah dan hancur dimakan ulat dan tanah. Kematian bukanlah merupakan akhir dari segalanya, ia adalah suatu kelanjutan bagi kehidupan manusia dalam bentuk yang lain. Mengingat saat kematian akan menenangkan manusia dan mengingatkan kita akan kembali kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Apa yang kita lalui ini adalah sementara sahaja dan proses kehidupan ini sungguh sebentar sebelum berpindah ke alam lain...Bersediakah kita??

Kematian itu adalah satu ketentuan kepada semua makhluk di dunia ini samaada manusia,haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan..Oleh itu persiapkanlah diri kita dengan mengabdikan seluruh jiwa dan raga, hidup dan mati kerana Allah Subhanahu Wata'ala dan sentiasa meningkatkan amal salih dengan keikhlasan serta bersungguh-sungguh kerana Allah Subhanahu Wata'ala dalam segala tindakan ataupun amalan kita...kita tidak tahu bila tibanya kita akan di panggil oleh Allah..Di dunia kita boleh dengan sewenangnya berdalih apabila kita di panggil oleh manusia tapi bila kita di panggil oleh Allah tiada alasan mahupun keuzuran walau sesaat pun..

Sama-sama kita sentiasa mengingati mati dengan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wata'ala agar kita tergolong di antara hamba-hambaNya yang diberi syafaat oleh Allah Subhanahu Wata'ala di akhirat kelak...Ingatlah kematian dan azab Allah itu amat pedih..

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahwa Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam, ketika menghadapi sakaratul maut, mengambil khamishah (kain kecil), dan meletakkannya di wajah beliau, kerana beratnya keadaan yang beliau hadapi. Lalu, beliau berdoa: “Laa ilahaa illallah…laa ilaaha illallah … laa ilaaha illallah. Sungguh, kematian itu amat pedih. Ya Allah, bantulah aku menghadapi sakaratul maut. Ya Allah, ringankanlah sakaratul maut ini buat ku”.

Aisyah menuturkan: “Demi Allah, beliau mencelupkan kain itu ke air, lalu meletakkannya di atas wajahnya”. Lalu, beliau berdoa: “Ya Allah, bantulah aku menghadapi sakaratul maut”. Mengapa Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam berdoa seperti itu? Para Sahabat menafsirkan, beliau berdoa demikian, kerana diberi dua pilihan.Samaada di panjang usianya atau bertemu Tuhannya. Tetapi beliau memilih teman Tertingginya (Rabbnya)’. “Aku ingin segera meninggalkan dunia ini … aku ingin meninggal saat ini”, ujar Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam...

Beliau tahu, betapapun panjangnya usia dan jauhnya ajal, beliau tetap akan mengalami kematian...

Akhi2 dan Ukhti2 seakidahKu..Dunia ini hanyalah sementara..sekadar tempat persinggahan..bukan tempat untuk kita bermain-main tapi tempat untuk kita mencari sebanyaknya bekalan amalan untuk kita kembali ke akhirat kelak..menemui Pencipta yang kita cintai..

Ya Allah,jadikan diriku,keluargaku,saudara maraku,guru-guruku,para 'alim ulamak,sahabat-sahabat seakidahku dan seluruh umat Islam antara mereka-mereka yang mendapat syafa'at dariMu dan penghuni SyurgaMu..Ya Allah jangan Engkau lalaikan kami dengan kemewahan dan keseronokkan dunia yang bersifat sementara ini..Engkau pandulah kami dalam memburu redhaMu..Ameen Ya Rabb...

0 comments: