Bismillahirrahmanirrahim...

"Perjuangan kerana Allah,Allah akan membantumu.Kesedihan akibat peritnya perjuangan akan mendapat balasan yang mulia di sisi-NYA..Perjuangan itu derita,perjuangan itu seolah-olah kita menempuh penderitaan,berdepan dengan kesengsaraan, dan meletakkan diri dalam kepedihan.Itulah perjuangan,ia bukan kesenangan,ia bukan bagai madu yang melazatkan.Tetapi perjuangan kita ini mulia.Perjuangan bagi menyemarakkan sinar Islam ke seluruh buana.Yakin lah yang perjuangan ini tidak pernah sia-sia.Barangsiapa yang membantu Allah dalam urusan-Nya,pasti Allah juga akan membantunya.."-Ikramah Abu Jahal

Perjuangan menegakkan agama Islam adalah tanggungjawab para Anbiya' dan para Rasul dan seterusnya menjadi rantaian kepada umat Islam.Tugas mempertahan dan memperjuangkan agama Islam hakikatnya terpundak di bahu setiap insan..selagi bergelar manusia tugas Daie itu tidak akan terhenti sehinggalah kita di panggil oleh Allah,sama ada kita akan tergolong dalam golongan mereka yang berjaya atau dalam golongan mereka yang gagal di akhirat kelak.

Hakikatnya tugas sebagai seorang Daie itu amat berat,penuh dengan liku-liku,kesukaran dan hentakan yang tiba-tiba..Sejarah telah menunjukkan contoh Rasulullah,para sahabat dan para pejuang terdahulu hidup mereka sentiasa penuh dengan ujian.

Berkata Syeikh Mustafa Masyur :"Sesungguhnya tribulasi dalam kerja dakwah adalah Sunnatullah,barangsiapa yang tidak menempuh ujian dan cubaan dalam kerja Dakwah dibimbangi sebenarnya tersalah memilih jalan perjuangan kerana perjuangan Rasul-Rasul terdahulu adalah perjuangan yang disertai dengan onak dan duri.."

Meneruskan rantaian perjuangan menegakkan Islam adalah menunaikan sebahagian dari hak-hak Allah..Beruntunglah andai kita yang dipilih Allah untuk bersama-sama meneruskan tugas yang pernah dipikul oleh para Anbiya' dan Sahabat-sahabat terdahulu..dan alangkah ruginya andai kita antara golongan mereka yang tercicir..

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Dan sesiapa yang berjihad sesungguhnya (ganjaran) ia berjihad adalah untuk dirinya sendiri.Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta.."
(Al-Ankabut 29:ayat 6)

Firman Allah Ta'ala lagi yang bermaksud :

"Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu.." (Muhammad 47 :ayat 38)

.. k.su..saya rasa down sangat,rasa hilang semangat..saya rasa malas nak bergerak da,rasa macam nak futur pun ada..rasa nak tinggalkan je semua ni,rasa nak bantu dari bawah je..luah akhi kesayangan saya

"akak..saya nak nangis ni,rasa nk balik malaysia minggu depan je,dah tak larat dah,jiwa tak kuat dah rasa nak rebah je..dari mula saya jadi pimpinan hingga sekarang seolah-olah saya tak pernah di percayai..teruk sangat ke saya kak "..luah ukhti kesayangan saya..

Akhi dan Ukhti kesayangan saya..diri ini hakikatnya tidak layak langsung untuk memberi semangat buat kalian kerana diri ini terlalu dhoif berbanding kalian..tapi ksu sayangkan kalian..teramat sayang..ksu sayangkan kalian kerana kita di temukan dan di ikat dalam ukhwah Islamiah menegakkan agama Islam..

Akhi dan Ukhti..

Hakikatnya di manapun posisi kita..pemimpin atau ahli..di malaysia atau di mesir ujian-ujian itu adalah lumrah,samaada dari musuh-musuh kita atau sahabat-sahabat kita sendiri..perasaan sebegitu biasa bagi semua..terkadang kita rasa kita sudah cuba buat yang terbaik dan sudah cuba untuk menjadi yang terbaik tetapi orang akan cari juga kelemahan kita untuk menjatuhkan kita..manusia tidak akan pernah puas hati dengan kita..manusia itu akan sentiasa menghukum mengikut pandangan mereka..semua itu mehnah dan tribulasi dalam perjuangan..biar kita rasa futur tapi kita tetap dalam jemaah.jangan rasa futur kita terus lari dan jauh dengan jemaah dan perjuangan..

Akhi dan Ukhti..

Kadang-kadang kita rasa keseorangan dalam perjuangan ini..kadang-kadang kita rasa hanya di perlukan bila berkepentingan..semua itu menuntut kesabaran..semua itu menuntut pengorbanan dan air mata..hakikatnya kita rasa ingin jauh dari mereka dan jalan perjuangan ini..tapi akhi dan ukhtiku akan gembirakah kita menjadi mereka yang tercicir..selagi prinsip hidup kita di landasan yang betul..teruskan akhi dan ukhtiku..yang di kejar bukan kepuasan atau keredhaan manusia tapi yang kita buru hanyalah Redha Ilahi..ke mana pun kita lari masalah tetap akan kita temui..semua itu tarbiyah..mungkin kita rasa ingin terus selesa tanpa sebarang gangguan emosi dalam gerak kerja dakwah kita..ingin bergerak terus dan laju..percayalah akhi dan ukhti ku bukan dinamakan perjuangan tanpa ujian dan gangguan emosi..andai kita tidak di uji sekarang takut-takut jika Allah takdirkan kita jatuh satu hari nanti PASti kita tidak akan mampu untuk bangun lagi..jadikan ujian sebagai pembakar semangat..bukan melemahkan semangat..

Akhi dan Ukhti..

Perlu kita sedari setinggi mana atau semulia mana pun manusia itu..ia tetap akan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan di dalam diri..lemah,sedih,gembira,putus asa atau sebagainya,semua itu naluri biasa perasaan manusia..bukan dikatakan lemah andai kita bersedih..Singkapan sejarah telah membuktikan Nabi Muhammad juga pernah merasai kesedihan,keperitan,kesengsaraan ketika mana Baginda menjalankan kerja-kerja dakwah..tetapi apa yang paling dituntut adalah kesabaran yang tinggi dalam kita membantu kerja-kerja dakwah ini..

Firman Allah yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali 'Imran :ayat 200)

Akhi dan Ukhti..

Sama-sama kita sentiasa berfikiran positif,memandang semua ujian Allah ini dari sudut RahmatNya..I.Allah,Allah akan bagi apa yang kita fikir..jangan kita rasa lemah untuk terus dalam kerja-kerja dakwah ini..di sini kita dengan ujian sebegini..di Malaysia mungkin ujian kita bertambah berat lagi..percayalah Allah itu tidak zalim..satu hari nanti kalian pasti akan rasa kemanisan atas semua ujian ini..

Mari kita sama-sama singkap lembaran sejarah sirah Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam,kalian lebih arif berbanding diri ini..apa sikap Rasulullah bila masyarakat pulaukan Baginda?Apa sikap Rasulullah ketika mereka tidak menerima Nabi?..Ketika Rasulullah di Ta'if,bermacam-macam kejahatan yang dilakukan ke atas Baginda sehinggakan Baginda jalan perlahan-lahan..tidak mahu darah yang bertakung di dalam kasut Baginda jatuh walau setitik pun di bumi Ta'if kerana bila jatuh.akan hancur bumi Ta'if..Bermacam-macam ujian yang Baginda terima dari penduduk Ta'if tapi hebatnya Baginda bilamana Malaikat tawarkan untuk hancurkan penduduk Ta'if pada masa itu,Baginda menolak..Nabi kata mereka tak faham lagi.I.Allah PASti anak cucu mereka akan bersama Islam..Tengok akhi dan ukhtiku..Rasul tetap optimis satu hari nanti Islam akan lahir di bumi Ta'if..Rasul tetap bersangka baik..Akhirnya Allah balas segalanya..Mampukah kita seperti Baginda??

Akhi dan Ukhti..

Percayalah..kalian insan-insan hebat yang Allah pilih untuk teruskan perjuangan ini..memimpin insan-insan lain..kami terus kuat di jalan dakwah ini kerana kekuatan kalian juga..semangat kalian menjadi Inspirasi kami..Jadilah kalian sebenar-benar pejuang,bersikap jujur dalam perjuangan..

Akhi dan Ukhti ku sayang..percayalah kalian tidak keseorangan di jalan dakwah ini..kami akan tetap dan akan terus menyokong kalian..sama-sama kita berdoa moga Allah terus thabatkan kita walau di mana pun kita berada,walau apa sekalipun ujian yang datang kita tetap hambaNya yang bersyukur dan Redha demi kerana Islam..

0 comments: