Bismillahirrahmanirrahim...

"hobi saya muhasabah diri"jelas anak usrah saya..tersenyum saya mendengar hobi beliau dan pantas sahaja saya teringat kenangan beberapa tahun dahulu ketika mana sesi muhasabah saya bersama intan,faiz,naza dan k.mas di hadiqah gamaah...PASti sahaja pizza dan aiskrim menjadi santapan kami pada pagi itu :)...luahan semangat kami memuhasabahkan diri pada hari itu rupanya didengari oleh pihak lain..tanpa disedari henset salah seorang dari kami ter on ke number ahli baitnya semasa sesi muhasabah berlangsung (ke sabotaj ni ;) )..sampai habis kredit la..sekali pikir macam tak logik tapi itu lah perancangan Allah..mengatur semuanya untuk dijadikan kenangan manis buat kami :)

PAStinya bukan kenangan manis kami itu yang ingin saya tuliskan..tapi yang menarik minat saya adalah hobi anak usrah saya itu..hobi yang mungkin jarang saya dan kalian semua dengari dan minati..hakikatnya muhasabah itu sangat penting dan sangat berfaedah buat diri kita semua sebagai hamba Allah..Sepatutnya menjadi kewajipan kita semua memiliki hobi itu..setiap hari memuhasabah diri supaya kita tidak terus lalai dengan dosa-dosa yang kadang-kadang tanpa sedari kita lakukan..

Muhasabah ialah perilaku menghitung dan memperelokkan diri yang terdapat dalam jiwa manusia menurut kaca mata agama..amalan muhasabah adalah rutin harian kehidupan manusia..samaada untuk diri sendiri mahupun untuk apa2 agenda sekali pun..setiap program, PASti di akhir akan ada muhasabah..MAT(mesyuarat agong tahunan) juga gelanggang untuk memuhasabah..semuanya adalah berhadafkan untuk memperbaiki dan memperelokkan..

Namun demikian kita sering memandang remeh dengan muhasabah sedangkan itulah jalan terbaik untuk memperbaiki diri..dan sering juga kita susah untuk menerima muhasabah orang lain untuk diri kita kerana merasakan diri kita mungkin sempurna berbanding orang lain..itulah kelemahan kita yang sering kita alpakan..agak susah menerima dan memperbaiki diri atas muhasabah atau teguran orang lain..

Sabda Rasulullah yang bermaksud :

"Orang yang pintar ialah yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian,sementara orang yang lemah ialah yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan(yang banyak)"

Sememangnya menjadi tabiat manusia,kadang-kadang takut untuk di muhasabah kerana takut untuk menerima kelemahan diri..sedangkan itulah jalan terbaik..TETAPI...muhasabah yang terbaik adalah muhasabah yang bersifat membina dan bukan untuk menjatuhkan atau memburukkan sesiapa..dan PAStinya bagi saya muhasabah yang di terima adalah muhasabah kepada diri kita sendiri dan bukan memuhasabahkan kita di belakang kita(dengan orang lain)..hakikatnya kadang-kadang kita agak perit menerima teguran,kritikan terhadap kita tetapi akan lagi perit apabila mendengar diri dimuhasabahkan di belakang kita..itulah yang sering terjadi samaada dalam kehidupan kita mahupun dalam program-prgram yang memerlukan muhasabah..kadang-kadang kita hanya rancak di belakang tetapi apabila di gelanggang muhasabah sebenar kitalah mereka-mereka yang sering mengelakkan diri..

Namun, apa yang paling penting adalah, kita melihat kembali kepada diri kita terlebih dahulu.

Teringat doa Saidina Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ketika dibaling batu oleh orang-orang di Thaif kerana tidak mahu menerima dakwah Baginda Sallallahu'alaihiwasallam, yang berbunyi:

“Wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku mengadu kelemahan diriku, kurangnya kaedah kepandaianku (dalam berdakwah) dan hinanya aku di hadapan manusia. Wahai Tuhanku, wahai Tuhan bagi orang-orang yang lemah…”

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam memulakan langkah setelah ditimpa sesuatu ujian dengan muhasabah diri Baginda sendiri walaupun Baginda adalah semulia-mulia manusia yang wujud di muka bumi. Hatta, pada ketika itu, malaikat gunung pun menawarkan untuk menghancurkan penduduk Thaif. Namun, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam memilih sebagai langkah awal adalah untuk muhasabah diri. Ini untuk mengajarkan kepada kita semua tentang kepentingan muhasabah diri.

Hendaklah kita sering merenung dan mengkoreksi ke dalam diri kita, kalaulah kita tidak mempunyai masalah dalam ketaatan kita kepada Allah Ta'ala, nescaya Allah Ta'ala tidak akan membiarkan musuh-musuh Islam menewaskan umat Islam setelah mereka diagungkan. Ukurlah nilai ketaatan kita kepadaNya. Nilailah kejujuran dalam ibadah kita kepadaNya.PAStinya kita akan sentiasa dalam lindungan Allah Ta'ala..

"Semua anak-anak Adam itu berdosa dan orang-orang berdosa yang terbaik adalah orang yang bertaubat"

Moga-moga kita adalah hamba Allah yang sering berusaha untuk memperbaiki diri kerana kita tidak tahu bila mati akan menjemput kita..mana tahu hari ini mungkin yang terakhir buat kita..

Ambillah pengajaran dan pandangan sama ada ingin ditinggalkan atau dilakukan..Cedoklah pengajaran dari kata-kata : Sesiapa yang hari ini tidak menjadi lebih baik daripada kelmarin maka dia tertipu..Sesiapa yang amalnya tidak bertambah maka sememangnya dia berkurangan..Teguh dalam beramal ialah menambah amalan,Disamping itu juga Imam Junaid rahi berkata :Kalaulah manusia mengadap kepada Allah selama setahun kemudian berpaling daripadaNya nescaya kerugian itu adalah lebih banyak daripada apa yang telah diperolehi.."



0 comments: