Bismillahirrahmanirrahim...

Agak lama saya membiarkn blog saya menyepi..namun bukan saya biarkan ia sepi begitu sahaja,saban hari juga saya menjengok cuma jari jemari terasa kaku,minda menjadi tepu untuk saya melakarkan apa-apa..hakikatnya blog ini adalah milik peribadi yang paling saya sayangi..di sini jiwa saya..hanya mereka yang rapat dan memahami saya akan tahu hakikat sebenar kenapa blog ini amat berharga buat saya..Alhamdulillah akhirnya kerinduan saya pada penulisan mampu mengalirkan semula arus untuk saya menggerakkan kembali jari jemari dan minda saya..walau hakikatnya saya memang tidak pandai dalam bidang penulisan namun saya ingin terus mencuba...kerana ada sesuatu yang saya cita-citakan dalam bidang penulisan ini..moga Allah kabulkan..

Lazimnya,saya amat susah dan agak malas untuk menjawab panggilan dari nombor yang tidak saya kenali dan tidak terdapat dalam senarai telefon saya..saya malas untuk bersoal jawab..Namun begitu panggilan dari malaysia dua tiga hari baru ini entah kenapa pantas sahaja saya menjawabnya...

"kenapa mereka..bukan kami?.." luah suara di sana..lemah..kemudian senyap..

"kamu menghubungi saya semata-mata untuk mengatakan perkataan ini sahaja?"...tanya saya setelah agak lama juga saya menanti kata-kata seterus darinya..tapi tiada..sepi..

kedengaran hanya keluhan..saya PASti ada yang tidak kena..sudah lama saya mengenalinya..sudah mampu untuk saya membaca apa sahaja perubahannya..

"kamu ambik semula 'benda' tu?" teragak-agak saya menyoal..."maaf"..

"kamu juga mahu seperti mereka?sudah berapa tahun kita kenal?..kamu masih tidak percaya dengan saya?...kamu juga masih tidak boleh terima yang saya sudah betul-betul berubah?"

"apa sebenarnya ni..luahkan semuanya.." saya yakin saya sudah tahu apa yang berlaku..

"kenapa golongan-golongan seperti kamu yang faham agama agak sukar untuk mendekati kami?..kamu tahu kan..dalam diri kami,dalam hati kami sentiasa ada keinginan untuk berubah..tapi siapa yang berani menghampiri kami?..kami sentiasa perlukan sokongan untuk berubah..golongan-golongan kamu akan pergi mencari dan menghampiri mereka yang sudah ada asas agama juga..kenapa tidak kami?yang sentiasa dahagakan ajaran agama?..yang tidak ada didikkan agama?...saya tahu kalau kawan-kawan kamu tahu kamu bersahabat dengan saya,PASti kamu juga akan dipandang serong..PASti kamu juga akan di anggap sudah berubah..silap-silap kamu juga akan ditinggalkan oleh kawan-kawan kamu kerana menyangka kamu sudah mengikut kami..itulah hakikatnya mentaliti golongan seperti kamu..

"jangan bandingkan saya dengan sesiapa?pernah saya persoalkan siapa kamu selama kita bersahabat?..saya mencelah

"maaf..sebenarnya mereka masih menganggap saya seperti dulu..mereka masih tidak boleh terima saya..betul..saya dah benar-benar berubah..saya sudah tidak ambik benda tu..saya dah tak ambik ganja lagi..percayalah dengan saya.."lemah dan lesu sekali dia hendak meyakinkan saya..

Akhirnya saya temui apa permasalahannya...

Sejujurnya setiap kali saya bersahabat bukan keperibadian terbaik yang saya cari kerana saya yakin setiap manusia punyai kelebihan dan kelemahan..setiap manusia belum tentu di awal buruk akhlaknya selamanya begitu..taufik dan hidayah Allah kita tidak tahu bila tibanya,PASti sahaja akan datang pada bila-bila masa buat hamba-hambaNya yang terpilih..justeru itu walaupun tidak seperti sahabat-sahabat saya yang lain tapi ikhlas saya terlalu menyayanginya,dia terlalu banyak memberi pengajaran kepada diri saya,mendidik saya untuk menjadi manusia yang lebih tahu untuk menilai..walaupun golongan seperti mereka yang seolah-olah hidup terumbang ambing tiada pegangan tetapi hakikatnya kadangkala hanya mentaliti kita sahaja..yang sering memandang sesuatu dari zahirnya sahaja..hakikatnya mereka terlalu ingin berubah..terlalu ingin kita bersama-sama mereka..sama-sama membantu dan membimbing mereka memperbaiki diri..tinggal peranan dan juga cara kita untuk mendekati mereka..

PASti sahaja membimbing golongan mereka agak sukar,seolah-olah seperti kita menarik rambut di dalam tepung..perlu berhati-hati..malah seperti burung mendidik anaknya untuk mencari makan dan terbang sendiri..agak susah dan tidak putus asa..jiwa mereka terlalu sensisitf..

Benar apa yang diluah..kaji semula peranan kita selama ini..berapa ramai dari kita yang cuba mendekati golongan-golongan seperti mereka..Sudah berapa lama kita hanya hidup dalam linkungan kita..setakat mana dakwah kita..Takut untuk mendekati mereka?? takut dipandang serong oleh masyarakat kerana bersahabat dengan mereka..takut hilang siqah mendekati mereka?cukup-cukup la kita merasa syok sendiri dengan ilmu dan penampilan yang kita ada..Allah tidak pernah pandang pada semua itu..cukuplah redha Allah pada kita..jangan kita hanya bertopeng sahaja dalam berdakwah,mencampur adukkan yang hak dan batil..Akhirnya hidup dalam bayang-bayang sendiri..menyangka hanya diri sendiri yang hebat berjuang..hakikatnya zero..

Hakikat apa yang dipersoal " kenapa mereka..tidak kami??" betulkan, selama ini kita hanya hidup dan dakwah dalam kelompok kita..mentarbiyah,mendidik mereka yang juga ada kefahaman..Justeru untuk mereka yang bermasalah ini siapa pula yang berperanan?cukup-cukuplah kita asyik menunding jari menyalahkan mereka dan menghentam kerana mereka tidak seperti kita..sama-sama kita kaji dan fikirkan di mana titik penyelesaian yang perlu kita atasi..

Teringat kata-kata terakhir dari 'dia'.."jadilah lilin yang boleh menerangi semua orang tapi bukan lilin yang hanya boleh membakar diri dan orang lain..fahami dan hayati kata-kata saya ini sebaiknya"

*Sahabat..Semoga kamu mendapat cukup bahagia untuk membuat kamu bahagia,cukup cubaan untuk membuat kamu cukup kuat,cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan..

0 comments: