Dalam kehidupan seharian selaku manusia dan hamba Allah kita tidak akan dapat lari daripada ujian,cuma masing-masing di uji dengan ujian yang berbeza-beza.Memang tidak dapat dinafikan kadang-kadang kita merasakan ujian itu terlalu berat dan rasa tidak mampu di hadapi tetapi selaku hamba yang beriman kepada Allah dan Rasulnya kembalilah kepada firman Allah yang bermaksud...."Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".(al-Baqarah : 286)
Futur dan turun naik dalam perjuangan lumrah dalam kehidupan,sekali ombak naik,sekali ombak turun,kadang-kadang kita memukul dan kadang-kadang kita terpukul tapi itu bukan alasan untuk kita lari dari jalan perjuangan...Yakin dengan janji Allah..teringat pesanan seorang sahabat.."kita kena asak biar muka,tubuh dan jiwa kita lasak dengan ujian,jangan manja-manja atau lemah-lemah sangat,manja-manja dan lemah-lemah ni bagi pada orang yang tidak faham perjuangan.." Ya! kerana firman Allah,amanah membantu menegakkan agama Allah dan kata-kata ini aku akan terus dalam perjuangan membantu agama Allah ini..
Mengkhatamkan buku "HARI-HARI DALAM HIDUPKU" membuatkan aku malu sendiri dan memberikan aku semangat baru,ujian sedikit yang aku terima seakan tidak mampu aku hadapi apatah lagi andai ditimpa ujian seberat ujian ke atas Zainab al-Ghazali.Mampukah aku sekuat beliau dalam usaha membantu mempertahankan agama Allah ini.....
Antara sinopsis buku "hari-hari dalam hidupku" yang ingin aku kongsi bersama..moga-moga kita semua sama-sama mendapat manfaat...

Zainab al-Ghazali al-Jubaili adalah seorang aktivitis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini.Beliau adalah ketua Jama'ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslim di Mesir.
Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser,puluhan ribu,malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa.Zainab al-Ghazali dengan penuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yang dipenjarakn.Pelbagai bantuan kebendaan dan rohani dihulurkan.
Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan,Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan ke atas beliau.Penyeksaan yang begitu berat yang setanding dengan seksaan ke atas orang lelaki.Tetapi Allah telah menyelamatkan beliau.Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dalam penjara, Presiden Jamal Abdul Nasser telah mengarahkan agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat.
"Atas perintah Jamal Abdul Nasser,Presiden Republik Mesir,Zainab Al-Ghazali al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas seorang lelaki."
Beliau dipukul dengan tongkat,cemeti,digantung kaki ke atas,di kurung dengan anjing-anjing yang ganas,direndam seharian dalam penjara air,dipenjara dengan tikus,cuba dicabul dan pelbagai lagi siksaan yang berlaku ke atas dirinya.Pelbagai tawaran dan pujukan yang beliau terima sepanjang masa dipenjara,dijanjikan pembebasan dan jawatan di dalam kerajaan,Namun beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah :"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971.Semangat serta keyakinan kepada pertolongan Allah menghadapi segala bentuk penyeksaan menjadikan beliau teladan (qudwah) kepada generasi pejuang kebenaran sehingga hari Kiamat.

***Bukan namanya perjuangan kalau mahu senang,sifat berjuang mesti payah,jerih,penat,korban masa dan tenaga.Namun berjuang bukanlah satu profesion pilihan tapi adalah satu KEWAJIPAN..


0 comments: