Allahuakbar..Innalillah wainna ilaihi raji'Un...

Al-Fatihah buat Allahyarham akhi Muhamad Fauzi bin Azizan yang telah kembali ke Rahmatullah 2.25 petang waktu malaysia tadi..Dia insan bertuah yang Allah telah pilih untuk kembali padaNya..Moga Allah tempatkan akhi dikalangan para syuhada dan mereka-mereka yang berjaya..

Betul kan..jangan kita minta ujian yang ringan tapi minta diberatkan IMAN bila menempuh apa sahaja Ujian dariNya..tidak ada sesiapapun boleh berbangga dengan dirinya yang tidak mempunyai masalah hidup,kerana dengan ujian Allah 'melihat' hambaNya!moga Ukhti Akma dalam pandangan Allah..

Terasa diri tidak mampu untuk mentafsirkan apa-apa..Hanya Allah yang tahu apa yang ada dihati ketika ini..terngiang-ngiang lagi suara tabah ukhti Akma ketika menghubunginya selepas mendapat kiriman msg dari beliau..Allahuakbar..andai saya ditempat ukhti belum tentu saya setabah ukhti.."k.sue..i.Allah saya redha..doakan saya.."

Betapa Allah lebih mengetahui betapa saya ingin berada bersama-sama ukhti kesayangan saya itu di saat ini..

Sahabat-sahabat doakan kesejahteraan arwah..Doakan kesabaran dan ketabahan ukhti Akma meneruskan perjalanan hidup..

Semoga roh kekuatan tarbiyah dalam jiwa ukhti akma tersemai dalam jiwa anaknya nanti..satu-satunya pewaris mereka nanti..I.Allah..mendidik pewarisnya amanah yang perlu digalas..dia perlu berjuang agar suaminya boleh senyum di barzakh..oleh nukilan doa anak yang soleh @ solehah..kalau benar cinta itu setia..anak itu titiannya..Di jambangan munajat..di taman ibadat..tentu ada sungai pahala..yang akan mengalir selamanya..

Ukhti Akma hanya kehilangan suami tapi bukan kehilangan misi suaminya..yang pergi cuma jasad..bukan niat dan semangat..Moga Allah terus kurniakan kekuatan kepada ukhti Akma dalam meneruskan misi dakwah..moga Allah sentiasa bersama-sama ukhti Akma..

Sahabat-sahabat..maafkan salah silap diri ini..disedari ataupun tidak..tidak tahu bila ajal menjemput pula..doakan moga kita sentiasa mendapat redha Ilahi..Tarbiyah Allah pada ukhti Akma cukup terkesan dijiwa..terasa diri terlalu hina dan kerdil..

Bismillahirrahmanirrahim...

"Ibu..ibu..Engkaulah RATU hatiku..bila Ku berduka Engkau hiburkan selalu..."

"Ibu bergenang air mataKu..terbayang wajahMu yang redup sayu.."

Tiada kata-kata yang mampu dilafazkan untuk membalas jasa Ibu yang telah banyak berkorban sejak diri ini dilahirkan sehinggalah ke detik ini..Terbayang segala penat lelah dan jerit perih ibu membesarkan kami lagi-lagi diri yang degil ini..hehe..Engkau insan yang sangat tabah dan sabar..diri ini sangat bersyukur di anugerahi insan Semuliamu..dan diri ini terlalu mengkagumi ketabahan dan kesabaran yang engkau miliki..Kau sumber Inspirasi dan penguat semangat bagi diri ini dalam meneruskan perjuangan..

Hari ini 5 hb januari 2010 genap usia ibu tersayang Wan NorAminah binti Wan Kadir yang ke-61..SELAMAT HARI LAHIR MAK :)..Semoga dengan bertambah usiamu,bertambah Allah Redha denganmu..Terima Kasih di atas segala pengorbanan terhadap diri ini,Moga Allah balas segalanya..Moga JANNAH ALLAH menjadi milikmu..Diri ini insan bertuah memiliki Ibu sebaik dan semuliamu..MAK..sayangnya kat mak :)

"Ya Allah,ampunkan dosaKu dan dosa kedua ibubapaKu dan Rahmatilah mereka berdua seperti mana mereka mengasihiKu sewaktu Aku masih kecil..Berkati dan Redhailah kehidupan keduanya.."

"salam ksue..doa koi..abg koi excident pas maghrib tadi,xsdr..da bawa hospital selayang..mntak solat hajat n doakan.."

msg yang saya terima dalam pukul 9 malam tadi (khamis) waktu mesir dan 3 pagi (jumaat) waktu malaysia memang mengejutkan..msg dari ukhti kesayangan saya..ukhti Akma..Pantas sahaja saya menghubungi beliau..Tersentuh hati mendengar suara ukhti ketika itu.."k.su poji excident..poji dah di bawa ke selayang,saya tak larat nak ikut "ya Allah..ingin saya berada di samping ukhti akma ketika ini..sama-sama memberi kekuatan..dalam keadaan yang tengah agak sarat..tetapi apakan daya..Ya Allah selamatkan akhi mohd fauzi..kurniakan kekuatan kepada mereka menghadapi ujian ini..teringat perbualan di YM beberapa bulan dahulu dengan akhi poji..yang risaukan kesihatan akma.."poji jaga qema leklok ye,ksu sayang sangat dengan qema.."..."ksue jangan riso..koi lagi-lagi sayang qema.." bila ingat balik sedihnya..

Ya Allah selamatkan Akhi Fauzi..kurniakan kesihatan kepada beliau..kurniakan kekuatan dan kesabaran ke atas akhi dan ukhti kesayangan saya ini dalam menghadapi ujianMU...

Sahabat-sahabat doakan keselamatan akhi fauzi azizan..kekuatan dan ketabahan buat ukhti saholyatul akma

Mohd Rashid berkata, anaknya tenang, walaupun melalui keadaan paling sukar, iaitu tuduhan menyebabkan kehilangan nyawa.

"Siapa tidak sedih dan siapa mahukan keadaan itu berlaku. Bagaimanapun, sebagai ayah, saya tetap beri sokongan padu kepada anak saya.

"Saya berharap, masyarakat jangan meletakkan semua kesalahan itu kepada anak saya kerana sebagai manusia kita tidak mampu melawan takdir," katanya.

Tersentuh hati membaca artikel di atas ,luahan bapa kepada pemandu bas Sani Express, Mohd Kamil Mohd Rashid, yang dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang...Ye antara tragedi-tragedi ngeri yang saban hari melanda di mana-mana pun..tragedi kemalangan..siapa yang minta terjadi sebegitu..adalah mustahil sebelum memandu kita sudah siap-siap berniat.."ok hari ini saya nak excident la"..Nauzubillah..

PAStinya bukan tentang tragedi itu yang ingin saya tuliskan..tetapi..ingin saya membawa sahabat-sahabat,sama-sama bermuhasabah...PAStinya di dalam kehidupan kita seharian ini bermacam-macam perkara boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja..Lihat.. dalam sekelip mata sahaja terlelap telah mengakibatkan 10 nyawa melayang...PAStinya juga tidak mustahil dalam sekelip mata kita boleh menjadi seorang 'pembunuh','penzina','munafik','murtad' dan sebagainya andai kita tanpa penjagaan dari Allah Ta'ala..dan bukanlah jua suatu yang mustahil sejahat mana pun manusia itu dalam sekelip mata apabila sampai taufiq dan hidayah dari Allah dia menjadi insan yang bertaqwa..Benar dalam hidup kita ini terlalu banyak wasilah namun demikian matlamat kita hanya satu MARDHOTILLAH..

Jangan sangka kita beriman atau bahagia sekarang selamanya begitu..dan jangan kita memandang rendah mereka-mereka yang tidak seperti kita..hidup ini Allah yang aturkan tapi kita berperanan mendidik diri dan hati kita ke arah kebaikkan..Itulah hakikatnya kita mudah benar memandang sesuatu dari segi zahirnya sahaja..cepat benar kita membuat hukuman..jangan sekali-kali kita memandang rendah pada orang lain..Apakah pakaian menjadi ukuran?adakah alim @ tidak menjadi ukuran? adakah cerdik pandai menjadi nilaian?..jangan memandang zahir..

Adakalanya Allah Ta'ala mendahulukan hukum-Nya terhadap sesuatu kaum,di mana kaum itu pada zahirnya kelihatan sebagai penderhaka dan seolah tidak sempurna imannya..dan orang ramai menggolongkan mereka-mereka ini sebagai mereka yang jauh dari rahmat Allah,tetapi hakikatnya disisi Allah kita tidak tahu...kaum itu sebenarnya mendapat rahmat dengan "hukuman yang mendahului"

Teringat kisah seorang muazzin yang terkenal soleh di Baghdad.Beliau telah menjadi muazzin selama 25 tahun.Suatu hari di bulan Ramadhan,setelah selesai azan Zohor,dia melihat ramai orang memasuki rumah saudaranya sambil meminum arak.Muazzin itupun memasuki rumah tersebut dan saudaranya mengatakan jika muazzin itu tidak mahu minum walaupun segelas,maka dia hendak menceraikan isterinya..Bagi mengelakkan saudaranya itu menceraikan isterinya,muazzin itupun minum segelas,tetapi pengaruh minuman itu mula menjalar,dan muazzin itu mula minum dua gelas..tiga gelas.. dan akhirnya mabuk.Setelah itu para jamaah memintanya supaya iqamat untuk memulakan solat.Muazzin itu berkata dalam keadaan mabuk,"Mulai saat ini aku tidak mahu melakukan solat untuk selama-lamanya." Tidak lama selepas itu dia pun mati dalam keadaan mabuk..Muaazin ini tergolong dalam golongan orang yang diakhiri oleh Allah Ta'ala dalam hukum-NYA yang mendahului..

Oleh itu,kita mestilah sentiasa memohon kepada Allah agar diberikan kebaikkan bersama taufiq dan hidayahNya..mohon sama-sama semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah..setiap tindakkan kita dalam pantauan Allah..bukan perkara mudah meraih taqwa tetapi sama-sama kita berdoa..Doa adalah otak ibadah..Di dalam al-Quran banyak kalimah rabbi(rintihan Nabi-nabi kepada Allah)..sedangkan para Nabi yang dijanjikan syurga sentiasa memohon perlindungan dan pertolongan daripada Allah apatah lagi kita hambaNya yang sentiasa lalai dan alpa..moga kita insan-insan terpilih yang sentiasa dalam jagaan Allah Ta'ala..

Sanah helwah ya ukhti habibati SAHOLYATUL AKMA...




Alhamdulillah hari ini hari lahir ukhti kesayangan saya(bukan baru lahir hari ni ye ;) )..Ukhti yang sudah saya anggap seperti saudara sedarah walaupun ikatan ukhwah Islamiah penyambung tali Silaturrahim di antara kami dan PAStinya dia antara adik beradik kesayangan saya ;)..Semoga ukhti antara sahabat saya dunia akhirat,susah dan senang..semoga ukhti dipanjangkan umur dalam keberkatan untuk memartabatkan Islam dan sentiasa najah dalam RedhaNya..Di kurniakan zuriat soleh dan solehah untuk teruskan rantai perjuangan..Moga rumahtangga kalian sentiasa dipayungi oleh rahmat dari Ilahi...Syukran atas segalanya selama ini..


Nak bagi hadiah ape ye ;)..hehe..yang penting hadiah Kasih Sayang ksu sentiasa untuk Qema..




***(^-^) hehe..special pizza ni untuk Qema..kongsi leklok ngan Poji ye ;)

Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan kemudiannya mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka,secara sembunyi atau terang-terangan,mereka(dengan amalan demikian) mengharapkan satu perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dengan limpah kurniaNya.Sesungguhnya Allah amat pengampun,lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya."
(Al-Fathir :ayat 29-30)

Selaut pujian dihamparkan selayaknya hanya kehadrat Tuhan RobbulJalil kerana dengan izin dan inayahNya masih lagi DIA mengurniakan nikmat terbesar kepada saya dan kalian juga iaitu nikmat IMAN dan ISLAM..Malah dengan rahmat dan kasih sayangNya jua masih menempatkan saya lagi di kawah ilmu ini bersama ribuan hambaNya yang lain untuk sama-sama menggali ilmu-ilmu addinul Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah..Alhamdulillah ya Rabb..

Menghafaz..memelihara.. seterusnya yang paling utama mengamalkan segala isi kandungan al-Quran merupakan muqarrar yang terpenting kepada kita selaku penuntut agama..sebanyak mana pun al-Quran yang kita baca dan hafaz tidak dapat tidak PASti ada juga yang kita ingat..cuma yang menjadi kelemahan kepada saya dan mungkin juga kalian..memelihara dan mengingat sebaiknya apa yang pernah di hafaz..sukarnya untuk meraih istiqamah dalam mengulang bacaan itu..

Proses menghafaz mungkin agak mudah namun demikian memelihara hafazan bukanlah suatu perkara yang mudah..kita lebih mudah mengingat jalan cerita filem-filem,menghayati novel-novel malah terkadang tidak ada satu bab pun yang tidak mampu kita ingat,semuanya bagaikan pantulan cermin sahaja....Namun amat malang dengan Al-Quran, berapa surah dan berapa ayat sahaja yang kita ingat..malangnya nasib al-Quran yang mulia..seolah al-Quran sekadar muqarrar untuk periksa..sekadar mukarrar untuk meraih kejayaan di dalam imtihan..

Taklifan dan ujian Al-Quran yang Syeikhuna Ustaz Baz laksanakan di maahad beberapa minggu ini memang banyak memuhasabah diri..Walaupun baru surah al-Baqarah yang ditebuk tetapi melihat aksi masing-masing ketika menjawab memang mendebarkan..di tambah lagi belum sempat habis dijawab,di soal pula soalan yang lain..Lemahnya lagi bacaan kita semua..

Terngiang-ngiang lagi bicara nasihat Syeikhuna ustaz Baz dalam kuliah.."Sebenarnya dengan ingatan al-Quran kalian yang agak lemah sepatutnya kalian hanya boleh untuk mengajar tajwid dan membetulkan bacaan sahaja apabila kembali ke malaysia..bagaimana kalian boleh nak tasmi' pelajar lain sedangkan kalian juga tidak ingat al-Quran"

Ye nasihat yang amat berguna dan mungkin juga sebagai satu cabaran untuk kita lebih memperbaiki kelemahan yang ada..

"K.su macamana ye nk istiqamah dalam mengulang al-Quran..saya dah rasa macam blur je"..luah seorang sahabat

Betul..yang paling utama bagaimana untuk istiqamah dalam mengulang bacaan..terkadang berapa banyak jadual i'adah yang sudah ditampal di dinding,berapa banyak kata-kata penguat semangat..namun belum tentu kita mampu untuk mengikutinya..payah benar hendak mendidik hati yang satu ini ke arah kebaikkan :)

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Maka beristiqamahlah kamu pada jalan yang benar,sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan juga orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas,sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan "
(Surah Hud : ayat 112)

Istiqamah adalah mengerjakan sesuatu dengan berterusan dan menepati masanya.Sikap istiqamah adalah faktor yang paling menentukan dalam keberhasilan mengerjakan sesuatu..Teringat pesanan Syeikh Ahmadi yang amat saya sayangi..Syeikh yang amat memahami kelemahan saya yang terlalu banyak berbanding orang lain..Saya tidak masyi Quran seperti sahabat-sahabat lain..itulah lemahnya saya.."Saya hendak kamu baca setiap selepas solat lima waktu satu juzuk Al-Quran..mengikut tajwid yang betul..PAStikan bacaan kamu 30 minit sahaja dan PAStikan setiap hari cukup 5 juzuk kamu baca..I.Allah walau kamu tidak mampu nak i'adah tapi dengan membaca sebegitu akan memudahkan kamu..yang penting kamu mesti istiqamah..janji dengan saya.."

Tepat sekali nasihat Syeikh ketika itu..saya cuba mempratikkan apa yang Syeikh nasihat..Alhamdulillah terlalu banyak kesan yang saya dapat ketika itu..walau tidak mampu mengingat semuanya tapi ia amat memudahkan..Benarlah bahawa sebaik-baik perkara adalah berterusan sekalipun hanya sedikit.."Sedikit yang berterusan (istiqamah) lebih dapat diharapkan keberhasilanya daripada banyak yang membosankan..

Tapi itulah saya,manusia yang sering lalai dan lemah..tidak mampu untuk istiqamah apa yang Syeikh nasihat..kenapa dulu saya boleh ikut tapi sekarang tidak..mudah benar mencari alasan.."tak sempat la"...."ada kerja lain la"..."nanti malam saya qada' la ngaji 5 juz terus"(walau hakikatnya tidak buat juga).. ..terkadang tidak penting manapun kerja yang perlu laksanakan,sempat sahaja andai untuk menghabiskan satu juz..tapi itulah manusia..bijak benar mencipta alasan :)

Alangkah bagusnya andai kita mampu istiqamah dengan al-Quran seperti istiqamahnya kita di depan TV setiap minggu menunggu cerita-cerita bersiri yang kita minati ataupun seperti istiqamahnya kita membaca setiap email dari 'buah hati' tersayang ;)..Muhasabah kembali setahap mana istiqamahnya kita dengan segala kebaikkan..Adakah al-Quran hanya kita sentuh untuk di ulang-ulang ketika imtihan bakal menjelang ataupun sebaliknya..Sayangilah dan hargailah anugerah 'Surat Cinta' yang mulia dari Pencipta kita itu..tepuk dada tanya Iman..jangan tanya selera kerana selera kita sentiasa menjurus ke arah nafsu.. :)

Saya ingin sangat masyi al-Quran dan yang paling penting mengamalkan kandungan al-Quran sebaiknya..Sahabat-sahabat doakan saya..moga sentiasa ISTIQAMAH..dan yang penting kalian juga ;)..sama-sama kita sentiasa istiqamah menuju ke arah kebaikkan..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"Apabila hati Insan mengalami perubahan dari 1 keadaan kepada keadaan yang lain, diri Insan itu juga akan berubah,apabila seseorang Individu berubah,Ummah jua akan berubah..Apabila Kau inginkan perubahan,maka baikilah Hati manusia dengan mengenalkannya dengan Allah secara hakiki.." - Asy Syahid Hassan AlBanna

Azam-azam baru yang ingin dilaksanakan bukanlah agenda utama kita dalam menyambut kehadiran tahun baru yang silih berganti..Namun yang paling utama dan yang paling penting kita imbas dan muhasabah kembali setahun yang telah berlalu..Amalan-amalan kita selama ini masih ditahap mana? Andai kita di panggil oleh Pencipta kita sekarang..bersediakah kita?sempurnakah kita?atau kita tetap akan kembali dengan buku-buku amalan yang penuh dosa dan noda..Moga tahun yang berlalu menjadi pengajaran dan menjadi titik bidayah untuk kita memperbaiki diri ke arah insan yang lebih bertaqwa..Ya PAStinya saya juga tidak mahu kenang kembali apa yang telah berlaku setahun yang baru saya tinggalkan..pahit atau manis saya mahu lupakan terus segalanya..tidak mungkin saya akan berpaling lagi pada apa-apa yang telah berlaku...BETUL.. apa yang berlalu terlalu banyak pengajaran yang saya dapat..Seperti kalian,saya juga mahukan yang terbaik dalam hidup di dunia dan di akhirat..moga Allah ampunkan dosa-dosa saya dan kalian jua..Sama-sama berdoa moga kita sentiasa dalam pantauan Allah dalam apa jua tindakan dan amalan seharian kita..moga sya dan kalian mendapat redha ILAHI..Sama-sama kita berHijrah ke arah kebaikkan dan melaksanakan segala tuntutanNya..