:: InspirasiKu ::
"Sesungguhnya Daie yang sebenar adalah lebih kuat dari hakikat alam dan keseluruhannya.Ketika alam ini hancur,cita-cita Daie untuk menyampaikan Islam tidak pernah hancur"-Syed Qutb :.
:: Hargai ::
:: Syukran Ukhti Intan ::
:: Be Honest ::
Banyak Juga Yang Terpaksa Dilepaskan....
Sesekali Langkah Tersadung Rebah Menyembah Dan Sesekali Melangkah Tersenyum Megah....
Semua Itu Memerlukan Pengorbanan,Menuntut Kesabaran Dan Air Mata..Selagi Prinsip Hidup Berada Di Atas Landasan Yang Betul....Usah Di Gusar Pada Anugerah TUHAN untuk
Kita..Anggaplah Sekali Di Duga Itu Sekadar Untuk Mematangkan Dan Mengajar Kita Bagaimana Untuk Menjadi Hamba Kepada-NYA..."
Ustaz Nik Abduh
Ustaz Salman Maskuri
Ustaz Hairul Nizam Mat Husain
Dari Anjung Al Atrak
:: Mesti Lawati ::
-
SAJAK : ANTARA 2 USIA3 months ago
-
-
-
-
:: Sahabat (Ikhwah) ::
-
Setelah setahun lebih tidak "update"13 years ago
-
Diari 201213 years ago
-
Ramadhan15 years ago
-
BLOG INI TELAH BERPINDAH16 years ago
-
Taujih Fiqhi Siri 219 years ago
:: Miss U Intan ::
:: Sahabat (Akhawat) ::
-
Rinduku8 years ago
-
Terima Kasih HKKB11 years ago
-
Salam Mujahadah12 years ago
-
Mencari Diri12 years ago
-
Kejohanan Bowling Pertama.12 years ago
-
Pembuka dan Penutup Tirai 201213 years ago
-
Anak Saudara Mak Lang Part 214 years ago
-
::..Kasihmu Ya Rasulullah s.a.w..::14 years ago
-
SEJARAH TAQWIM HIJRAH14 years ago
-
kerja x pernah habis..15 years ago
-
.:: Coretan saat ini ::.15 years ago
-
-
-
-
Followers
:: Jaringan ::
Sajak ini dinukilkan beberapa jam sebelum beliau digantung...
Saudaraku...
..perjalanan hidup ketentuan ILAHI..
Ketika berjauhan masih ku rasa,
Sebenarnya x ada rahsia @ petua yang khusus untuk sentiasa ceria:) .bukanlah bermakna hidup kita mesti sentiasa berjaya & bahagia. sama seperti orang lain, kite x akan dapat lari dari ujian hidup.Kalaulah hidup ini manusia yang aturkan pasti kita akan sentiasa inginkan yang elok2 dan bahagia2 sahaja.Tapi hakikat kehidupan Allah akan sentiasa menguji hamba-hambanya kerana dengan itu kita akan lebih beriman kpd NYA.ujianlah yang menentukan sama ada kita bersedia untuk terus menghadapi hari-hari mendatang atau pun tidak.ujian jugalah yang mematangkan kita di dalam membuat sesuatu keputusan di dalam hidup ini.
Namun ujian bukanlah penghalang untuk kita kekal senyum dan ceria.sebaliknya, dengan senyuman dan keceriaanlah kita akan mampu untuk menghadapi ujian hidup. x percaya?? jika kita ditimpa masalah @ musibah,memang biasalah kita akan susah hati @ menangis kan? persoalan nye, apakah susah hati & menangis itu akan menyelesaikan masalah?ketenangan masih boleh dirasai jika kita bijak mengawal perasaan, menerima segala ujian & masalah dengan berlapang dada.salah 1 caranya: tetap kekal senyum & ceria.Memanglah susah kan! :p..ye la tiba-tiba tengah2 menangis nak gelak2 & senyum2 plak..nanti xpasal-pasal disangka xwaras plak ;) memang payah dan ada tika nya perit & mengecewakn + melukakan.tapi percayelah masalah xkan selesai jika kita lari dari masalah tersebut.ia akan selesai jika kita berusaha menyelesaikannya...cakap memng senang tapi nak merealisasikannya teramat la payahnya :)
jika suatu ketika kita dtimpa dugaan @ masalah dan mempersoalkan tentang soalan2 ini, maka ingatlah tentang prisip pegangan ini.........

1~KENAPA AKU DI UJI? kenapa aku yang gagal? kenapa aku yang kene? kenapa sume ini terjadi kat aku?
"apakah manusia itu mngira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? dan ssungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka ssungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar & sesungguhnya Dia mngetahui orang2 yang dusta."
-surah Al-Ankabut ayat 2-3
2~KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK??
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mngetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216-
3~KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani sseorg itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya(kemampuannya)"
-surah Al-Baqarah ayat 286-
4~KENAPA RASA KECEWA??
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman," -surah al imran ayat 139-
5~BAGAIMANA AKU NAK HADAPI SEMUA INI???
6~APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA NI???
"ssungguhnya Allah telah mmbeli daripada orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." -Surah At-Taubah ayat 111-
7~KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-NYA. hanya kpd-NYA aku bertawakal." -surah At-Taubah ayat 129-
".......dan jgnlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-surah Yusuf ayat 12-
....Aku minta kep
ada TUHAN setangkai bunga segar..IA beri kaktus berduri..Aku minta kupu-kupu..Di beri ulat berbulu.Aku sedih & kecewa..Namun kemudian kaktus itu berbunga,indah sekali & ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik..Itulah jalan TUHAN..indah pada masaNYA! TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan,tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan..Kadang kita sedih,kecewa,terluka..Tetapi jauh di atas segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..Yakin dengan janji ALLAH..sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah~
Ya Allah..ampunkanlah dosa-dosa kami...jadikanlah kami mereka2 yang menjaga kalamMu..
Untuk kami dekat padaMu..untuk kami laksanakan amanah yang telah KAU pikul di bahu kami..
untuk kami dapat keberkatan darinya....
Maka Ya Allah tenangkanlah hati-hati kami...peliharalah niat-niat kami dan mudahkan
segala urusan dunia kami terutama di waktu-waktu imtihan syahadah kami ini..
kurniakan kami kejayaan dan RahmatMu Ya Allah..
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:" Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk".(Surah Ali Imran : 103)
Berpecah belah bererti ikhwanus-syayaathin. Berpecah belah itu daripada syaithan. Janganlah mendekati kepada perkara-perkara yang boleh menjejaskan ukhuwwah sesama kita. Kalau ada rasa sesuatu yang menjejaskan ukhuwwah, maka kita kenalilah bahawa itu adalah bisikan syaithan. Syaithan sedang cuba masuk mengacau dan memecah belahkan perpaduan dan ukhuwwah. Kita fahami akan ayat Allah S.W.T. yang bermaksud :"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. “( Surah Al Hujurat : 10)
Rasulullah S.A.W. bersabda :(Bermaksud): Seorang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan satu bangunan,sebahagiannya mengukuhkan bahagian yang lain,Bukanlah ukhwah itu sebagai slogan sahaja,yang diperkatakan tanpa terlaksana dalam realiti hidup. Hasan Al Banna ada menegaskan bahawa terdapat jurang yang jauh di antara hakikat ukhuwwah yang ada pada sahabat-sahabat Rasulullah dengan generasi-generasi yang lain. Walaupun sedemikian, kita tetap berusaha agar hakikat ukhuwwah yang lahir dalam generasi pertama itu dapat menjadi kenyataan dalam realiti kini.
Hassan Al Banna meletakkan ukhuwwah sebagai salah satu daripada rukun bai'ah. Menurut Hasan Al Banna yang dimaksudkan dengan ukhuwwah ialah ikatan hati dan roh yang diikatkan dengan ikatan aqidah. Aqidahlah satu-satunya ikatan yang paling kukuh dan paling bermutu. Ukhuwwah yang sebenarnya ialah ukhuwwah iman. "Hanyasanya orang mukmin itu bersaudara". Hakikat ini perlulah lahir betul-betul. Dan pecah belah adalah saudara kepada kekufuran. Ukhuwwah iman inilah akan lahir kekuatan wehdah atau kekuatan penyatuan. Tiada wehdah tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling minima wujud dengan adanya salamatul sadr. Kasih sayang maksima ialah dengan mengutamakan sahabat.
Barang siapa yang dapat mengelakkan kebakhilan diri atau mementingkan diri, maka merekalah orang-orang yang berjaya. Amilin yang sebenarnya akan melihat saudaranya lebih penting daripada dirinya sendiri. Padanya, kiranya dia tidak bersama rakan-rakan seperjuangannya maka dia tidak boleh bersama-sama dengan orang lain. Tidak seharusnya ada sekatan atau penghalang dalam hubungan antara para amilin amal Islami. Kita bersatu tidak ada kepentingan lain kecuali kepentingan Islam, lillah fillah. Kita bekerjasama kerana matlamat yang sama dan berdasarkan aqidah yang sama. Persahabatan sebegini bersih. Jangan kita kotorkan ia, demi mengejar matlamat mardhatillah....
m kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam, salah seorang di antaranya ialah raja Busra, surat kepada raja ini di hantar oleh Haris bin Umar Azdi ra. Sewaktu membawa surat ketika Haris bin Umar ra. sampai di Mauta beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar.Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris bin Umar ra. adalah utusan untuk menyampaikan surat. Rasulullah SAW sangat dukacita atas kematian Haris, lalu baginda mengumpulkan seramai 3000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harthah sebagai ketua pasukan.
Kemudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran: “Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranva Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.” Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata: “Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagaimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”
Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah SAW memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh baginda SAW kepada Zaid. Rasulullah SAW menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan baginda berdoa: “Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”
Dalam ragu-ragu itu Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang: “Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.” Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah bin Rawahah, maka para sahabat pun bertekad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan peperangan Mauta. Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid ra. menggenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran, maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian.
Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu. Sarjil telah mengirim berita kepada Kaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Kaisar pun menghantar tenteranya yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. Tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentara Islam yang cuma 3000 orang sahaja.
Abdullah bin Umar ra. menceritakan, “Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”
Sewaktu Jaafar ra. terbunuh Abdullah bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan. Beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar berita tentang kematian Jaafar. Dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata “Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedangkan Jaafar telah sampai ke syurga.”
Tanpa membuang masa Abdullah bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran anak-anak jarinya banyak yang parah dan banyak yang tergantung dengan isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya. Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbandingkan tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu dia tersentak dan berkata ia dalam hatinya: “Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian?” Adakah kerana cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah kerana kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah.”
Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata: “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.”
