....Abah..org takut.. :(

.....knape msti takut..banyakkan sabar..semua tu kan perancangan Allah,Allah x uji kita tanpa sebab..Allah x bagi lagi tu sbb kita xmampu nk kuasai lagi..cuba lagi..jangan putus asa..kena sentiasa kuat dan bersungguh2..mungkin sblm ni kita x bersungguh2 lagi..selidik balik kesilapan kita..cari dimana silap kita..hnya kita tahu di mana silap kita..orang lain xkan tahu..hanya kita yg bleh perbaiki..kena sntiasa kuat..selalu buat amalan2 yg bleh menguatkn hati2 kita...i.Allah Allah akan bantu..orang lain lagi teruk di uji..kita ni sikit je..abah sntiasa doakn..cuba lagi..



Ayah (Aeman)

Ketika berjauhan masih ku rasa,
Hangat kasihmu ayah,
Betapa kurindukan redup wajahmu,
Hadir menemaniku...


Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan,
Bagaikan tiada keresahan...


Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata,
Tak pernah sekali kau tinggalkan,
Diriku sendirian...


Ketika ku dalam kedukaan,
Kau menatap penuh pengertian,
Di saat diriku kehampaan,
Kau setia mengajarku erti kekuatan...


Terpancar kebanggaan dalam senyummu,
Melihat ku berjaya,
Bila ku kegagalan,
Tak kau biarkan aku terus kecewa...


Dengan kata azimat,
Engkau nyalakan semangat,
Restu dan doa kau iringkan...
Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata,
Tak pernah sekali kau tinggalkan,
Diriku sendirian...


Ketika ku dalam kedukaan,
Kau menatap penuh pengertian,
Di saat diriku kehampaan,
Kau setia mengajarku erti kekuatan...


Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan,
Bagaikan tiada keresahan...


Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata,
Tak pernah sekali kau tinggalkan,
Diriku sendirian...


Ketika ku dalam kedukaan,
Kau menatap penuh pengertian,
Di saat diriku kehampaan,
Kau setia mengajarku erti kekuatan...


Tak dapat kubayangkan hidupku ayah tanpa engkau di sisi

Semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat di hati...




Lumrah kehidupan seharian manusia sebagai hamba Allah yang dhoif kita akan sentiasa di uji..tidak akan ada manusia tidak akan di uji..samaada dengan kesusahan atau kesenangan mengikut kemampuan manusia itu sendiri.Allah lebih mengetahui apa yang ditimpakan untuk hambaNya sebagai tanda kasihNya..Selayaknya kita hamba yang Allah anugerahkan keimanan bersyukur kerana sememangnya ujian2 itu lebih mendekatkan kita denganNya dan meningkatkan keimanan malah menguatkan lagi hati-hati kita, berbeza dengan hamba2 yang jauh dari rahmat dan hidayah Allah yang mana jalan menyelesaiannya lagi menjauhkn diri dari Allah..Nauzubillah....



Sebenarnya x ada rahsia @ petua yang khusus untuk sentiasa ceria:) .bukanlah bermakna hidup kita mesti sentiasa berjaya & bahagia. sama seperti orang lain, kite x akan dapat lari dari ujian hidup.Kalaulah hidup ini manusia yang aturkan pasti kita akan sentiasa inginkan yang elok2 dan bahagia2 sahaja.Tapi hakikat kehidupan Allah akan sentiasa menguji hamba-hambanya kerana dengan itu kita akan lebih beriman kpd NYA.ujianlah yang menentukan sama ada kita bersedia untuk terus menghadapi hari-hari mendatang atau pun tidak.ujian jugalah yang mematangkan kita di dalam membuat sesuatu keputusan di dalam hidup ini.




Namun ujian bukanlah penghalang untuk kita kekal senyum dan ceria.sebaliknya, dengan senyuman dan keceriaanlah kita akan mampu untuk menghadapi ujian hidup. x percaya?? jika kita ditimpa masalah @ musibah,memang biasalah kita akan susah hati @ menangis kan? persoalan nye, apakah susah hati & menangis itu akan menyelesaikan masalah?ketenangan masih boleh dirasai jika kita bijak mengawal perasaan, menerima segala ujian & masalah dengan berlapang dada.salah 1 caranya: tetap kekal senyum & ceria.Memanglah susah kan! :p..ye la tiba-tiba tengah2 menangis nak gelak2 & senyum2 plak..nanti xpasal-pasal disangka xwaras plak ;) memang payah dan ada tika nya perit & mengecewakn + melukakan.tapi percayelah masalah xkan selesai jika kita lari dari masalah tersebut.ia akan selesai jika kita berusaha menyelesaikannya...cakap memng senang tapi nak merealisasikannya teramat la payahnya :)




jika suatu ketika kita dtimpa dugaan @ masalah dan mempersoalkan tentang soalan2 ini, maka ingatlah tentang prisip pegangan ini.........



1~KENAPA AKU DI UJI? kenapa aku yang gagal? kenapa aku yang kene? kenapa sume ini terjadi kat aku?

"apakah manusia itu mngira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? dan ssungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka ssungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar & sesungguhnya Dia mngetahui orang2 yang dusta."
-surah Al-Ankabut ayat 2-3


2~KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK??


"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mngetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216-



3~KENAPA UJIAN SEBERAT INI??


"Allah tidak membebani sseorg itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya(kemampuannya)"
-surah Al-Baqarah ayat 286-



4~KENAPA RASA KECEWA??


"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman," -surah al imran ayat 139-



5~BAGAIMANA AKU NAK HADAPI SEMUA INI???


"wahai orang2 yang beriman!bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam megerjakan perkara2 yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan prjuangan), dan berseDialah(dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya(mencapai kemenangan)." -surah Al-Imran ayat 200-


6~APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA NI???


"ssungguhnya Allah telah mmbeli daripada orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." -Surah At-Taubah ayat 111-


7~KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??

"cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-NYA. hanya kpd-NYA aku bertawakal." -surah At-Taubah ayat 129-



8~AKU DAH TAK DAPAT TAHAN LAGI!!!!


".......dan jgnlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-surah Yusuf ayat 12-


....Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar..IA beri kaktus berduri..Aku minta kupu-kupu..Di beri ulat berbulu.Aku sedih & kecewa..Namun kemudian kaktus itu berbunga,indah sekali & ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik..Itulah jalan TUHAN..indah pada masaNYA! TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan,tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan..Kadang kita sedih,kecewa,terluka..Tetapi jauh di atas segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..Yakin dengan janji ALLAH..sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah~



Sentiasa la mengadu pada Allah kerana DIA lah sebaik2 jalan penyelesaian..Keluarga & Sahabat-sahabat juga memainkan peranan sebab itu hidup kena berjemaah kerana kita xkan mampu untuk menangani masalah secara bersendirian,kita perlukan sahabat untuk memberi sokongan dan galakan..



##syukran buat salah seorang "adik kesayanganKu",merangkap pakar motivasiKu ;) yang sentiasa memberi sokongan & mengirimkan article ini di saatKu bersedih & hampir putus asa..(xpe yer edit ckit2..he2:)



##k.sue tujukan buat faten ;) jangan sedih2 ye adik sayang :) Ujian tu kan mematangkan kita..i.Allah faten kuat k

..Salam Imtihan..Doakan kejayaan bersama..

Ya Allah..ampunkanlah dosa-dosa kami...jadikanlah kami mereka2 yang menjaga kalamMu..


Untuk kami dekat padaMu..untuk kami laksanakan amanah yang telah KAU pikul di bahu kami..


untuk kami dapat keberkatan darinya....


Maka Ya Allah tenangkanlah hati-hati kami...peliharalah niat-niat kami dan mudahkan


segala urusan dunia kami terutama di waktu-waktu imtihan syahadah kami ini..



kurniakan kami kejayaan dan RahmatMu Ya Allah..

Jiddiyyah tanpa ta'ruf dan thiqah akan menyebabkan jiddiyah itu tidak bertahan lama dan akan menurun. Oleh itu letakkanlah keyakinan dan kepercayaan kepada sahabat-sahabat...Hendaklah kita melahirkan ukhuwwah dan ta'ruf dalam erti kata sebenar. Hasan Al Banna meletakkan at Ta'ruf sebagai rukun usrah yang pertama. Kita perlu benar-benar berta'ruf hingga lahir kasih sayang dengan roh Allah S.W.T. atau dengan keimanan. Rasailah sungguh-sungguh erti ukhuwwah. Elakkan daripada apa jua keadaan yang boleh mengeruhkan kejernihan hubungan antara sahabat-sahabat. Sentiasalah mengamalkan ayat-ayat Allah S.W.T. dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. dalam konteks ukhuwwah.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:" Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk".(Surah Ali Imran : 103)

Berpecah belah bererti ikhwanus-syayaathin. Berpecah belah itu daripada syaithan. Janganlah mendekati kepada perkara-perkara yang boleh menjejaskan ukhuwwah sesama kita. Kalau ada rasa sesuatu yang menjejaskan ukhuwwah, maka kita kenalilah bahawa itu adalah bisikan syaithan. Syaithan sedang cuba masuk mengacau dan memecah belahkan perpaduan dan ukhuwwah. Kita fahami akan ayat Allah S.W.T. yang bermaksud :"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. “( Surah Al Hujurat : 10)

Rasulullah S.A.W. bersabda :(Bermaksud): Seorang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan satu bangunan,sebahagiannya mengukuhkan bahagian yang lain,Bukanlah ukhwah itu sebagai slogan sahaja,yang diperkatakan tanpa terlaksana dalam realiti hidup. Hasan Al Banna ada menegaskan bahawa terdapat jurang yang jauh di antara hakikat ukhuwwah yang ada pada sahabat-sahabat Rasulullah dengan generasi-generasi yang lain. Walaupun sedemikian, kita tetap berusaha agar hakikat ukhuwwah yang lahir dalam generasi pertama itu dapat menjadi kenyataan dalam realiti kini.

Hassan Al Banna meletakkan ukhuwwah sebagai salah satu daripada rukun bai'ah. Menurut Hasan Al Banna yang dimaksudkan dengan ukhuwwah ialah ikatan hati dan roh yang diikatkan dengan ikatan aqidah. Aqidahlah satu-satunya ikatan yang paling kukuh dan paling bermutu. Ukhuwwah yang sebenarnya ialah ukhuwwah iman. "Hanyasanya orang mukmin itu bersaudara". Hakikat ini perlulah lahir betul-betul. Dan pecah belah adalah saudara kepada kekufuran. Ukhuwwah iman inilah akan lahir kekuatan wehdah atau kekuatan penyatuan. Tiada wehdah tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling minima wujud dengan adanya salamatul sadr. Kasih sayang maksima ialah dengan mengutamakan sahabat.

Barang siapa yang dapat mengelakkan kebakhilan diri atau mementingkan diri, maka merekalah orang-orang yang berjaya. Amilin yang sebenarnya akan melihat saudaranya lebih penting daripada dirinya sendiri. Padanya, kiranya dia tidak bersama rakan-rakan seperjuangannya maka dia tidak boleh bersama-sama dengan orang lain. Tidak seharusnya ada sekatan atau penghalang dalam hubungan antara para amilin amal Islami. Kita bersatu tidak ada kepentingan lain kecuali kepentingan Islam, lillah fillah. Kita bekerjasama kerana matlamat yang sama dan berdasarkan aqidah yang sama. Persahabatan sebegini bersih. Jangan kita kotorkan ia, demi mengejar matlamat mardhatillah....

Dalam kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam, salah seorang di antaranya ialah raja Busra, surat kepada raja ini di hantar oleh Haris bin Umar Azdi ra. Sewaktu membawa surat ketika Haris bin Umar ra. sampai di Mauta beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar.
Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris bin Umar ra. adalah utusan untuk menyampaikan surat. Rasulullah SAW sangat dukacita atas kematian Haris, lalu baginda mengumpulkan seramai 3000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harthah sebagai ketua pasukan.

Kemudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran: “Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranva Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.” Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata: “Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagaimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”

Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah SAW memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh baginda SAW kepada Zaid. Rasulullah SAW menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan baginda berdoa: “Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”
Setelah Rasulullah SAW selesai berdoa, Abdullah bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap syair yang bermaksud: “Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air. Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku. Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata: Semoga engkau telah gugur kerana Allah.... berjaya dan makmur.

Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.” Di pihak musuh pula ketuanya yang bernama Sarjil, telah mengetahui mengenai persediaan tentera Islam, Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika, Sarjil dan bala tenteranya hendak mara, ia mendapat berita bahawa Kaisar sendiri sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri dari 100,000 orang untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa ragu-ragu dan mereka berfikir samada mara atau pun tidak untuk menentang musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu. Atau mereka mengirim utusan kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan nasihat.

Dalam ragu-ragu itu Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang: “Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.” Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah bin Rawahah, maka para sahabat pun bertekad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan peperangan Mauta. Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid ra. menggenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran, maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian.

Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu. Sarjil telah mengirim berita kepada Kaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Kaisar pun menghantar tenteranya yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. Tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentara Islam yang cuma 3000 orang sahaja.
Dalam pertempuran yang sengit itu maka syahidlah Zaid ketua panglima tentera Islam. Jaafar ra. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera, beliau dengan sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran. Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu Jaafar membaca beberapa ungkapan syair: “Wahai manusia! Betapakah indahnya syurga. Dan betapa gembiranya tentang kehampirannya!
Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua.” Dengan memegang bendera Islam yang berkibaran di sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memegang pedang beliau terus meluru ke arah musuh. Sewaktu meluru tangan kanan beliau yang memegang bendera telah ditetak, beliau dengan segera memegang bendera dengan tangan kiri, tetapi tangan kiri beliau juga ditetak, beliau tetap memegang kuat dengan menggigit bendera dengan bantuan kedua belah bahunya yang telah kudung. Darah mengalir seperti air paip. Datanglah musuh dari arah belakang lalu menetak Jaafar ra. sehingga terbelah dua, dan syahidlah Jaafar ra. Umur Jaafar ra. ketika itu ialah 33 tahun.

Abdullah bin Umar ra. menceritakan, “Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”

Sewaktu Jaafar ra. terbunuh Abdullah bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan. Beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar berita tentang kematian Jaafar. Dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata “Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedangkan Jaafar telah sampai ke syurga.”

Tanpa membuang masa Abdullah bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran anak-anak jarinya banyak yang parah dan banyak yang tergantung dengan isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya. Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbandingkan tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu dia tersentak dan berkata ia dalam hatinya: “Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian?” Adakah kerana cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah kerana kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah.”

Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata: “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.”
Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melemparkan daging tersebut. Dengan pedang yang terhunus beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau syahid di medan pertempuran


Buat sahabat & sahabiah.. betapa beruntungnya diri bila kita dikurniakan sahabat yang mempunyai ciri-ciri persahabatan,memahami antara satu sama lain..Berdoalah moga kita dikurniakan sahabat sedemikian.. Insya-ALLAH

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.Harapan dan impian juga kita luahkan.Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita…..

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat… Kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..sebagai kekuatan.
Jadilah kita sahabatnya itu….

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan….. Kita tidak tahu….

Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

# Buat 'cikgu',bakal Yb ;),S & S moga Ukhwah kita sentiasa berpanjangan..

Semakin hampir tarikh 8hb Mac 2008 makin terasa bahang pilihan raya,walaupun tidak dapat merasai suasana sebenar seperti sahabat-sahabat seperjuangan di malaysia namun tempiasnya tetap terasa.Saban hari apabila di'search' pada akhbar-akhbar tempatan milik kerajaan makin rancak tari mereka mencari isu-isu,mengaburi mata rakyat..

Pemisah benua ataupun ketidak mampuan kita selaku pelajar luar negara untuk pulang ke tanah air pada pilihanraya akan datang bukan alasan untuk kita melepas diri atau lari dari tanggungjawab untuk turut serta membantu memberi kemenangan kepada Islam.Sebagai seorang yang beragama Islam,Dan kita mengaku beriman kepada Allah,Taklifan sebagai seorang Khalifah sudah terpahat dalam diri untuk menyinari alam ini dengan kebaikan..Selagi Islam tidak terlaksana,selama itulah beban tugas Dakwah bagi pejuang-pejuang Islam tidak akan selesai.Rantai-rantai perjuangan pasti akan terus bersambung hingga tertegaknya Islam..

Di mana pun kita berada kita tetap berperanan..bantulah Islam untuk mencapai kemenangan.Walaupun kita tidak dapat turut serta dalam medan pilihan raya yang sebenar tapi berbagai usaha lain yang boleh kita lakukan..mulai saat ini marilah kita sama-sama menyeru sahabat-sahabat kita untuk memainkan peranan membantu kemenangan Islam..

1) LAZIMI SOLAT HAJAT DAN DOA
- Wajibkan bagi diri kita dan serulah sahabat-sahabat kita untuk solat hajat setiap malam dan sentiasa berdoa memohon sungguh-sungguh kepada Allah memberi nusrahNya dan memberi kemenangan kepada Islam.Sememangnya tipu daya dan perancangan pihak lawan sukar dijangka dan sangat hebat tetapi kuasa Allah itu mengatasi segalanya..Mereka membuat tipu daya,Allah membalas tipu daya mereka itu,dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya....

2) LAZIMI QUNUT NAZILAH
- Moga-moga Allah memberi kekuatan dan nusrahNya kepada pejuang-pejuang agama Allah yang bertungkus lumus untuk menegakkan Islam.

3) MENDERMA
- Walaupun hakikatnya rata-rata dari kita bukanlah hartawan mahupun jutawan malah majoriti masih di bawah tanggungan keluarga tapi sama-samalah kita berusaha menjadi dermawan,walaupun sedikit tetapi sekurang-kurangnya ada sumbangan kita.Tidak mustahil keikhlasan kita dalam menderma menjadi antara asbab yang membantu memberi kemenangn kepada Islam.Sahabat-sahabat kita di malaysia memerlukan dana yang banyak untuk menghadapi pilihan raya..kalau bukan kita siapa lagi untuk turut membantu..

4) LAKSANAKAN DAKWAH FARDHIAH
- Ketika inilah pentingnya peranan sms dan chatting..jalankan amal fardhiah kepada ahli keluarga dan sahabat handai di malaysia melalui dua cara ini..laksanakan peranan kita..tidak mustahil kita menjadi penyebab untuk orang mendapat hidayah..kempenlah untuk sama-sama memberi kemenangan kepada Islam..

Sahabat-sahabat Seperjuangan...

Kita merancang,Allah menentukan..Jangan terlalu berharap untuk melihat hasil dalam masa yang singkat.Kita rasa tidak akan menang tetapi kita kena terus berjuang.Perjuangan itu prosesnya panjang dan berterusan..Yang penting kita berperanan untuk sama-sama membantu Islam untuk menang..

Ingatlah..di akhirat kelak,kita tidak akan ditanya bila Islam itu menang tetapi yang pasti kita akan ditanya apa sumbangan kita dalam membantu Islam..apa kita dah buat untuk Islam..moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan mereka-mereka yang dihinakan oleh Allah..

Sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama membantu dan memberi sokongan kepada perjuangan Islam dalam pilihan raya akan datang..laksanakan peranan kita..moga-moga kita tergolong dalam golongan rantai-rantai perjuangan Rasulullah..

Untuk sahabat-sahabat di malaysia teruskan perjuangan kalian..yakin dengan janji Allah..Kemenangan untuk Islam pasti akan datang..moga nusrah Allah sentiasa mengiringi kalian..Kita mampu mengubahnya..biarpun perjalanan itu masih jauh tapi demi Islam kita akan terus merintisnya bersama-sama..

wallahu'alam..