tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir..
tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal"..
Bismillahirrahmanirrahim...
Sedar tak sedar agak lama saya meninggalkan blog kesayangan saya ini..kata sayang tapi mengabaikan..huhu..biasa la manusia..mulut berkata lain..hati berbicara lain..hakikatnya saya tak berkesempatan..(da tak tahu nak tulis apa hu3)
Akhirnya saya kembali ke tanah air..impian semua orang..kejayaan..Alhamdulillah walau lama menunggu tapi akhirnya Allah kurniakan juga..
Alhmdulillah dua tiga hari ini natijah sahabat-sahabat juga sudah keluar..Mabruk buat yang berjaya..ukhti aini tersayang..ukhti kamilah yang dirindui..dan sahabat2 lain MABRUK buat kalian..(aini janji nak raya pahang tahun ni..cepat2 la balik ye ;)
Buat sahabat yang Allah masih tangguhkan..yakin dengan janji Allah..PASti akhirnya nanti ia juga milik kalian..kesabaran itu anugerah berharga buat kalian..Ingat! kita hidup kerana Allah..bukan kerana manusia..Moga Allah thabatkan kalian..Allah..berada di malaysia terasa sangat berharganya di bumi anbiya'..suasana mengulang yang amat-amat di rindui..huhu..
Esok lusa ramadhan bakal berlabuh..syawal bakal menjelang..buat ahli keluarga tersayang,sahabat-sahabat dan yang mengenali diri..salam idulfitri..maaf zahir batin atas salah silap..di sedari mahupun yang tidak di sedari..
Buat akhi aniq tersayang,ukhti qema,ukhti ewa tersayang WAJIB mai raya umah koi :P...buat ehem2 jangan la buat2 tak sudi ;) meh la mai umah koi..tak kan nak lalu je..da lama nunggu aok mai..he3
Buat ukhti ewa tersayang..sanah helwa ukhti habibati..terlambat sehari wish :) moga bertambah usia..bertambah ilmu dan amal..moga redha Allah sentiasa bersama ewa tersayang..waa rindu mesir..hu3..nak ikut hangpa balik..hu3..rindu kisaie :(
Doakan saya dimudahkan..salam idulfitri buat semua..
Bismillahirrahmanirrahim..
>>> Syukran yang tidak terhingga buat ahli bait yang amat saya sayangi,hargai dan kagumi yang bersusah mengejutkan saya detik 12 tengah malam 21.5 untuk meraikan saya..terharu sangat dengan sambutan kalian..siap buat slideshow..huhu..bersusah payah kalian buat semua ini..sejujurnya ksu tak mampu nak balas segala kebaikkan kalian selama ini..kalian ahli bait ksu yang terlalu baik dan terlalu sporting..sentiasa bersama-sama susah dan senang..moga Allah sentiasa pelihara ukhwah kita hingga ke akhirat..subaida..ezwa...azie..haizum..habibah..ksu teramat-amat sayangkan kalian..Syukran Atas Segalanya..
>>> Syukran buat kalian "dari Tanta"..kejutan kalian betul-betul buat ksu rasa nak PENGSAN! :) ..nasib baik la ksu seorang yang cool..hihi.. tak terguling-guling menangis terharu kat situ dengan kejutan yang kalian buat...lain la "orang tu" siap nak menari..hehe..kenangan yang teramat indahkan ;)..Moga Allah pelihara "keluarga baru" kita ini..Serius lepas kalian balik terasa sangat kehilangan..huhu..wei hangpa jampi ape nih :P...syukran sangat buat kalian bersusah payah datang dari tanta bawak kek..sampi hilang keayuan :)..Hebat betul la perancangan kalian..siapa la master-mind nya tu :P.. Betul...ksu terharu sangat dengan sambutan kalian..tak mampu nak balas..huhu...yang penting ksu amat sayangkan ukhwah ini dan terlalu menghargainya..kalian banyak membentuk diri ini..banyak membantu ketika semangat diri terkadang hampir jatuh..Moga Allah pelihara hati-hati kita..moga kasih sayang yang kita semai dalam ukhwah ini di redhai Allah..
>>> Buat Ukhti Faten..Ukhti Husna..Akhi Aniq..dan tak lupa buat Akhi Amin di malaysia ;) Syukran atas segalanya..Ksu teramat-amat sayangkan kalian..Moga Allah balas segala jasa baik kalian buat diri selama ini..*Akhi Amin tunggu kami semua ye ;)
>>> Syukran juga buat yang belanja ayam welataian :)..moga Rahmat dan kasih ilahi sentiasa mengiringi perjalanan hidup..
* Sahabat-sahabat...adik-adik yang saya sayangi, moga Allah kekalkan Ukhuwah kita selama ini..moga Redha Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita...Salam imtihan buat semua..Moga Allah NAJAHkan kita dunia akhirat..Moga Allah balas segala kebaikkan kalian..Teramat menyayangi dan menghargai kalian semua...Syukran..Maaf andai tidak mampu menjadi yang terbaik buat kalian...Doakan KEJAYAAN bersama..
Bismillahirrahmanirrahim....


13. "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya : "Hai Anakku,janganlah kamu mempersekutukan Allah,sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."
14. "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibubapanya;ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah,dan menyapihnya dalam dua tahun,Bersykurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapa mu,hanya kepadaKu lah kembalimu."
15. "Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu,maka janganlah kamu mengikuti keduanya,dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik,ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepadaKu lah kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
16. "(Luqman berkata) : " Hai anakku,sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha mengetahui."
17. "Hai Anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu temasuk ha-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."
18. "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."
19."Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."
1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Oleh sebab itulah Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan contoh kepada umat Islam sepanjang zaman...Anak saudara kesayanganKu moga dirimu Allah pilih untuk sentiasa dekat denganNya..