Alhamdulillah sedar tak sedar 6hb mei usia mu Mohd Syabil Isyraq sudah menjangkau 3 tahun..anak saudara kesayanganKu moga Allah memberkati dan melindungi dirimu..Bakal menjadi anak soleh kepada kedua ibubapa..Rindu yang teramat sangat dekat budak kecik sorang ni..Syabil..mak Ngah tinggalkan beberapa nasihat buatmu seperti yang pernah Luqman al-hakim nasihat buat anaknya yang Allah telah rakamkan di dalam Al-Quran sebagai petunjuk sepanjang zaman..moga dirimu mengambil pengiktibaran dari kandungan ayat-ayat ini dalam meniti usia..


Di antara nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya yang terkandung di dalam surah Luqman ayat 12 sehingga ayat 19 ialah:



Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

12. "Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu :"Bersyukurlah kepada Allah.Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah),maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

13. "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya : "Hai Anakku,janganlah kamu mempersekutukan Allah,sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."

14. "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibubapanya;ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah,dan menyapihnya dalam dua tahun,Bersykurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapa mu,hanya kepadaKu lah kembalimu."

15. "Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu,maka janganlah kamu mengikuti keduanya,dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik,ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepadaKu lah kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."

16. "(Luqman berkata) : " Hai anakku,sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha mengetahui."

17. "Hai Anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu temasuk ha-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."

18. "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."

19."Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."


Syabil Kesayangan Ku...


1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.


Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Oleh sebab itulah Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan contoh kepada umat Islam sepanjang zaman...Anak saudara kesayanganKu moga dirimu Allah pilih untuk sentiasa dekat denganNya..



JADUAL IMTIHAN SYAHADAH 2010

SUMBER : DPM SHOUBRA


"Doa seorang saudara terhadap saudaranya di luar pengetahuan (saudara tersebut) adalah doa yang diperkenankan,disisinya seorang Malaikat yang diwakilkan.Setiap kali beliau mendoakan kebaikan untuk saudaranya Malaikat yang diwakilkan itu akan berkata :"Ameen dan bagimu juga seperti itu"".(Hadith Riwayat muslim daripada Abu Darda')"


*Sahabat-sahabat doakan kami di permudahkan dengan sisa masa yang berbaki untuk terus berusaha..

“Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlaq kaum Muslimin. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalam. Dan impian hari ini (itulah bakal menjadi) realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsamu yang beriman, biar pun dengan kerosakan yang menggila itu. Si lemah tidak akan kekal lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat itu tidak akan kuat selama-lamanya” - Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.



Ada yang mengeluh..ingin gugur dan jatuh..Lalu dia berkata LELAH..Ada yang lelah..tubuhnya penat..dia berkata LILLAH....



Alhamdulillah sedar tak sedar bulan April sudah hampir ke penghujungnya..ikutkan 20 hb baru ni akhir kuliah maahad tetapi di lanjutkan lagi sehingga akhir bulan ini..jadual syahadah pun sudah keluar..namun saya belum berkesempatan untuk melihat..katanya sama seperti jadual tahun lepas cuma mungkin tarikh dan soalan yang berbeza :)...semakin hampir imtihan semakin kerap keluhan dan luahan-luahan menyapa telinga...ye hakikatnya semakin hampir imtihan semakin hidup rasa tidak tentu arah..semakin semuanya rasa serba tidak kena..saya sendiri rasanya "hampir gila" bila memikirkan imtihan yang bakal menjelang tidak sampai dua bulan lagi..Hebatkan panahan imtihan dunia ini..entah apa la yang di bimbang dan di takutkan..


STRESS KE?? TAKUT KE??


"ksu..takut la..riso la..tak tau la macam mane..Quran tak ingat..matan tak habis lagi ni..madah-madah tak tengok lagi..stress saya jadinya.."

"Akak..akak dah habis ke ngulang?..kita riso la.."

"Akak..kita takut la..nak jawab apa nanti.."

"Akak..saya serabut la..time-time camni la masalah datang..baru saya kenal sahabat saya yang sebenar..tak sangka betul dia macam tu...sedih saya.."

Keluhan dan permasalahan yang sering melanda di musim-musim imtihan..hakikatnya terkadang permasalahanya remeh sahaja tetapi apabila bercampur dengan hati yang serabut memikirkan imtihan ianya menjadi masalah yang besar di fikiran kita...

Teringat Syeikhuna Syeikh Ahmadi...di musim-musim imtihan..sering beliau menjadi rujukan..ketika hati memerlukan santapan dan curahan nasihat penguat semangat...

"Syeikh..takut la nak periksa"

Ayat yang sering menyinggah di telinga beliau..PASti sahaja hanya senyuman yang dilemparkan...

"Saya nak tanya..ini kali pertama ke kamu semua imtihan selama hidup ini..mustahil kan.."lembut bicara beliau sebelum menyambung lagi

PASti sahaja terangguk-angguk sambil tersipu malu kami mengiyakan..:)

"Ingat..jangan kamu terlalu takut dengan imtihan dunia..semua ini hanya wasilah..cuba kamu fikir apa sebenarnya yang kamu takutkan dengan imtihan dunia ini?..kamu takut GAGAL?"

PAStinya semua akan diam membisu..cuma hati-hati yang mampu mengiyakan..

"Cuba kamu semua fikir dan hayati..pernah tak kamu semua selama ini takut dengan ujian dan imtihan akhirat?

Agak lama syeikh mendiamkan diri sebelum menyambung lagi..

"Seringkali kita semua tidak pernah takut bila berhadapan dengan ujian-ujian atau imtihan-imtihan untuk natijah kita di akhirat kelak..ujian iman kita..ketika kita semua melakukan dosa dan maksiat..semua itu ujian yang natijahnya akan kita perolehi di akhirat kelak..contoh yang saya ingin berikan...bila kita melakukan dosa mengumpat..ataupun dosa hubungan dengan lelaki bukan muhrim kamu ataupun dosa-dosa lain..pernah atau tidak kamu semua rasa takut bila ujian-ujian itu kamu tempuhi..Tidak sekali-sekali kan?Malah kamu semua merasa bahagia pula..bukan begitu? "soal syeikh lagi

Senyap dan semakin tunduk lagi kepala-kepala kami yang sering sahaja melakukan maksiat ini..hati menjadi amat sayu..

"Semua ujian-ujian maksiat yang saya sebutkan tadi kita semua sudah PASti natijahnya..dosa dan azab Allah di akhirat kelak..tapi kita semua tidak pernah takut atau bimbang..malah sering kita lupa..sedangkan imtihan yang akan kamu tempuhi tidak lama lagi belum tentu lagi natijahnya..berjaya atau gagal yang penting Redha Allah..bila kamu dah yakin dengan usaha kamu untuk apa kamu takutkan..Tawakal pada Allah..setiap natijah yang Allah berikan pada kamu itulah yang terbaik di sisiNya..kena sentiasa bersangka baik dengan Allah..yang penting selagi ada masa kamu terus berusaha.."


TENANGKAN HATI

Betul apa yang syeikh katakan..seringkali kita takut pada sesuatu yang belum PASti..sedangkan yang PASti sering kita abaikan..

Bukan senang untuk kita menenangkan diri di musim-musim imtihan ini..mudah benar hati di amuk rasa..terkadang berbunyi deringan telefon terasa hendak di campak sahaja ke dinding..pintu diketuk seolah-olah mahu dimanggakan sahaja ;)..tapi itu semua bukan jalan penyelesaian..

Kita semua sebenarnya mampu untuk mendidik hati..terkadang sengaja melayan hati..abaikan benda-benda yang remeh..tumpukan sahaja kepada yang lebih utama..

Selagi ada masa berusaha..yang penting tingkatkan kesabaran..bukan senang untuk mengulang-ngulang Al-Quran dan mengulangkaji madah-madah..sering sahaja hati di sapa jemu..Malah hati semakin risau dengan kemampuan sahabat-sahabat lain yang agak laju..terasa diri ketinggalan..dan akhirnya stress lagi..

Jangan terlalu mengikut orang..jadi lah diri kita sendiri..kemampuan kita berbeza..yang penting walau pun berdikit-dikit tapi sentiasa istiqamah..


DOAKAN

Sahabat-sahabat..sejujurnya saya juga amat takut..lemahkan iman kita..saya amat memerlukan doa sahabat-sahabat..doakan saya terus di beri kekuatan dan semangat untuk berusaha..mungkin ini "imtihan dunia" terakhir buat saya...wallahu'alam



"Janganlah berputus asa...Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa...berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa..."

Sanah helwa buat kalian..antara insan-insan penting dalam hidup saya :)

Buat kakak sulung saya k.ila yang menyambut kelahiran sama tarikh dengan akhi aniq 27 Mac...Moga Allah sentiasa memberkati dan meredhai usia kalian..Serta memilih kalian untuk sentiasa dekat di sisiNya..Moga dengan baki usia yang ada sama-sama dapat meningkatkan lagi iman dan amal kalian..

Kakak Ku sayang..Moga Allah memilihmu untuk sentiasa menjadi hambaNya yang beriman,menjadi isteri dan anak yang solehah..sentiasa menjadi contoh tauladan buat kami adik-adikmu...ketegasan dan keprihatinan dirimu serta kasih sayang mu menjadi sumber kekuatan dan inspirasi diri ini..Syukran atas segala dorongan yang sentiasa diberikan buat diri ini..moga Allah sentiasa memberi kesabaran buatmu dalam mendidik 3 bakal pejuang :)..sama-sama doa abang Long,adik Aman dan adik Fadhil menjadi Hamba Allah yang sebenar-benarnya pabila dewasa nanti..Moga rumahtangga kalian sentiasa diberkati Allah..

Akhi Kesayangan..Dirimu juga moga sentiasa di bawah lindungan dan naugan Allah..Di permudahkan segala urusan ;)...Syukran atas sokongan,teguran dan juga kritikan membina selama ini :) bile lagi ni yek ;)..Teruskan perjuangan..Moga Allah sentiasa thabatkan kita semua..

Buat Ukhti Syamil kesayanganKu :) Hepi Besday..hari ini dah bertambah pun usia makcik sorang ni..hehe...moga usia selama ini sentiasa dalam redha Ilahi..teruskan perjuangan..Ingat! di mana pun posisi kita..kita berperanan..jalan Dakwah ini luas..Ukhti..moga ukhti sentiasa thabat..Apapun ujian yang datang kuat lah demi Islam dan perjuangan..teruskan..teruskan perjuangan ukhtiKu sayang..andai 'hijrah' itu perlu..sama-sama kita usaha..moga ukhti juga mendapat suami soleh..sayap kanan penerus perjuangan :)...Doakan diri ini juga ;)


**tahun ni tak dapat nak bersama-sama kalian seperti tahun lepas :) moga tahun depan kita dapat bersama-sama di hari lahir kalian bertiga :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma,ia berkata : "Aduhai,alangkah baiknya aku mati sebelum ini,dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti,lagi dilupakan..Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah :"Janganlah kamu bersedih hati,sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai dibawahmu..Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu,niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu..Maka makan,minum dan bersenang hatilah kamu.Jika kamu melihat seorang manusia,maka katakanlah :"sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah,maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini" (surah Maryam : ayat 23-26 )

Allahuakbar..mentadabur,menghayati,mengambil pengiktibaran ayat-ayat Allah memberi ketenangan yang hakiki..entah kenapa membaca ayat-ayat surah maryam pagi ini membuat hati menjadi sayu..Saidatina Maryam! wanita agong,ujian dan amanah yang dipikul maha berat..Layaklah syurga milik beliau..keseorangan menanggung derita tetapi dengan keimanan yang kental dan keyakinan beliau kepada Allah mengatasi segalanaya..pandangan manusia tidak di hirau..fitnah-fitnah yang datang di abaikan kerana beliau yakin Allah bersama-sama..wanita suci melahirkan anak yang maha agong Nabi Isa 'alaihisalam..

Di saat membaca ayat-ayat ini terkenang saya kepada ukhti kesayangan..ukhti akma..semalam beliau telah dimasukkan ke dalam wad..due beliau belum tiba lagi tetapi tekanan darah yang agak tinggi membuatkan beliau di tahan di wad..moga Allah permudahkan beliau..terus memberi ketabahan kepada beliau..Saya PASti disaat-saat begini perlunya beliau dengan sokongan seorang suami,hadir sama memberi kekuatan untuk melahirkan zuriat pertama beliau..saya faham disaat begini PASti kesayuan itu melanda juga..menghubungi beliau semalam sayu rasanya.."saya sorang je kat sini ksu,tak ada siapa jaga,tak boleh..doakan saya dimudahkan..saya tak nak duduk lama kat sini.."..saya faham beliau masih trauma..ikutkan hati katanya tidak mahu lagi pergi hospital..terkenangkan arwah..tapi saya yakin ukhti saya ini tabah..terlalu tabah..

UkhtiKu sayang..teladani ketabahan dan juga kekuatan saidatina Maryam..ujian yang Allah timpakan kepada beliau terlalu berat..langsung tiada siapa disisi..tapi yakin lah Allah tidak pernah mengabaikan hambaNYa..UkhtiKu sayang walau arwah tiada bersama-sama tapi Ingat!semangat yang arwah tinggalkan jadikan sokongan untuk ukhti hadapi hidup ini.. Ukhti..syukur ukhti terpilih untuk melalui jalan mujahadah,Hebat!ukhti ditakdirkan merasai mehnah Ilahi..tradisi hidup Ummatul mukminin yang ditinggalkan suami..Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh 'Aisyah,Habshah,Ummu Salamah,Mariah Qibtiyah apabila ditinggalkan Rasulullah...Imbas kembali kelahiran Rasulullah,Baginda juga kehilangan lelaki bergelar ayah ketika mana baginda masih dalam kandungan ibu Baginda...UkhtiKu sayang..yakinlah ini jalan tarbiyah yang perlu ukhti lalui..Allah tidak pernah membebani HambaNya melainkan sesuai dengan kemampuannya..Yakinlah janji Allah menanti ukhti di SANA nanti..kuatkan kesabaran Ukhtiku sayang...

*Sahabat-sahabat doakan Ukhti Akma dipermudahkan..selamat semuanya..moga kelahiran zuriat yang arwah tinggalkan memberi kecerian dan semangat yang baru buat ukhti Akma untuk teruskan hidup ini...


MABRUK buat Akhi Anuar dan Ukhti Faezah yang bakal mengakhiri zaman bujang malam ini :) (waktu malaysia) moga Allah permudahkan urusan akad kalian malam ini..Doa dari kejauhan sentiasa mengiringi kalian..tergambar suara kebahagian dari Akhi Anuar ketika menghubungi beliau semalam..I.Allah berkat perkahwinan kalian YAKIN! i.Allah Akhi najah tahun ini..moga Akhi menjadi suami acuan al-Quran..teladani Rasulullah sallallahu'alaihiwasalam contoh suami dan ketua keluarga terbaik dalam membina rumahtangga..moga ukhti faezah menjadi isteri solehah..dunia akhirat..Moga kebahagian dan keberkatan sentiasa mengiringi perjalanan rumahtangga kalian sehingga ke akhirat..Moga Allah permudahkan urusan majlis kalian..

*tak sabar pulak nak tunggu bakal pengantin berdua ni balik mesir :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Agak lama saya membiarkn blog saya menyepi..namun bukan saya biarkan ia sepi begitu sahaja,saban hari juga saya menjengok cuma jari jemari terasa kaku,minda menjadi tepu untuk saya melakarkan apa-apa..hakikatnya blog ini adalah milik peribadi yang paling saya sayangi..di sini jiwa saya..hanya mereka yang rapat dan memahami saya akan tahu hakikat sebenar kenapa blog ini amat berharga buat saya..Alhamdulillah akhirnya kerinduan saya pada penulisan mampu mengalirkan semula arus untuk saya menggerakkan kembali jari jemari dan minda saya..walau hakikatnya saya memang tidak pandai dalam bidang penulisan namun saya ingin terus mencuba...kerana ada sesuatu yang saya cita-citakan dalam bidang penulisan ini..moga Allah kabulkan..

Lazimnya,saya amat susah dan agak malas untuk menjawab panggilan dari nombor yang tidak saya kenali dan tidak terdapat dalam senarai telefon saya..saya malas untuk bersoal jawab..Namun begitu panggilan dari malaysia dua tiga hari baru ini entah kenapa pantas sahaja saya menjawabnya...

"kenapa mereka..bukan kami?.." luah suara di sana..lemah..kemudian senyap..

"kamu menghubungi saya semata-mata untuk mengatakan perkataan ini sahaja?"...tanya saya setelah agak lama juga saya menanti kata-kata seterus darinya..tapi tiada..sepi..

kedengaran hanya keluhan..saya PASti ada yang tidak kena..sudah lama saya mengenalinya..sudah mampu untuk saya membaca apa sahaja perubahannya..

"kamu ambik semula 'benda' tu?" teragak-agak saya menyoal..."maaf"..

"kamu juga mahu seperti mereka?sudah berapa tahun kita kenal?..kamu masih tidak percaya dengan saya?...kamu juga masih tidak boleh terima yang saya sudah betul-betul berubah?"

"apa sebenarnya ni..luahkan semuanya.." saya yakin saya sudah tahu apa yang berlaku..

"kenapa golongan-golongan seperti kamu yang faham agama agak sukar untuk mendekati kami?..kamu tahu kan..dalam diri kami,dalam hati kami sentiasa ada keinginan untuk berubah..tapi siapa yang berani menghampiri kami?..kami sentiasa perlukan sokongan untuk berubah..golongan-golongan kamu akan pergi mencari dan menghampiri mereka yang sudah ada asas agama juga..kenapa tidak kami?yang sentiasa dahagakan ajaran agama?..yang tidak ada didikkan agama?...saya tahu kalau kawan-kawan kamu tahu kamu bersahabat dengan saya,PASti kamu juga akan dipandang serong..PASti kamu juga akan di anggap sudah berubah..silap-silap kamu juga akan ditinggalkan oleh kawan-kawan kamu kerana menyangka kamu sudah mengikut kami..itulah hakikatnya mentaliti golongan seperti kamu..

"jangan bandingkan saya dengan sesiapa?pernah saya persoalkan siapa kamu selama kita bersahabat?..saya mencelah

"maaf..sebenarnya mereka masih menganggap saya seperti dulu..mereka masih tidak boleh terima saya..betul..saya dah benar-benar berubah..saya sudah tidak ambik benda tu..saya dah tak ambik ganja lagi..percayalah dengan saya.."lemah dan lesu sekali dia hendak meyakinkan saya..

Akhirnya saya temui apa permasalahannya...

Sejujurnya setiap kali saya bersahabat bukan keperibadian terbaik yang saya cari kerana saya yakin setiap manusia punyai kelebihan dan kelemahan..setiap manusia belum tentu di awal buruk akhlaknya selamanya begitu..taufik dan hidayah Allah kita tidak tahu bila tibanya,PASti sahaja akan datang pada bila-bila masa buat hamba-hambaNya yang terpilih..justeru itu walaupun tidak seperti sahabat-sahabat saya yang lain tapi ikhlas saya terlalu menyayanginya,dia terlalu banyak memberi pengajaran kepada diri saya,mendidik saya untuk menjadi manusia yang lebih tahu untuk menilai..walaupun golongan seperti mereka yang seolah-olah hidup terumbang ambing tiada pegangan tetapi hakikatnya kadangkala hanya mentaliti kita sahaja..yang sering memandang sesuatu dari zahirnya sahaja..hakikatnya mereka terlalu ingin berubah..terlalu ingin kita bersama-sama mereka..sama-sama membantu dan membimbing mereka memperbaiki diri..tinggal peranan dan juga cara kita untuk mendekati mereka..

PASti sahaja membimbing golongan mereka agak sukar,seolah-olah seperti kita menarik rambut di dalam tepung..perlu berhati-hati..malah seperti burung mendidik anaknya untuk mencari makan dan terbang sendiri..agak susah dan tidak putus asa..jiwa mereka terlalu sensisitf..

Benar apa yang diluah..kaji semula peranan kita selama ini..berapa ramai dari kita yang cuba mendekati golongan-golongan seperti mereka..Sudah berapa lama kita hanya hidup dalam linkungan kita..setakat mana dakwah kita..Takut untuk mendekati mereka?? takut dipandang serong oleh masyarakat kerana bersahabat dengan mereka..takut hilang siqah mendekati mereka?cukup-cukup la kita merasa syok sendiri dengan ilmu dan penampilan yang kita ada..Allah tidak pernah pandang pada semua itu..cukuplah redha Allah pada kita..jangan kita hanya bertopeng sahaja dalam berdakwah,mencampur adukkan yang hak dan batil..Akhirnya hidup dalam bayang-bayang sendiri..menyangka hanya diri sendiri yang hebat berjuang..hakikatnya zero..

Hakikat apa yang dipersoal " kenapa mereka..tidak kami??" betulkan, selama ini kita hanya hidup dan dakwah dalam kelompok kita..mentarbiyah,mendidik mereka yang juga ada kefahaman..Justeru untuk mereka yang bermasalah ini siapa pula yang berperanan?cukup-cukuplah kita asyik menunding jari menyalahkan mereka dan menghentam kerana mereka tidak seperti kita..sama-sama kita kaji dan fikirkan di mana titik penyelesaian yang perlu kita atasi..

Teringat kata-kata terakhir dari 'dia'.."jadilah lilin yang boleh menerangi semua orang tapi bukan lilin yang hanya boleh membakar diri dan orang lain..fahami dan hayati kata-kata saya ini sebaiknya"

*Sahabat..Semoga kamu mendapat cukup bahagia untuk membuat kamu bahagia,cukup cubaan untuk membuat kamu cukup kuat,cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan..