Aqulu bil basmalah.....

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad)






"persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi..
sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan..
tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir..
tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal"..
-: az-zahra :-

selamat berjuang wahai sahabat yang amat daku sayangi...
kenangan terindah bersamamu tersemat rapi di sanubariku...
SIIRU 'ALA BARAKATILLAH...
SAYANG KAMU SEMUA..
UHIBBUKUM FILLAH..
"kePAStian"

3 comments:

hu3..artcle bersama..hu3..saat2 terakhir...

saat terakhir kemana ksu...ngee~

hu3.. ke bulan n bintang :P