Bismillahirrahmanirrahim..

Pejam celik..pejam celik..sedar tak sedar tinggal berapa hari lagi imtihan akan bermula..pikir takut rasa nak lari masuk gua mana-mana..nak menyorok je..tak nak berjumpa dengan sang imtihan yang amat menakutkan...tapi..bila pikir berani rasa nak redah je traffic lights tengah merah (huhu merapu ape nih :) )

musim periksa yang penuh dengan musim emosi..hati jadi senget belaka..lagi-lagi geng2 senget tuh..memang betul-betul senget la :) tapi best sangat..tanpa kalian hidup tak kan ceria..hehe


MENCIPTA..bukan Mengikut

Seminggu dua ini banyak saya memerhati keadaan..menilai lalu memuhasabah diri..saya mungkin tidak sama seperti orang lain yang boleh berkongsi segalanya dengan semua orang..kenapa saya suka memendam?? mungkin mewarisi emak tersayang yang lebih banyak memendam tapi saya tidak seperti beliau yang amat-amat tabah..huhu..homesick la pulak..mungkin tafsiran saya yang kolot membuatkan saya lebih suka memendam apa-apa rasa hati..bagi saya apabila kita memendam..yang sakit hanya hati kita sahaja..tapi bila berkongsi..banyak hati-hati yang turut sama akan sakit..

Kunjungan beberapa orang adik tahun 1 baru ni menarik minat saya dengan satu kenyataan salah seorang dari mereka.."akak..rasa macam nak sambung malaysia je..suasana mengulang al-Quran tak macam kat maahad dulu"..Tersenyum saya mendengar kenyataan beliau..Itu belum lagi yang bersusah payah hendak duduk sesama mereka seperti di malaysia dulu..tidak mahu bercampur dengan pelajar kuliah..Alasan.. untuk JAGA QURAN..

PASti saya tidak menyalahkan mereka..kerana saya juga pernah mengalami situasi yang sama mula-mula datang ke sini dulu..Betapa keadaan teramat susah sangat untuk kita mencipta biah atau suasana mengulang seperti di Darul Quran dulu..suasana yang amat menyeronokkan..suasana yang sering kali dirindui..suasana yang mendamaikan hati..bibir dan hati sentiasa di basahi ayat-ayat al-Quran..semalas mana atau selemah mana pun semangat bila sahabat-sahabat lain mengulang semangat itu mudah benar datang..tapi tidak di sini..kerana apa??..kerana kita mengikut suasana..dan bukan mencipta suasana..

Sebagaimana yang saya jawab pada adik-adik saya itu..silap pandangan kalian itu..sekarang mungkin kalian tak nampak lagi..tapi percayalah di sini latihan sebenar untuk kita menjaga Al-Quran..di sini kita yang kena mencipta suasana..di sini kita akan tahu setakat mana sebenarnya kita ikhlas atau tidak dengan al-Quran yang Mulia...Kalau di sini kita mampu PASti pulang ke Malaysia nanti Al-Quran tidak kita pinggirkan dek kerana kesibukkan urusan duniawi..

Andai di sini kita tidak mampu menjaga Al-Quran kerana bercampur..macamana pula kita apabila pulang nanti dan bercampur dengan masyarakat..hendak menjauhkan diri juga?? kita sendiri mampu menjawabnya..

Buat adik-adik dan yang utama untuk diri sendiri..sama-sama kita mencipta biah dan suasana itu..percayalah kalian PASti akan temuinya..tidak sekarang..mungkin tidak lama lagi..yang penting bukan melarikan diri..

5 comments:

kagum dgn mu wahai akakku~!!!

thums up~!

Hasbunallah Wani'mal Wakil.

betul tu kak...memang kalu nak ikut suasana akan terasa berat sangat...tapi tulah..kita yang kena mencipta suasana itu...bukan masih mimpikan suasana yang dulu..
bittaufiq wannajah kak su...

salam,kak..bittawfiq wannajah..mg kita same2 dpt jaga alquran..amin

kagum juga~! kagum sgt2 nih ^-^nak jg jd mcm kaksu,tp rasanye da terlambat T_T