"...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.."
(surah Ar Ra'd ayat 28)

Pada suatu masa, seorang lelaki mendatangi sahabat Abdullah bin Ma'ud dan berkata, "Wahai Ibn Mas'ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut,tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."

Abdullah bin Ma'ud menjawab," Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat..

Pertama..ke tempat orang membaca Al-Quran, tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain..

Kedua..kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah..

Dan Ketiga..kamu mencari satu waktu yang sunyi,contohnya di waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah Ta'ala serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu..

Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram,mintalah kepada Allah supaya digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.."

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wudhuk dan membaca Al-Quran dengan penuh kusyuk. Selesai membaca Al-Quran,didapati jiwanya berubah menjadi tenang.Fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

0 comments: