Bismillahirrahmanirrahim...

>>> Alhamdulillah 2010 yang hampir ke pertengahan tahun banyak memberi kenangan pahit manis buat diri..sedar tak sedar usia semakin bertambah..kematian juga semakin hampir..amal ibadat masih di takuk lama..tapi sama-sama kita berusaha untuk terus memperbaiki diri..

>>>Dedikasi saya buat insan-insan yang begitu menghargai hari kelahiran saya..serius saya jadi malu dan terharu sangat dengan keprihatinan dan kejutan-kejutan dari kalian..kalian terlalu baik buat saya..tapi saya tak baik..huhu...moga Allah balas segala kebaikan kalian dunia dan akhirat..

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌٌ

“Hanyalah orang-orang beriman yang memiliki ukhuwah”. (Al-Hujurat:10).

Dan Nabi saw bersabda:

الْمُسْلِمُ أَخو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ، وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَلاَ يَخْذُلهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ

“Seorang muslim adalah saudara dengan muslim lainnya, tidak boleh menzaliminya, tidak membiarkannya, tidak merendahkannya dan menghinakannya”. (Muttafaq alaih).

Dan Nabi saw juga bersabda:

مَثَل الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كمَثَل الْجَسَدِ الْوَاحِدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta kasih dan empati adalah seperti satu tubuh, jikasalah satu tubuh darinya mengadu pada suatu penyakit maka anggota tubuh lainnya akan merasa sakit dan begadang”. (Muttafaq alaih)





>>> Syukran yang tidak terhingga buat ahli bait yang amat saya sayangi,hargai dan kagumi yang bersusah mengejutkan saya detik 12 tengah malam 21.5 untuk meraikan saya..terharu sangat dengan sambutan kalian..siap buat slideshow..huhu..bersusah payah kalian buat semua ini..sejujurnya ksu tak mampu nak balas segala kebaikkan kalian selama ini..kalian ahli bait ksu yang terlalu baik dan terlalu sporting..sentiasa bersama-sama susah dan senang..moga Allah sentiasa pelihara ukhwah kita hingga ke akhirat..subaida..ezwa...azie..haizum..habibah..ksu teramat-amat sayangkan kalian..Syukran Atas Segalanya..


>>> Buat Ukhti Mufidah dan Ukhti Syarifah Kamilah...Syukran yang tidak terhingga buat kalian..dalam kesibukkan study masih sempat meluangkan masa meraikan saya..surprise yang tak berapa nak menjadi..hehe..Apapun Syukran sangat..Maaf andai ksu tidak mampu jadi akak yang terbaik buat kalian tetapi ksu amat-amat sayangkan kalian..Moga Allah bagi peluang untuk kita sama-sama najah tahun ini..Moga Allah permudahkan segala urusan kita..satukan hati kita sampai bila-bila..Syukran atas segala sokongan,teguran dan tunjuk ajar selama ini..moga Allah Redha dengan kalian..



>>> Syukran buat kalian "dari Tanta"..kejutan kalian betul-betul buat ksu rasa nak PENGSAN! :) ..nasib baik la ksu seorang yang cool..hihi.. tak terguling-guling menangis terharu kat situ dengan kejutan yang kalian buat...lain la "orang tu" siap nak menari..hehe..kenangan yang teramat indahkan ;)..Moga Allah pelihara "keluarga baru" kita ini..Serius lepas kalian balik terasa sangat kehilangan..huhu..wei hangpa jampi ape nih :P...syukran sangat buat kalian bersusah payah datang dari tanta bawak kek..sampi hilang keayuan :)..Hebat betul la perancangan kalian..siapa la master-mind nya tu :P.. Betul...ksu terharu sangat dengan sambutan kalian..tak mampu nak balas..huhu...yang penting ksu amat sayangkan ukhwah ini dan terlalu menghargainya..kalian banyak membentuk diri ini..banyak membantu ketika semangat diri terkadang hampir jatuh..Moga Allah pelihara hati-hati kita..moga kasih sayang yang kita semai dalam ukhwah ini di redhai Allah..

>>> Buat Ukhti Faten..Ukhti Husna..Akhi Aniq..dan tak lupa buat Akhi Amin di malaysia ;) Syukran atas segalanya..Ksu teramat-amat sayangkan kalian..Moga Allah balas segala jasa baik kalian buat diri selama ini..*Akhi Amin tunggu kami semua ye ;)

>>> Syukran juga buat yang belanja ayam welataian :)..moga Rahmat dan kasih ilahi sentiasa mengiringi perjalanan hidup..


* Sahabat-sahabat...adik-adik yang saya sayangi, moga Allah kekalkan Ukhuwah kita selama ini..moga Redha Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita...Salam imtihan buat semua..Moga Allah NAJAHkan kita dunia akhirat..Moga Allah balas segala kebaikkan kalian..Teramat menyayangi dan menghargai kalian semua...Syukran..Maaf andai tidak mampu menjadi yang terbaik buat kalian...Doakan KEJAYAAN bersama..


"...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.."
(surah Ar Ra'd ayat 28)

Pada suatu masa, seorang lelaki mendatangi sahabat Abdullah bin Ma'ud dan berkata, "Wahai Ibn Mas'ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut,tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."

Abdullah bin Ma'ud menjawab," Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat..

Pertama..ke tempat orang membaca Al-Quran, tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain..

Kedua..kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah..

Dan Ketiga..kamu mencari satu waktu yang sunyi,contohnya di waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah Ta'ala serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu..

Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram,mintalah kepada Allah supaya digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.."

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wudhuk dan membaca Al-Quran dengan penuh kusyuk. Selesai membaca Al-Quran,didapati jiwanya berubah menjadi tenang.Fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Bismillahirrahmanirrahim....

Selamat Pengantin Baru...MABRUK...buat akhi dan ukhti kesayangan Akhi Azraie dan Ukhti Nor Asyikin yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini..Moga Allah permudahkan urusan kalian...Perkahwinan Satu Ikatan yang Suci..Moga Allah Berkati..Rahmati perkahwinan kalian...teladani Rasulullah dan isteri-isteri Baginda dalam melayari bahtera perkahwinan..Moga Allah kekalkan kalian dunia dan akhirat..Bahagia dunia akhirat..





CERITA HATI

Bukan kawan dengan kamu sebab Nama..Harta atau Pangkat..bukan sebab sama Pengajian..bukan sebab sama Kepala..bukan sebab sama Parti..bukan sebab sama Kroni..bukan sebab semua itu..bukan sebab apa-apa..Sejujurnya hubungan kita semua jauh dari itu..di ikat dengan KESATUAN HATI dan FIKRAH DI NAUNGI dgn AKIDAH yang berkekalan..tidak putus dek masa,zaman,usia,hidup mahupun mati..itulah ukhwah kita..UKHWAH ISLAMIAH..moga Allah sentiasa berkati perjalanan hidup kita semua..

SATU HATI

"YA ALLAH..Sahabat saya buah hati saya..Mesra kami penawar duka..Rindu kami menambah cinta..Rajuk kami tuah ceria..YA ALLAH kekalkan Silaturrahim kami..ukhwah fillah..Bermusuh kami Na'uzubillah..Berpisah mati Innalillah..Perubat hati doa rabitah..YA ALLAH..Rahmati kami meniti usia..Terpisah kami di alam nyata..Temukan semula di Taman Syurga..."

Ya Rabb ku pohon REDHAMU..


Alhamdulillah sedar tak sedar 6hb mei usia mu Mohd Syabil Isyraq sudah menjangkau 3 tahun..anak saudara kesayanganKu moga Allah memberkati dan melindungi dirimu..Bakal menjadi anak soleh kepada kedua ibubapa..Rindu yang teramat sangat dekat budak kecik sorang ni..Syabil..mak Ngah tinggalkan beberapa nasihat buatmu seperti yang pernah Luqman al-hakim nasihat buat anaknya yang Allah telah rakamkan di dalam Al-Quran sebagai petunjuk sepanjang zaman..moga dirimu mengambil pengiktibaran dari kandungan ayat-ayat ini dalam meniti usia..


Di antara nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya yang terkandung di dalam surah Luqman ayat 12 sehingga ayat 19 ialah:



Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

12. "Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu :"Bersyukurlah kepada Allah.Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah),maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

13. "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya : "Hai Anakku,janganlah kamu mempersekutukan Allah,sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."

14. "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibubapanya;ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah,dan menyapihnya dalam dua tahun,Bersykurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapa mu,hanya kepadaKu lah kembalimu."

15. "Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu,maka janganlah kamu mengikuti keduanya,dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik,ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepadaKu lah kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."

16. "(Luqman berkata) : " Hai anakku,sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha mengetahui."

17. "Hai Anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu temasuk ha-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."

18. "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."

19."Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."


Syabil Kesayangan Ku...


1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.


Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Oleh sebab itulah Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan contoh kepada umat Islam sepanjang zaman...Anak saudara kesayanganKu moga dirimu Allah pilih untuk sentiasa dekat denganNya..