JADUAL IMTIHAN SYAHADAH 2010

SUMBER : DPM SHOUBRA


"Doa seorang saudara terhadap saudaranya di luar pengetahuan (saudara tersebut) adalah doa yang diperkenankan,disisinya seorang Malaikat yang diwakilkan.Setiap kali beliau mendoakan kebaikan untuk saudaranya Malaikat yang diwakilkan itu akan berkata :"Ameen dan bagimu juga seperti itu"".(Hadith Riwayat muslim daripada Abu Darda')"


*Sahabat-sahabat doakan kami di permudahkan dengan sisa masa yang berbaki untuk terus berusaha..

“Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlaq kaum Muslimin. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalam. Dan impian hari ini (itulah bakal menjadi) realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsamu yang beriman, biar pun dengan kerosakan yang menggila itu. Si lemah tidak akan kekal lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat itu tidak akan kuat selama-lamanya” - Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.



Ada yang mengeluh..ingin gugur dan jatuh..Lalu dia berkata LELAH..Ada yang lelah..tubuhnya penat..dia berkata LILLAH....



Alhamdulillah sedar tak sedar bulan April sudah hampir ke penghujungnya..ikutkan 20 hb baru ni akhir kuliah maahad tetapi di lanjutkan lagi sehingga akhir bulan ini..jadual syahadah pun sudah keluar..namun saya belum berkesempatan untuk melihat..katanya sama seperti jadual tahun lepas cuma mungkin tarikh dan soalan yang berbeza :)...semakin hampir imtihan semakin kerap keluhan dan luahan-luahan menyapa telinga...ye hakikatnya semakin hampir imtihan semakin hidup rasa tidak tentu arah..semakin semuanya rasa serba tidak kena..saya sendiri rasanya "hampir gila" bila memikirkan imtihan yang bakal menjelang tidak sampai dua bulan lagi..Hebatkan panahan imtihan dunia ini..entah apa la yang di bimbang dan di takutkan..


STRESS KE?? TAKUT KE??


"ksu..takut la..riso la..tak tau la macam mane..Quran tak ingat..matan tak habis lagi ni..madah-madah tak tengok lagi..stress saya jadinya.."

"Akak..akak dah habis ke ngulang?..kita riso la.."

"Akak..kita takut la..nak jawab apa nanti.."

"Akak..saya serabut la..time-time camni la masalah datang..baru saya kenal sahabat saya yang sebenar..tak sangka betul dia macam tu...sedih saya.."

Keluhan dan permasalahan yang sering melanda di musim-musim imtihan..hakikatnya terkadang permasalahanya remeh sahaja tetapi apabila bercampur dengan hati yang serabut memikirkan imtihan ianya menjadi masalah yang besar di fikiran kita...

Teringat Syeikhuna Syeikh Ahmadi...di musim-musim imtihan..sering beliau menjadi rujukan..ketika hati memerlukan santapan dan curahan nasihat penguat semangat...

"Syeikh..takut la nak periksa"

Ayat yang sering menyinggah di telinga beliau..PASti sahaja hanya senyuman yang dilemparkan...

"Saya nak tanya..ini kali pertama ke kamu semua imtihan selama hidup ini..mustahil kan.."lembut bicara beliau sebelum menyambung lagi

PASti sahaja terangguk-angguk sambil tersipu malu kami mengiyakan..:)

"Ingat..jangan kamu terlalu takut dengan imtihan dunia..semua ini hanya wasilah..cuba kamu fikir apa sebenarnya yang kamu takutkan dengan imtihan dunia ini?..kamu takut GAGAL?"

PAStinya semua akan diam membisu..cuma hati-hati yang mampu mengiyakan..

"Cuba kamu semua fikir dan hayati..pernah tak kamu semua selama ini takut dengan ujian dan imtihan akhirat?

Agak lama syeikh mendiamkan diri sebelum menyambung lagi..

"Seringkali kita semua tidak pernah takut bila berhadapan dengan ujian-ujian atau imtihan-imtihan untuk natijah kita di akhirat kelak..ujian iman kita..ketika kita semua melakukan dosa dan maksiat..semua itu ujian yang natijahnya akan kita perolehi di akhirat kelak..contoh yang saya ingin berikan...bila kita melakukan dosa mengumpat..ataupun dosa hubungan dengan lelaki bukan muhrim kamu ataupun dosa-dosa lain..pernah atau tidak kamu semua rasa takut bila ujian-ujian itu kamu tempuhi..Tidak sekali-sekali kan?Malah kamu semua merasa bahagia pula..bukan begitu? "soal syeikh lagi

Senyap dan semakin tunduk lagi kepala-kepala kami yang sering sahaja melakukan maksiat ini..hati menjadi amat sayu..

"Semua ujian-ujian maksiat yang saya sebutkan tadi kita semua sudah PASti natijahnya..dosa dan azab Allah di akhirat kelak..tapi kita semua tidak pernah takut atau bimbang..malah sering kita lupa..sedangkan imtihan yang akan kamu tempuhi tidak lama lagi belum tentu lagi natijahnya..berjaya atau gagal yang penting Redha Allah..bila kamu dah yakin dengan usaha kamu untuk apa kamu takutkan..Tawakal pada Allah..setiap natijah yang Allah berikan pada kamu itulah yang terbaik di sisiNya..kena sentiasa bersangka baik dengan Allah..yang penting selagi ada masa kamu terus berusaha.."


TENANGKAN HATI

Betul apa yang syeikh katakan..seringkali kita takut pada sesuatu yang belum PASti..sedangkan yang PASti sering kita abaikan..

Bukan senang untuk kita menenangkan diri di musim-musim imtihan ini..mudah benar hati di amuk rasa..terkadang berbunyi deringan telefon terasa hendak di campak sahaja ke dinding..pintu diketuk seolah-olah mahu dimanggakan sahaja ;)..tapi itu semua bukan jalan penyelesaian..

Kita semua sebenarnya mampu untuk mendidik hati..terkadang sengaja melayan hati..abaikan benda-benda yang remeh..tumpukan sahaja kepada yang lebih utama..

Selagi ada masa berusaha..yang penting tingkatkan kesabaran..bukan senang untuk mengulang-ngulang Al-Quran dan mengulangkaji madah-madah..sering sahaja hati di sapa jemu..Malah hati semakin risau dengan kemampuan sahabat-sahabat lain yang agak laju..terasa diri ketinggalan..dan akhirnya stress lagi..

Jangan terlalu mengikut orang..jadi lah diri kita sendiri..kemampuan kita berbeza..yang penting walau pun berdikit-dikit tapi sentiasa istiqamah..


DOAKAN

Sahabat-sahabat..sejujurnya saya juga amat takut..lemahkan iman kita..saya amat memerlukan doa sahabat-sahabat..doakan saya terus di beri kekuatan dan semangat untuk berusaha..mungkin ini "imtihan dunia" terakhir buat saya...wallahu'alam



"Janganlah berputus asa...Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa...berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa..."