Mohd Rashid berkata, anaknya tenang, walaupun melalui keadaan paling sukar, iaitu tuduhan menyebabkan kehilangan nyawa.

"Siapa tidak sedih dan siapa mahukan keadaan itu berlaku. Bagaimanapun, sebagai ayah, saya tetap beri sokongan padu kepada anak saya.

"Saya berharap, masyarakat jangan meletakkan semua kesalahan itu kepada anak saya kerana sebagai manusia kita tidak mampu melawan takdir," katanya.

Tersentuh hati membaca artikel di atas ,luahan bapa kepada pemandu bas Sani Express, Mohd Kamil Mohd Rashid, yang dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang...Ye antara tragedi-tragedi ngeri yang saban hari melanda di mana-mana pun..tragedi kemalangan..siapa yang minta terjadi sebegitu..adalah mustahil sebelum memandu kita sudah siap-siap berniat.."ok hari ini saya nak excident la"..Nauzubillah..

PAStinya bukan tentang tragedi itu yang ingin saya tuliskan..tetapi..ingin saya membawa sahabat-sahabat,sama-sama bermuhasabah...PAStinya di dalam kehidupan kita seharian ini bermacam-macam perkara boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja..Lihat.. dalam sekelip mata sahaja terlelap telah mengakibatkan 10 nyawa melayang...PAStinya juga tidak mustahil dalam sekelip mata kita boleh menjadi seorang 'pembunuh','penzina','munafik','murtad' dan sebagainya andai kita tanpa penjagaan dari Allah Ta'ala..dan bukanlah jua suatu yang mustahil sejahat mana pun manusia itu dalam sekelip mata apabila sampai taufiq dan hidayah dari Allah dia menjadi insan yang bertaqwa..Benar dalam hidup kita ini terlalu banyak wasilah namun demikian matlamat kita hanya satu MARDHOTILLAH..

Jangan sangka kita beriman atau bahagia sekarang selamanya begitu..dan jangan kita memandang rendah mereka-mereka yang tidak seperti kita..hidup ini Allah yang aturkan tapi kita berperanan mendidik diri dan hati kita ke arah kebaikkan..Itulah hakikatnya kita mudah benar memandang sesuatu dari segi zahirnya sahaja..cepat benar kita membuat hukuman..jangan sekali-kali kita memandang rendah pada orang lain..Apakah pakaian menjadi ukuran?adakah alim @ tidak menjadi ukuran? adakah cerdik pandai menjadi nilaian?..jangan memandang zahir..

Adakalanya Allah Ta'ala mendahulukan hukum-Nya terhadap sesuatu kaum,di mana kaum itu pada zahirnya kelihatan sebagai penderhaka dan seolah tidak sempurna imannya..dan orang ramai menggolongkan mereka-mereka ini sebagai mereka yang jauh dari rahmat Allah,tetapi hakikatnya disisi Allah kita tidak tahu...kaum itu sebenarnya mendapat rahmat dengan "hukuman yang mendahului"

Teringat kisah seorang muazzin yang terkenal soleh di Baghdad.Beliau telah menjadi muazzin selama 25 tahun.Suatu hari di bulan Ramadhan,setelah selesai azan Zohor,dia melihat ramai orang memasuki rumah saudaranya sambil meminum arak.Muazzin itupun memasuki rumah tersebut dan saudaranya mengatakan jika muazzin itu tidak mahu minum walaupun segelas,maka dia hendak menceraikan isterinya..Bagi mengelakkan saudaranya itu menceraikan isterinya,muazzin itupun minum segelas,tetapi pengaruh minuman itu mula menjalar,dan muazzin itu mula minum dua gelas..tiga gelas.. dan akhirnya mabuk.Setelah itu para jamaah memintanya supaya iqamat untuk memulakan solat.Muazzin itu berkata dalam keadaan mabuk,"Mulai saat ini aku tidak mahu melakukan solat untuk selama-lamanya." Tidak lama selepas itu dia pun mati dalam keadaan mabuk..Muaazin ini tergolong dalam golongan orang yang diakhiri oleh Allah Ta'ala dalam hukum-NYA yang mendahului..

Oleh itu,kita mestilah sentiasa memohon kepada Allah agar diberikan kebaikkan bersama taufiq dan hidayahNya..mohon sama-sama semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah..setiap tindakkan kita dalam pantauan Allah..bukan perkara mudah meraih taqwa tetapi sama-sama kita berdoa..Doa adalah otak ibadah..Di dalam al-Quran banyak kalimah rabbi(rintihan Nabi-nabi kepada Allah)..sedangkan para Nabi yang dijanjikan syurga sentiasa memohon perlindungan dan pertolongan daripada Allah apatah lagi kita hambaNya yang sentiasa lalai dan alpa..moga kita insan-insan terpilih yang sentiasa dalam jagaan Allah Ta'ala..

Sanah helwah ya ukhti habibati SAHOLYATUL AKMA...




Alhamdulillah hari ini hari lahir ukhti kesayangan saya(bukan baru lahir hari ni ye ;) )..Ukhti yang sudah saya anggap seperti saudara sedarah walaupun ikatan ukhwah Islamiah penyambung tali Silaturrahim di antara kami dan PAStinya dia antara adik beradik kesayangan saya ;)..Semoga ukhti antara sahabat saya dunia akhirat,susah dan senang..semoga ukhti dipanjangkan umur dalam keberkatan untuk memartabatkan Islam dan sentiasa najah dalam RedhaNya..Di kurniakan zuriat soleh dan solehah untuk teruskan rantai perjuangan..Moga rumahtangga kalian sentiasa dipayungi oleh rahmat dari Ilahi...Syukran atas segalanya selama ini..


Nak bagi hadiah ape ye ;)..hehe..yang penting hadiah Kasih Sayang ksu sentiasa untuk Qema..




***(^-^) hehe..special pizza ni untuk Qema..kongsi leklok ngan Poji ye ;)

Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan kemudiannya mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka,secara sembunyi atau terang-terangan,mereka(dengan amalan demikian) mengharapkan satu perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dengan limpah kurniaNya.Sesungguhnya Allah amat pengampun,lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya."
(Al-Fathir :ayat 29-30)

Selaut pujian dihamparkan selayaknya hanya kehadrat Tuhan RobbulJalil kerana dengan izin dan inayahNya masih lagi DIA mengurniakan nikmat terbesar kepada saya dan kalian juga iaitu nikmat IMAN dan ISLAM..Malah dengan rahmat dan kasih sayangNya jua masih menempatkan saya lagi di kawah ilmu ini bersama ribuan hambaNya yang lain untuk sama-sama menggali ilmu-ilmu addinul Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah..Alhamdulillah ya Rabb..

Menghafaz..memelihara.. seterusnya yang paling utama mengamalkan segala isi kandungan al-Quran merupakan muqarrar yang terpenting kepada kita selaku penuntut agama..sebanyak mana pun al-Quran yang kita baca dan hafaz tidak dapat tidak PASti ada juga yang kita ingat..cuma yang menjadi kelemahan kepada saya dan mungkin juga kalian..memelihara dan mengingat sebaiknya apa yang pernah di hafaz..sukarnya untuk meraih istiqamah dalam mengulang bacaan itu..

Proses menghafaz mungkin agak mudah namun demikian memelihara hafazan bukanlah suatu perkara yang mudah..kita lebih mudah mengingat jalan cerita filem-filem,menghayati novel-novel malah terkadang tidak ada satu bab pun yang tidak mampu kita ingat,semuanya bagaikan pantulan cermin sahaja....Namun amat malang dengan Al-Quran, berapa surah dan berapa ayat sahaja yang kita ingat..malangnya nasib al-Quran yang mulia..seolah al-Quran sekadar muqarrar untuk periksa..sekadar mukarrar untuk meraih kejayaan di dalam imtihan..

Taklifan dan ujian Al-Quran yang Syeikhuna Ustaz Baz laksanakan di maahad beberapa minggu ini memang banyak memuhasabah diri..Walaupun baru surah al-Baqarah yang ditebuk tetapi melihat aksi masing-masing ketika menjawab memang mendebarkan..di tambah lagi belum sempat habis dijawab,di soal pula soalan yang lain..Lemahnya lagi bacaan kita semua..

Terngiang-ngiang lagi bicara nasihat Syeikhuna ustaz Baz dalam kuliah.."Sebenarnya dengan ingatan al-Quran kalian yang agak lemah sepatutnya kalian hanya boleh untuk mengajar tajwid dan membetulkan bacaan sahaja apabila kembali ke malaysia..bagaimana kalian boleh nak tasmi' pelajar lain sedangkan kalian juga tidak ingat al-Quran"

Ye nasihat yang amat berguna dan mungkin juga sebagai satu cabaran untuk kita lebih memperbaiki kelemahan yang ada..

"K.su macamana ye nk istiqamah dalam mengulang al-Quran..saya dah rasa macam blur je"..luah seorang sahabat

Betul..yang paling utama bagaimana untuk istiqamah dalam mengulang bacaan..terkadang berapa banyak jadual i'adah yang sudah ditampal di dinding,berapa banyak kata-kata penguat semangat..namun belum tentu kita mampu untuk mengikutinya..payah benar hendak mendidik hati yang satu ini ke arah kebaikkan :)

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Maka beristiqamahlah kamu pada jalan yang benar,sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan juga orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas,sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan "
(Surah Hud : ayat 112)

Istiqamah adalah mengerjakan sesuatu dengan berterusan dan menepati masanya.Sikap istiqamah adalah faktor yang paling menentukan dalam keberhasilan mengerjakan sesuatu..Teringat pesanan Syeikh Ahmadi yang amat saya sayangi..Syeikh yang amat memahami kelemahan saya yang terlalu banyak berbanding orang lain..Saya tidak masyi Quran seperti sahabat-sahabat lain..itulah lemahnya saya.."Saya hendak kamu baca setiap selepas solat lima waktu satu juzuk Al-Quran..mengikut tajwid yang betul..PAStikan bacaan kamu 30 minit sahaja dan PAStikan setiap hari cukup 5 juzuk kamu baca..I.Allah walau kamu tidak mampu nak i'adah tapi dengan membaca sebegitu akan memudahkan kamu..yang penting kamu mesti istiqamah..janji dengan saya.."

Tepat sekali nasihat Syeikh ketika itu..saya cuba mempratikkan apa yang Syeikh nasihat..Alhamdulillah terlalu banyak kesan yang saya dapat ketika itu..walau tidak mampu mengingat semuanya tapi ia amat memudahkan..Benarlah bahawa sebaik-baik perkara adalah berterusan sekalipun hanya sedikit.."Sedikit yang berterusan (istiqamah) lebih dapat diharapkan keberhasilanya daripada banyak yang membosankan..

Tapi itulah saya,manusia yang sering lalai dan lemah..tidak mampu untuk istiqamah apa yang Syeikh nasihat..kenapa dulu saya boleh ikut tapi sekarang tidak..mudah benar mencari alasan.."tak sempat la"...."ada kerja lain la"..."nanti malam saya qada' la ngaji 5 juz terus"(walau hakikatnya tidak buat juga).. ..terkadang tidak penting manapun kerja yang perlu laksanakan,sempat sahaja andai untuk menghabiskan satu juz..tapi itulah manusia..bijak benar mencipta alasan :)

Alangkah bagusnya andai kita mampu istiqamah dengan al-Quran seperti istiqamahnya kita di depan TV setiap minggu menunggu cerita-cerita bersiri yang kita minati ataupun seperti istiqamahnya kita membaca setiap email dari 'buah hati' tersayang ;)..Muhasabah kembali setahap mana istiqamahnya kita dengan segala kebaikkan..Adakah al-Quran hanya kita sentuh untuk di ulang-ulang ketika imtihan bakal menjelang ataupun sebaliknya..Sayangilah dan hargailah anugerah 'Surat Cinta' yang mulia dari Pencipta kita itu..tepuk dada tanya Iman..jangan tanya selera kerana selera kita sentiasa menjurus ke arah nafsu.. :)

Saya ingin sangat masyi al-Quran dan yang paling penting mengamalkan kandungan al-Quran sebaiknya..Sahabat-sahabat doakan saya..moga sentiasa ISTIQAMAH..dan yang penting kalian juga ;)..sama-sama kita sentiasa istiqamah menuju ke arah kebaikkan..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"Apabila hati Insan mengalami perubahan dari 1 keadaan kepada keadaan yang lain, diri Insan itu juga akan berubah,apabila seseorang Individu berubah,Ummah jua akan berubah..Apabila Kau inginkan perubahan,maka baikilah Hati manusia dengan mengenalkannya dengan Allah secara hakiki.." - Asy Syahid Hassan AlBanna

Azam-azam baru yang ingin dilaksanakan bukanlah agenda utama kita dalam menyambut kehadiran tahun baru yang silih berganti..Namun yang paling utama dan yang paling penting kita imbas dan muhasabah kembali setahun yang telah berlalu..Amalan-amalan kita selama ini masih ditahap mana? Andai kita di panggil oleh Pencipta kita sekarang..bersediakah kita?sempurnakah kita?atau kita tetap akan kembali dengan buku-buku amalan yang penuh dosa dan noda..Moga tahun yang berlalu menjadi pengajaran dan menjadi titik bidayah untuk kita memperbaiki diri ke arah insan yang lebih bertaqwa..Ya PAStinya saya juga tidak mahu kenang kembali apa yang telah berlaku setahun yang baru saya tinggalkan..pahit atau manis saya mahu lupakan terus segalanya..tidak mungkin saya akan berpaling lagi pada apa-apa yang telah berlaku...BETUL.. apa yang berlalu terlalu banyak pengajaran yang saya dapat..Seperti kalian,saya juga mahukan yang terbaik dalam hidup di dunia dan di akhirat..moga Allah ampunkan dosa-dosa saya dan kalian jua..Sama-sama berdoa moga kita sentiasa dalam pantauan Allah dalam apa jua tindakan dan amalan seharian kita..moga sya dan kalian mendapat redha ILAHI..Sama-sama kita berHijrah ke arah kebaikkan dan melaksanakan segala tuntutanNya..


"Mu'alimah! Mu'alimah!..tengok mira ni..dia tak bagi saya kawan dengan Sufiana" becok Fatimah mengadu..

apa ni Mira?cepat minta maaf!!nak masuk dalam api neraka ke? pantas saja Ainun menjadi penyelamat(sesuai benar dia selaku ketua)

"cepat la salam..tak baik macam tu" desak Fatimah lagi..

Pantas saja dengan mimik muka yang masih belum ada serinya Mira menghulur tangan..

Mulia dan bersihnya hati kalian..mudah benar memaafkan..dan PAStinya selepas itu bergelak ketawa,bergurau senda seolah tidak pernah bersengketa..tiada dendam di hati..

Memerhati saban hari kesesakan dan membiarkan telinga dengan halwa kebisingan di hadapan rumah kadang kala memeningkan..jerit pekik pergaduhan ammu-ammu di mau'af masr memang menyesakkan..entah apalah yang di gaduhkan..kadang-kadang sampai bertumbuk dan bermacam-macam lagi adegan lasak yang lain..peliknya hari ini bergaduh bagai nak rak tapi esoknya siap bergelak ketawa..

Itulah bangsa arab..mudah benar memaafkan..walau hari ini sudah berdarah seluruh badan tapi esoknya seolah macam tiada apa yang berlaku..siap bertepuk tampar..

Pantas saja fikiran saya melayang ke bangsa sendiri dan PAStinya terkadang saya sendiri juga..

"Ah!!mane boleh nak maafkan!sesuka hati menjatuhkan maruah sya!sesuka hati mencanang ke sana sini sya yang salah!memburukkan nama sya!ingat sya xde harga diri!!mendakwa tanpa pembelaan!mereka cerita yang entah ape-ape!!Ingat mereka malaikat!mulia sangat!sampi tujuh keturunan sya takkan maafkan dia!dia menyebabkan sya jadi pembenci dan pendendam!..terpancar kemarahan dan kebencian di satu pihak..

Lagi tragis..

"Sampai bila-bila sya takkan maafkan..dia akan terima balasan..percayalah dia kan terima!!Argh!sya tak kira!sya nak saman malu juga!TIADA MAAF UNTUK ORANG MACAM DIA!!BAJET SUNGGUH!!..apabila amarah sudah menguasai diri..

Tiga situasi yang berbeza tapi hakikatnya natijah yang satu antara benci,dendam dan maaf..


Hakikatnya dalam kehidupan kita seharian,seringkali situasi ini akan kita lalui..PASTI!! terlalu sukar memberi maaf..apatah lagi apabila kebencian telah menguasai diri..memberi maaf hakikatnya lebih sukar daripada meminta maaf..kadang-kadang masih terbayang semua tingkah,kata-kata dan perlakuan "orang-orang bersalah" itu..menghukum tanpa mendengar penjelasan..mengadakan pendakwaan tanpa pembelaan..menghukum sebelah pihak..Memaafkan mereka seolah-olah menggadaikan harga diri..tak setimpal dengan apa yang kita terima..Apakah maruah diri ini terlalu murah untuk di perkotak katikkan??

Itulah bisikan 'hati besar kita' yang seringkali kalah dengan nafsu..terkadang kita mengaku pejuang agama tetapi seringkali kita kalah dengan nafsu kita..kita tidak mengikut ajaran Nabi..mudah benar syaitan menguasai hati...mungkin apabila datangnya kemarahan di hati kita tidak menggunakan otak yang Allah kurniakan dengan sebaiknya..mungkin ketika itu kita berfikir menggunakan kepala lutut atau pancreas sahaja :)..kalau tidak sudah tentu kita tidak akan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya atau mengambil tindakkan yang membabi buta..betul.."terlajak perahu boleh di undur tapi terlajak kata..PASti binasa.."

Mudah benar kita alpa dengan firman Allah yang bermaksud"..Tolaklah(kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik,maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia " (fushshilat : ayat 34)

Firman Allah lagi yang bermaksud "Dan jika kamu memaafkan maka itu adalah lebih dekat kepada takwa"(al-Baqarah:237)

Sukar benar kita mempratikkan apa yang pernah dibaca di dalam al-Quran,hadis dan buku-buku..hebat sungguh kita berceramah ke sana sini,memberi tazkirah di sana sini..seolah sempurna sungguh diri..salah sendiri diletakkan di bahu orang lain..BENAR..membaca sahaja tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik,sekiranya ilmu tidak dipratikkan..KEBENARAN tidak ditentukan oleh jawatan rasmi..

Alangkah baiknya andai di dalam diri sentiasa di tanam sifat pemaaf..golongan pemaaf adalah mereka yang berjiwa besar..punyai takwa di dalam diri..Kerana itu Allah menyeru hambaNya menghiasi diri dengan sifat pemaaf..Firman Allah yang bermaksud "Berikanlah kemaafan,ajaklah kepada yang makruf dan berpalinglah dari mereka yang jahil"(al-A'raf:199)

Pernah Nabi berpesan kepada Uqbah,"Wahai Uqbah,mahukah aku beritahu kepadamu akhlak penduduk dunia dan akhirat yang paling utama?(Iaitu) menghubungkan tali persaudaraan dengan mereka yang telah memutuskannya,menghulurkan pemberian kepada mereka yang menghentikan pemberian kepadamu dan memaafkan mereka yang menzalim dirimu."

Selalu-selalulah kita mendidik 'hati kecil' kita..PASti sahaja hati kecil kita sering mengingatkan,membisikan suara yang mendamaikan dan menenangkan amukkan..jangan dilayan 'hati besar' kita..manusia tidak ada yang sempurna..masing-masing punya kelemahan..sebesar manapun jawatan kita,setinggi manapun pendidikkan kita belum tentu kita sahaja yang benar..

Sentiasalah kita memuhasabah diri..Siapa kita yang sukar benar untuk memaafkan?Tuan?Menteri?Tuhan?..kita hanya hamba..Sedangkan Allah Sang Pencipta itu Maha Pemaaf,Maha Pengampun.sering manusia melakukan dosa,namun di ampun jua olehNya...siapa kita yang kerdil lagi hina ini untuk terus menanamkan benci dan dendam di dalam hati..sengaja atau tanpa sengaja,sering atau kadangkala saya juga 'terlanjur' menumpang hakNYA..Moga-moga Allah ampunkan saya dan kalian juga..INGAT! Hidup kita ini terlalu singkat untuk membenci..

Saya ingin menjadi insan yang memberi manfaat..bukan insan yang sering mengontrol atau menganggu emosi manusia..malah saya juga ingin menjadi insan dan sahabat yang membawa ke syurga dan bukan insan atau sahabat yang mengheret ke neraka..

Teringat perbualan dengan seorang ukhti kesayangan semalam..ye perbincangan tentang benci dan dendam..mudahkah untuk memaafkan dikala diri berkuasa untuk membalas.."ksu..baru ni saya ada nampak buku bertajuk Sesejuk maaf dikalbu..macam bes je :)..sya da survey haritu tapi pegi sekali lagi da abis..i.Allah ada lagi sya kirim ye :)...

Membaca sinopsisnya membuat saya teruja untuk memilikinya :)..Alangkah bagusnya kalu ada yang sudi menghadiahkan ;)

Jika kau fikirkan kau boleh..Kau hampir boleh melakukan..Jika kau fikirkan ragu-ragu..Usahamu tidak menentu..Jika kau fikirkan kekalahan..Kau hampiri kegagalan..Jika kau fikirkan kemenangan..Kau hampiri kejayaan..Engkaulah apa kau fikirkan..Terkandung dalam pemikiran..Kau fikir boleh melakukan..Fikirkan boleh!!..Percaya apa kau lakukan..Tabah apa kau usahakan..Bertindak atas kemampuan..Engkau boleh!!

Hampir dua tiga hari saya membiarkan phone saya di silentkan,tiada satu panggilan yang di angkat dan tiada satu msg pun yang saya balas..Maafkan saya sahabat-sahabat..FUTURKAH SYA??..HILANG SEMANGAT KAH SYA??..Harap-harapnya semua itu tiada dalam kamus hidup saya..

Kadang-kadang dalam hidup ini kita perlu bersendirian dan diberi masa untuk 'berehat'..menyendiri bukan bermakna kita futur atau mahu menjauhkan diri dari jalan dakwah ini..Siapalah kita yang mengaku mata-mata rantai perjuangan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam mahu lari dari jalan dakwah ini..Kadang-kadang kita perlu menyendiri untuk kita memuhasabah diri,untuk mencari kembali 'sesuatu' yang hilang dari dalam diri..Manusia boleh menafsir bermacam-macam..PEDULIKAN!!..Allah lebih mengetahui apa yang ada di hati..

Teringat saya lirik di atas yang pernah di berikan oleh seorang sahabat.."ksu.. saya jadikan lagu ini untuk memberikan semangat kepada saya..dan Alhamdulillah sya menjadi pelajar terbaik pada tahun itu.."..

Hakikatnya semangat itu akan kita perolehi di mana-mana..ada orang akan mendapat semangat dengan dorongan sahabat-sahabat,ada sesetengah orang ibubapa menjadi sumber inspirasi..menghambakan diri kepada Allah itu memang yang paling utama,cuma tambahan lain sebagai penguat untuk diri..Bagi diri saya sahabat dan ibubapa sememangya pendorong utama,namun yang paling penting dalam diri saya..dorongan dan sokongan dari diri saya sendiri...kerana itu saya memerlukan masa 3 hari untuk menyendiri..PAStinya hari ke 3 saya akan berjaya mendapatkan semula 'sesuatu' yang hilang itu..Doakan saya..

Adakah saya tidak percaya dengan manusia?? masing-masing ada pendirian sendiri..saya serik dengan manusia?..PAStinya tidak..cuma..apabila kita terlalu bergantung dengan manusia,manusia akan datang dan pergi..namun andai pergantungan kita hanya kepada Allah dan diri kita sendiri PAStinya kita tidak akan rugi..

Bismillahirrahmanirrahim...

WANITA MUSLIMAH yang bertakwa menghiasi dirinya dengan akhlak terpuji..baik dalam pergaulannya..ringan dalam memberi bantuan..lemah-lembut tutur katanya yang memikat penampilannya..indah geraknya dan mencintai serta dikasihi sesama manusia...INILAH YANG PERLU KITA USAHAKAN...

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda yang bermaksud :

"Tiada yang lebih berat yang diletakkan pada timbangan amal seorang hamba dari akhlak yang mulia.Dan sesungguhnya kebaikkan akhlak sebanding dengan pahala puasa dan solat.." (HR.Tirmidzi)

Allahumma ahsanta khalqi faahsin khuluki

"Ya Allah..Engkau telah membaguskan penciptaanku,maka baguskanlah akhlakku.."

WANITA MUSLIMAH..
Berapa ramai wanita di luar sana yang memiliki kekeringan jiwa?tercari-cari arah hidup..Mereka perlukan siraman nasihat,agar dapat mengembalikan mereka kepada jalan yang lurus sebagaimana yang Allah Ta'ala perintahkan untuk dilalui..WANITA MUSLIMAH yang bertakwa tidak hanya mampu menyingkirkan dari jiwanya sifat-sifat yang tercela tetapi sentiasa bersedia menghulurkan nasihat kepada setiap wanita yang dia temui,khususnya wanita-wanita yang telah tersesat dari jalan hidayah..INILAH KEWAJIPAN KITA...

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda yang bermaksud :

"Agama adalah nasihat..Kami(sahabat)bertanya : untuk siapa?Baginda bersabda : untuk Allah,RasulNya,penguasa umat Islam dan kepada masyarakat umumnya.."

WANITA MUSLIMAH
sentiasa menjauhi hal-hal yang tidak mendatangkan manfaat..mereka sibuk menunaikan risalah(misi) mereka dalam kehidupan...semua bekerja di bidang masing-masing di mana mereka semua mengerahkan segala daya upaya untuk menegakkan kalimat Allah Ta'ala di muka bumi ini dan menyebarkan akhlak Islam di tengah-tengah manusia..Mereka yang sibuk dengan amalan yang agung seperti ini,tidak memiliki waktu untuk membuang masa dengan perkara-perkara yang hina..INILAH POSISI KITA...

WANITA MUSLIMAH
yang sentiasa mendapat cahaya petunjuk dan jiwanya yang selalu mendapat sinar bertolak ansur dan kemaafan akan berlaku adil..Dia tidak menampakkan ketidaksukaan di dalam hatinya dan juga dia selalu menyembunyikan perasaannya terhadap orang yang tidak disukainya..Bahkan dia akan memperlihatkan wajah berseri,lemah lembut dan tutur kata yang menyenangkan..Dia juga menjauhkan diri dari banyak berprasangka buruk..Demikianlah akhlak Rasulullah dan para sahabatnya yang mulia..INILAH JALAN YANG PERLU KITA IKUTI...

WANITA MUSLIMAH
yang sentiasa sedar dengan petunjuk agamanya di setiap zaman dan tempat,akan sentiasa berusaha menghiasi diri dengan ilmu yang bermanfaat..Kerana ilmu memberi kesan bagi peribadinya,anak-anaknya,keluarga dan masyarakatnya..sehingga dia benar-benar terdorong untuk mengejar ilmu dengan tekun dan rasa kehausan.Dia bijak mengguna peluang yang ada untuk meraih ilmu yang bermanfaat bagi agama dan dunianya..INILAH TANGGUNGJAWAB KITA...

Di bumi mana pun kaki WANITA MUSLIMAH itu berpijak,dia akan menjadi cahaya dan lampu yang menerangi masyarakatnya dengan hidayah Allah Ta'ala..juga menjadi sumber rujukan dan contoh teladan,samaada dengan ucapan mahupun perbuatannya..WANITA MUSLIMAH sentiasa menunjukkan kepada kebaikkan sebatas ilmu yang dia kuasai dan dia akan mendapatkan balasan disisiNYA sebagaimana yang dia lakukan..INILAH MEDAN PERJUANGAN KITA...

Bersemangat dan berbanggalah untuk hidup di atas nama umat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam..Sentiasa kita pohon pada Allah Ta'ala agar kita termasuk dikalangan pengikut Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam..Berusahalah agar kita tetap berjuang di jalan perjuangan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam..YA RASULULLAH SALLALLAHU'ALAIHIWASALLAM KAMI RINDUKANMU...

Selamat Hari Lahir Buat adik kesayangan saya Mohd Sadwan yang jatuh pada hari ini :)..Semoga Allah sentiasa merahmati dan memilihmu untuk dekat di sisiNya..Moga dengan baki usia dapat manfaatkan untuk menambah bekalan..Engkau insan bertuah yang terpilih untuk mendapat hidayahNya..mungkin satu dalam seribu..pelihara sebaiknya..tuntutlah sebanyak ilmu di pondok sana..jadikan kenangan-kenangan lama untuk kita memperbaiki diri ke arah insan yang lebih bertakwa..Ngah sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirimu..Ngah teramat sayang n berbangga dengan dirimu..moga Allah sentiasa memeliharamu dan memandumu ke arah kebaikan..

Hepi belated birthday jugak buat si kembar tersayang mohd salim n mohd saufi...maaf Ngah xde hadiah la nak bagi :) Kalian juga moga Allah pelihara sebaiknya..Jadilah kita insan yang sentiasa dekat denganNya..


:) dua makanan yang bagi saya bes sangat kat mesir ni..saje nak tunjukkan kt k.long n ecah tersayang..hehe..jangan jeles ye..saje nak bagi terliur ;)..adil la kan..ksu pun rindu kat roti2 kat mesia tu..k.long n ecah..syurbah fawakih n syish tawook ni sekarang macam lagi best je ;)..hehe..


Agak lama saya tidak menghubungi adik kesayangan saya ebun..hampir dua minggu rasanya..panggilan saya tadi awal-awal lagi da disapa pertanyaan kenapa ngah da lama tak telefon?..ye mungkin kami agak rapat..sebelum dan selepas dia berkawin pun kami sentiasa berkongsi masalah..jadi walau seminggu tidak menghubunginya PASti saja menjadi kepelikkanya..Apatah lagi dah hampir dua minggu..Agenda yang utama juga PASti saja saya akan berbual dengan anak sedara kesayangan saya...
Mohd Syabil Isyraq..rindunya dengan si kecil sorang ni..semakin becok :)..dalam demam2 masih rancak berceloteh..mak ngah nak balik bile?mak ngah balik la..PASti saja sayu saya nak menjawabnya..apa la alasan yang nak dijawab...syabil bagi la duit tambang kat mak ngah..mak ngah nak bape?..ish2..makin pandai menjawab..syabil demam ke?..ye la..adik demam..da makan ubat, pergi hospital..ye ke ni?..ye la mak ngah ni..rindunya kat budak sorang ni..adik bila nak sekolah ni?..lambat lagi mak ngah..dah pandai baca ke?..pandai la..adik da pandai baca..mak ngah dengar ye..ABC cekodok basi (sambil gelak-gelak)...ceh :P demam2 pun dok pandai lagi nak kenakan orang..Syabil2..Rindunya...Moga Syabil menjadi anak yang soleh kepada kedua ibubapa dan menjadi harapan ummah untuk membela agama pabila dewasa nanti..Ameen..

Bismillahirrahmanirrahim...

"hobi saya muhasabah diri"jelas anak usrah saya..tersenyum saya mendengar hobi beliau dan pantas sahaja saya teringat kenangan beberapa tahun dahulu ketika mana sesi muhasabah saya bersama intan,faiz,naza dan k.mas di hadiqah gamaah...PASti sahaja pizza dan aiskrim menjadi santapan kami pada pagi itu :)...luahan semangat kami memuhasabahkan diri pada hari itu rupanya didengari oleh pihak lain..tanpa disedari henset salah seorang dari kami ter on ke number ahli baitnya semasa sesi muhasabah berlangsung (ke sabotaj ni ;) )..sampai habis kredit la..sekali pikir macam tak logik tapi itu lah perancangan Allah..mengatur semuanya untuk dijadikan kenangan manis buat kami :)

PAStinya bukan kenangan manis kami itu yang ingin saya tuliskan..tapi yang menarik minat saya adalah hobi anak usrah saya itu..hobi yang mungkin jarang saya dan kalian semua dengari dan minati..hakikatnya muhasabah itu sangat penting dan sangat berfaedah buat diri kita semua sebagai hamba Allah..Sepatutnya menjadi kewajipan kita semua memiliki hobi itu..setiap hari memuhasabah diri supaya kita tidak terus lalai dengan dosa-dosa yang kadang-kadang tanpa sedari kita lakukan..

Muhasabah ialah perilaku menghitung dan memperelokkan diri yang terdapat dalam jiwa manusia menurut kaca mata agama..amalan muhasabah adalah rutin harian kehidupan manusia..samaada untuk diri sendiri mahupun untuk apa2 agenda sekali pun..setiap program, PASti di akhir akan ada muhasabah..MAT(mesyuarat agong tahunan) juga gelanggang untuk memuhasabah..semuanya adalah berhadafkan untuk memperbaiki dan memperelokkan..

Namun demikian kita sering memandang remeh dengan muhasabah sedangkan itulah jalan terbaik untuk memperbaiki diri..dan sering juga kita susah untuk menerima muhasabah orang lain untuk diri kita kerana merasakan diri kita mungkin sempurna berbanding orang lain..itulah kelemahan kita yang sering kita alpakan..agak susah menerima dan memperbaiki diri atas muhasabah atau teguran orang lain..

Sabda Rasulullah yang bermaksud :

"Orang yang pintar ialah yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian,sementara orang yang lemah ialah yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan(yang banyak)"

Sememangnya menjadi tabiat manusia,kadang-kadang takut untuk di muhasabah kerana takut untuk menerima kelemahan diri..sedangkan itulah jalan terbaik..TETAPI...muhasabah yang terbaik adalah muhasabah yang bersifat membina dan bukan untuk menjatuhkan atau memburukkan sesiapa..dan PAStinya bagi saya muhasabah yang di terima adalah muhasabah kepada diri kita sendiri dan bukan memuhasabahkan kita di belakang kita(dengan orang lain)..hakikatnya kadang-kadang kita agak perit menerima teguran,kritikan terhadap kita tetapi akan lagi perit apabila mendengar diri dimuhasabahkan di belakang kita..itulah yang sering terjadi samaada dalam kehidupan kita mahupun dalam program-prgram yang memerlukan muhasabah..kadang-kadang kita hanya rancak di belakang tetapi apabila di gelanggang muhasabah sebenar kitalah mereka-mereka yang sering mengelakkan diri..

Namun, apa yang paling penting adalah, kita melihat kembali kepada diri kita terlebih dahulu.

Teringat doa Saidina Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ketika dibaling batu oleh orang-orang di Thaif kerana tidak mahu menerima dakwah Baginda Sallallahu'alaihiwasallam, yang berbunyi:

“Wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku mengadu kelemahan diriku, kurangnya kaedah kepandaianku (dalam berdakwah) dan hinanya aku di hadapan manusia. Wahai Tuhanku, wahai Tuhan bagi orang-orang yang lemah…”

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam memulakan langkah setelah ditimpa sesuatu ujian dengan muhasabah diri Baginda sendiri walaupun Baginda adalah semulia-mulia manusia yang wujud di muka bumi. Hatta, pada ketika itu, malaikat gunung pun menawarkan untuk menghancurkan penduduk Thaif. Namun, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam memilih sebagai langkah awal adalah untuk muhasabah diri. Ini untuk mengajarkan kepada kita semua tentang kepentingan muhasabah diri.

Hendaklah kita sering merenung dan mengkoreksi ke dalam diri kita, kalaulah kita tidak mempunyai masalah dalam ketaatan kita kepada Allah Ta'ala, nescaya Allah Ta'ala tidak akan membiarkan musuh-musuh Islam menewaskan umat Islam setelah mereka diagungkan. Ukurlah nilai ketaatan kita kepadaNya. Nilailah kejujuran dalam ibadah kita kepadaNya.PAStinya kita akan sentiasa dalam lindungan Allah Ta'ala..

"Semua anak-anak Adam itu berdosa dan orang-orang berdosa yang terbaik adalah orang yang bertaubat"

Moga-moga kita adalah hamba Allah yang sering berusaha untuk memperbaiki diri kerana kita tidak tahu bila mati akan menjemput kita..mana tahu hari ini mungkin yang terakhir buat kita..

Ambillah pengajaran dan pandangan sama ada ingin ditinggalkan atau dilakukan..Cedoklah pengajaran dari kata-kata : Sesiapa yang hari ini tidak menjadi lebih baik daripada kelmarin maka dia tertipu..Sesiapa yang amalnya tidak bertambah maka sememangnya dia berkurangan..Teguh dalam beramal ialah menambah amalan,Disamping itu juga Imam Junaid rahi berkata :Kalaulah manusia mengadap kepada Allah selama setahun kemudian berpaling daripadaNya nescaya kerugian itu adalah lebih banyak daripada apa yang telah diperolehi.."



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana saban hari kita masih lagi dikurniakan rahmat dan kasih sayang dariNya..Dikurniakan kita kesedihan dan kegembiraan untuk menguji kita,dikurniakan nikmat iman supaya kita tidak hidup dalam kelalaian dan yang penting Allah masih izinkan kita bernafas di dunia yang sementara ini lagi..Syukur padaMu Ya Ilahi..

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja)mengatakan:"Kami telah beriman",sedangkan mereka tidak diuji lagi?"-Al-'Ankabuut:ayat 2

Mutaakhir ini PMRAM sering di uji..bermacam-macam ujian terpundak dibahu PMRAM..beruntungnya mereka yang Allah pilih menerajui dan menjaga kesatuan PMRAM..PAStinya mereka adalah insan-insan yang kental dan kuat semangatnya, menginfakkan diri untuk memelihara PMRAM dari anasir-anasir yang cuba menjatuhkan PMRAM..Semuanya kerana ISLAM dan kesatuan pelajar-pelajar di sini.

Hangatnya isu kutub sittah tidak reda lagi,PMRAM di uji lagi dengan penundaan KEJORA (program untuk pelajar-pelajar baru)..

Awalnya Kejora bermula pada 27hb tetapi disaa-saat akhir terpaksa ditunda..penat lelah pelaksana,fasi-fasi dan adik-adik baru berkejar ke sana sini moga-moga mendapat balasan dari Allah Ta'ala..PAStinya hati-hati kalian ikhlas untuk sama-sama menjayakan program ini..

Kita merancang,Allah jua merancang..sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah..

Teringat lagi hari yang dijanjikan..adik-adik baru Qiraat bersemangat untuk sama-sama menyertai Kejora..tiga tramco rombongan dari Mansurah bertolak selepas zohor...selepas Asar mendapat maklumat Kejora terpaksa di tunda..Rombongan mansurah masih dalam perjalanan menuju ke kaherah,apabila mendapat maklumat ditunda,rombongan dari mansurah berpatah balik semula ke mansurah..tetapi akhirnya pihak pelaksana meminta teruskan semula perjalanan ke kaherah untuk memberi sedikit taklimat atas penundaan..Ditambah pula makanan semuanya telah disediakan..

Taklimat dibuat di surau rumah terengganu..hanya untuk adik-adik Qiraat sahaja memandangkan adik-adik baru yang lain sudah maklum dengan sebab penundaan tersebut..semuanya kerana adanya imtihan Qabul untuk pelajar-pelajar STAM..walaupun kepenatan tetapi masih jelas tergambar kegembiraan diwajah adik-adik Qiraat..PAStinya mereka begitu bersemangat sekali untuk bersama-sama menjayakan kejora..teringat luahan adik-adik "akak kami dok dalam van 5 jam,cam tak caya je" :)..(takpe adik-adik.. bila lagi nak rasa keseronokkan naik tramco selama tu.. :D )

Taklimat telah disampaikan oleh wakil Badan Pengurus PMRAM ustaz Amal..Beliau menjelaskan penundaan disebabkan oleh adanya Imtihan Qabul untuk pelajar-pelajar STAM..Sebelum ini tidak ada imtihan Qabul untuk pelajar malaysia,hanya untuk wafidin lain(malaysia dikecualikan)..sampai saat 26hb tiada jawapan PASti samaada dibolehkan atau tidak dari pengecualian..

PMRAM telah menempah 15 buah bas untuk ke kejora dan makanan pun telah disediakan..namun semuanya telah ditentukan,Allah lebih mengetahui mana yang terbaik..disaat akhir program terpaksa ditunda..PMRAM terpaksa menimbang antara dua kemudharatan..dan PMRAM mengambil kemudharatan yang kecil iaitu membatalkan Kejora kerana 27hb tidak PASti lagi samaada periksa akan berlangsung ataupun tidak..Andainya periksa amat payah pengurusan penghantaran semula pelajar-pelajar dari Ismailiyah ke kaherah..memakan masa yang agak lama..Apapun itulah yang terbaik untuk semua..PASti ada hikmahnya..

TAHNIAH buat adik-adik..Kalian telah membuktikan kesatuan kalian,memberi jaminan dengan semangatnya untuk menyertai lagi kejora pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian..Moga-moga janji yang kalian lafazkan ditepati dan tidak akan ada mereka yang tercicir.. moga Allah mudahkan kalian untuk terus mengikuti kejora..

Buat PMRAM..satu persatu ujian kalian terima,tetapi kalian tetap tabah..Yakinlah dengan NUSRAH Allah..PASti Allah janjikan natijah yang terbaik buat kalian..Sejarah telah membuktikan ketika mana Baginda Rasulullah di uji di Ta'if..berbagai-bagai ujian yang terpaksa ditempuhi..natijahnya Allah kurniakan isra' mikraj buat Baginda..Kami akan sentiasa bersama-sama kalian demi menjaga kesatuan PMRAM yang kita sayangi..


YA ALLAH..Berikan kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang bertungkus lumus untuk sama-sama menjayakan program anjuran PMRAM ini..demi kesatuan ISLAM..Pelihara hati-hati kami dari putus asa..Kuatkan hati-hati kami untuk terus membantu PMRAM..YA ALLAH Engkau pelihara PMRAM yang kami sayangi dan cintai ini dari anasir-anasir luar yang cuba untuk memecahbelahkan kesatuan kami ini..Ameen YA RABB

Bismillahirrahmanirrahim..

Siiru a'ala Barakatillah buat ukhti2 tersayang Nurul Syamila dan Mufidah Hawa..semoga kepulangan kalian membawa sesuatu yang berharga buat perjuangan Islam..Teruskan perjuangan..Semoga kalian sentiasa tabah dan sabar dalam membantu menyambung rantaian perjuangan Baginda Rasulullah..Bertemu dan berpisah lumrah dalam kehidupan..Perit,pedih ditinggalkan adalah perkara biasa..doakan diri ini sentiasa dipermudahkan..panjang umur andai kita tidak bertemu di dunia moga-moga Allah temukan kita di akhirat kelak..akhi aniq,ukhti mila,ukhti qema,ukhti mufid,ukhti kamilah :)..syukran atas keikhlasan kalian selama ini..syukran juga atas segala bantuan,teguran dan sokongan..maaf atas segalanya..kasih sayang yang terbit ini hakikatnya bukan milik hakiki ksu dan kalian..segalanya kerana TAKDIR DARI ALLAH,DIA yang menyatukan hati kita..SUBHANALLAH! kerana Allah ksu akan tetap menyayangi kalian..ksu sandarkan pada yang BERKUASA untuk terus mengekalkan sayang ini..


"k.sue..mila mintak sangat-sangat ksu jangan pikir apa-apa da ye..ksu lupakan semuanya ye..jangan peduli dengan sape-sape da.. "- ukhti syamila

"k.sue..masih tak sangka saya balik..sayang dan sangat sayang ksu.Ya Allah,saya PASti rindukan ksu..maaf atas segalanya..Thanks atas segalanya..sebelum balik sya banyak pikir pasal ksue..tapi sya kena balik juga sekejap...Ingat!jangan lupa study,ngaji Quran dan hafal matan,buat plan dengan kamilah ye (sya pasti jeles dengan kalian)..keja Islam jangan di pingirkan,mati kita tidak tahu bila,di mana posisi kita..amanah khilafah perlu di laksanakan..Syukran atas keikhlasan ukhwah ni..ksu..tika titis air mata jatuh ke bumi,biarlah hanya Allah yang mengetahui,kerana hanya Allah penyembuh luka,pemberi bahagia kepada hati dan naluri..sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan..Ujian Allah datang kerana kasih Allah pada hambaNya agar iman terus meningkat,hati semakin dekat dan jiwa lebih akrab denganNya.."-ukhti mufidah


# :) syukran atas amanat-amanat terakhir kalian ;) k.su pasti akan sentiasa rindukan kalian..

Bismillahirrahmanirrahim...

"Perjuangan kerana Allah,Allah akan membantumu.Kesedihan akibat peritnya perjuangan akan mendapat balasan yang mulia di sisi-NYA..Perjuangan itu derita,perjuangan itu seolah-olah kita menempuh penderitaan,berdepan dengan kesengsaraan, dan meletakkan diri dalam kepedihan.Itulah perjuangan,ia bukan kesenangan,ia bukan bagai madu yang melazatkan.Tetapi perjuangan kita ini mulia.Perjuangan bagi menyemarakkan sinar Islam ke seluruh buana.Yakin lah yang perjuangan ini tidak pernah sia-sia.Barangsiapa yang membantu Allah dalam urusan-Nya,pasti Allah juga akan membantunya.."-Ikramah Abu Jahal

Perjuangan menegakkan agama Islam adalah tanggungjawab para Anbiya' dan para Rasul dan seterusnya menjadi rantaian kepada umat Islam.Tugas mempertahan dan memperjuangkan agama Islam hakikatnya terpundak di bahu setiap insan..selagi bergelar manusia tugas Daie itu tidak akan terhenti sehinggalah kita di panggil oleh Allah,sama ada kita akan tergolong dalam golongan mereka yang berjaya atau dalam golongan mereka yang gagal di akhirat kelak.

Hakikatnya tugas sebagai seorang Daie itu amat berat,penuh dengan liku-liku,kesukaran dan hentakan yang tiba-tiba..Sejarah telah menunjukkan contoh Rasulullah,para sahabat dan para pejuang terdahulu hidup mereka sentiasa penuh dengan ujian.

Berkata Syeikh Mustafa Masyur :"Sesungguhnya tribulasi dalam kerja dakwah adalah Sunnatullah,barangsiapa yang tidak menempuh ujian dan cubaan dalam kerja Dakwah dibimbangi sebenarnya tersalah memilih jalan perjuangan kerana perjuangan Rasul-Rasul terdahulu adalah perjuangan yang disertai dengan onak dan duri.."

Meneruskan rantaian perjuangan menegakkan Islam adalah menunaikan sebahagian dari hak-hak Allah..Beruntunglah andai kita yang dipilih Allah untuk bersama-sama meneruskan tugas yang pernah dipikul oleh para Anbiya' dan Sahabat-sahabat terdahulu..dan alangkah ruginya andai kita antara golongan mereka yang tercicir..

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Dan sesiapa yang berjihad sesungguhnya (ganjaran) ia berjihad adalah untuk dirinya sendiri.Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta.."
(Al-Ankabut 29:ayat 6)

Firman Allah Ta'ala lagi yang bermaksud :

"Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu.." (Muhammad 47 :ayat 38)

.. k.su..saya rasa down sangat,rasa hilang semangat..saya rasa malas nak bergerak da,rasa macam nak futur pun ada..rasa nak tinggalkan je semua ni,rasa nak bantu dari bawah je..luah akhi kesayangan saya

"akak..saya nak nangis ni,rasa nk balik malaysia minggu depan je,dah tak larat dah,jiwa tak kuat dah rasa nak rebah je..dari mula saya jadi pimpinan hingga sekarang seolah-olah saya tak pernah di percayai..teruk sangat ke saya kak "..luah ukhti kesayangan saya..

Akhi dan Ukhti kesayangan saya..diri ini hakikatnya tidak layak langsung untuk memberi semangat buat kalian kerana diri ini terlalu dhoif berbanding kalian..tapi ksu sayangkan kalian..teramat sayang..ksu sayangkan kalian kerana kita di temukan dan di ikat dalam ukhwah Islamiah menegakkan agama Islam..

Akhi dan Ukhti..

Hakikatnya di manapun posisi kita..pemimpin atau ahli..di malaysia atau di mesir ujian-ujian itu adalah lumrah,samaada dari musuh-musuh kita atau sahabat-sahabat kita sendiri..perasaan sebegitu biasa bagi semua..terkadang kita rasa kita sudah cuba buat yang terbaik dan sudah cuba untuk menjadi yang terbaik tetapi orang akan cari juga kelemahan kita untuk menjatuhkan kita..manusia tidak akan pernah puas hati dengan kita..manusia itu akan sentiasa menghukum mengikut pandangan mereka..semua itu mehnah dan tribulasi dalam perjuangan..biar kita rasa futur tapi kita tetap dalam jemaah.jangan rasa futur kita terus lari dan jauh dengan jemaah dan perjuangan..

Akhi dan Ukhti..

Kadang-kadang kita rasa keseorangan dalam perjuangan ini..kadang-kadang kita rasa hanya di perlukan bila berkepentingan..semua itu menuntut kesabaran..semua itu menuntut pengorbanan dan air mata..hakikatnya kita rasa ingin jauh dari mereka dan jalan perjuangan ini..tapi akhi dan ukhtiku akan gembirakah kita menjadi mereka yang tercicir..selagi prinsip hidup kita di landasan yang betul..teruskan akhi dan ukhtiku..yang di kejar bukan kepuasan atau keredhaan manusia tapi yang kita buru hanyalah Redha Ilahi..ke mana pun kita lari masalah tetap akan kita temui..semua itu tarbiyah..mungkin kita rasa ingin terus selesa tanpa sebarang gangguan emosi dalam gerak kerja dakwah kita..ingin bergerak terus dan laju..percayalah akhi dan ukhti ku bukan dinamakan perjuangan tanpa ujian dan gangguan emosi..andai kita tidak di uji sekarang takut-takut jika Allah takdirkan kita jatuh satu hari nanti PASti kita tidak akan mampu untuk bangun lagi..jadikan ujian sebagai pembakar semangat..bukan melemahkan semangat..

Akhi dan Ukhti..

Perlu kita sedari setinggi mana atau semulia mana pun manusia itu..ia tetap akan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan di dalam diri..lemah,sedih,gembira,putus asa atau sebagainya,semua itu naluri biasa perasaan manusia..bukan dikatakan lemah andai kita bersedih..Singkapan sejarah telah membuktikan Nabi Muhammad juga pernah merasai kesedihan,keperitan,kesengsaraan ketika mana Baginda menjalankan kerja-kerja dakwah..tetapi apa yang paling dituntut adalah kesabaran yang tinggi dalam kita membantu kerja-kerja dakwah ini..

Firman Allah yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali 'Imran :ayat 200)

Akhi dan Ukhti..

Sama-sama kita sentiasa berfikiran positif,memandang semua ujian Allah ini dari sudut RahmatNya..I.Allah,Allah akan bagi apa yang kita fikir..jangan kita rasa lemah untuk terus dalam kerja-kerja dakwah ini..di sini kita dengan ujian sebegini..di Malaysia mungkin ujian kita bertambah berat lagi..percayalah Allah itu tidak zalim..satu hari nanti kalian pasti akan rasa kemanisan atas semua ujian ini..

Mari kita sama-sama singkap lembaran sejarah sirah Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam,kalian lebih arif berbanding diri ini..apa sikap Rasulullah bila masyarakat pulaukan Baginda?Apa sikap Rasulullah ketika mereka tidak menerima Nabi?..Ketika Rasulullah di Ta'if,bermacam-macam kejahatan yang dilakukan ke atas Baginda sehinggakan Baginda jalan perlahan-lahan..tidak mahu darah yang bertakung di dalam kasut Baginda jatuh walau setitik pun di bumi Ta'if kerana bila jatuh.akan hancur bumi Ta'if..Bermacam-macam ujian yang Baginda terima dari penduduk Ta'if tapi hebatnya Baginda bilamana Malaikat tawarkan untuk hancurkan penduduk Ta'if pada masa itu,Baginda menolak..Nabi kata mereka tak faham lagi.I.Allah PASti anak cucu mereka akan bersama Islam..Tengok akhi dan ukhtiku..Rasul tetap optimis satu hari nanti Islam akan lahir di bumi Ta'if..Rasul tetap bersangka baik..Akhirnya Allah balas segalanya..Mampukah kita seperti Baginda??

Akhi dan Ukhti..

Percayalah..kalian insan-insan hebat yang Allah pilih untuk teruskan perjuangan ini..memimpin insan-insan lain..kami terus kuat di jalan dakwah ini kerana kekuatan kalian juga..semangat kalian menjadi Inspirasi kami..Jadilah kalian sebenar-benar pejuang,bersikap jujur dalam perjuangan..

Akhi dan Ukhti ku sayang..percayalah kalian tidak keseorangan di jalan dakwah ini..kami akan tetap dan akan terus menyokong kalian..sama-sama kita berdoa moga Allah terus thabatkan kita walau di mana pun kita berada,walau apa sekalipun ujian yang datang kita tetap hambaNya yang bersyukur dan Redha demi kerana Islam..

Bismillahirrahmanirrahim...

Firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (Al-Anbiyaa' ayat 35)

"...salam..pak teh dah meninggal jap tadi..serangan jantung..al-Fatihah.."

Mesej ringkas yang saya terima malam tadi amat mengejutkan saya dan membuatkan saya terpana seketika..Kematian bapa saudara yang tiba-tiba mengejutkan saya..memang hakikatnya saya merasa sedih,lebih-lebih lagi saya jauh dari sisi beliau di saat-saat terakhir..moga-moga beliau tergolong dalam golongan mereka-mereka yang berjaya..tapi bukan itu saja yang membuatkan hati saya merasa sayu,hakikatnya saya membayangkan diri saya sendiri..Bila tiba saat saya nanti sudah bersediakah saya dengan amalan-amalan untuk berjumpa dengan Pencipta Kita...Ya Allah,dimanakah tempatku nanti..SyurgaMu atau NerakaMu..Ya Allah,ampunkan dosa-dosaku..

Dari tanah kita datang dan ke dalam tanah juga kita akan kembali..Kematian itu PASti akan datang..kita jemput atau tidak,kita bersedia atau tidak PASti ia akan datang jua..Siapapun kita samaada menteri,sultan,alim ulamak,orang tua,orang muda,kaya mahupun miskin bila tiba saatnya,walau lari ke mana sekalipun apabila datang malaikat Izrail PASti di cabut jua nyawa kita saat itu..Tidak akan ada istilah tunggu sekejap..

Kita sering alpa dengan kematian..kita sering mendabik dada melakukan maksiat seolah-olah kita akan hidup selamanya di dunia ini..bertimbun harta kita himpun seolah-olah harta-harta itulah bekalan kita di akhirat kelak..kita sering menyakiti manusia tanpa sedar di akhirat kelak kita akan di persoalkan..Hebatkan kita di dunia??

Mati adalah perpisahan nyawa dari jasad yang menjadikannya musnah dan hancur dimakan ulat dan tanah. Kematian bukanlah merupakan akhir dari segalanya, ia adalah suatu kelanjutan bagi kehidupan manusia dalam bentuk yang lain. Mengingat saat kematian akan menenangkan manusia dan mengingatkan kita akan kembali kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Apa yang kita lalui ini adalah sementara sahaja dan proses kehidupan ini sungguh sebentar sebelum berpindah ke alam lain...Bersediakah kita??

Kematian itu adalah satu ketentuan kepada semua makhluk di dunia ini samaada manusia,haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan..Oleh itu persiapkanlah diri kita dengan mengabdikan seluruh jiwa dan raga, hidup dan mati kerana Allah Subhanahu Wata'ala dan sentiasa meningkatkan amal salih dengan keikhlasan serta bersungguh-sungguh kerana Allah Subhanahu Wata'ala dalam segala tindakan ataupun amalan kita...kita tidak tahu bila tibanya kita akan di panggil oleh Allah..Di dunia kita boleh dengan sewenangnya berdalih apabila kita di panggil oleh manusia tapi bila kita di panggil oleh Allah tiada alasan mahupun keuzuran walau sesaat pun..

Sama-sama kita sentiasa mengingati mati dengan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wata'ala agar kita tergolong di antara hamba-hambaNya yang diberi syafaat oleh Allah Subhanahu Wata'ala di akhirat kelak...Ingatlah kematian dan azab Allah itu amat pedih..

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahwa Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam, ketika menghadapi sakaratul maut, mengambil khamishah (kain kecil), dan meletakkannya di wajah beliau, kerana beratnya keadaan yang beliau hadapi. Lalu, beliau berdoa: “Laa ilahaa illallah…laa ilaaha illallah … laa ilaaha illallah. Sungguh, kematian itu amat pedih. Ya Allah, bantulah aku menghadapi sakaratul maut. Ya Allah, ringankanlah sakaratul maut ini buat ku”.

Aisyah menuturkan: “Demi Allah, beliau mencelupkan kain itu ke air, lalu meletakkannya di atas wajahnya”. Lalu, beliau berdoa: “Ya Allah, bantulah aku menghadapi sakaratul maut”. Mengapa Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam berdoa seperti itu? Para Sahabat menafsirkan, beliau berdoa demikian, kerana diberi dua pilihan.Samaada di panjang usianya atau bertemu Tuhannya. Tetapi beliau memilih teman Tertingginya (Rabbnya)’. “Aku ingin segera meninggalkan dunia ini … aku ingin meninggal saat ini”, ujar Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam...

Beliau tahu, betapapun panjangnya usia dan jauhnya ajal, beliau tetap akan mengalami kematian...

Akhi2 dan Ukhti2 seakidahKu..Dunia ini hanyalah sementara..sekadar tempat persinggahan..bukan tempat untuk kita bermain-main tapi tempat untuk kita mencari sebanyaknya bekalan amalan untuk kita kembali ke akhirat kelak..menemui Pencipta yang kita cintai..

Ya Allah,jadikan diriku,keluargaku,saudara maraku,guru-guruku,para 'alim ulamak,sahabat-sahabat seakidahku dan seluruh umat Islam antara mereka-mereka yang mendapat syafa'at dariMu dan penghuni SyurgaMu..Ya Allah jangan Engkau lalaikan kami dengan kemewahan dan keseronokkan dunia yang bersifat sementara ini..Engkau pandulah kami dalam memburu redhaMu..Ameen Ya Rabb...

Bismillahirrahmanirrahim...

Firman Allah yang bermaksud :

" Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang yang beriman dan mereka sentiasa bertaqwa"-(surah Yunus 62-63)

Meninggalkan maqam Syeikh Mutawalli Sya'rawi menghimpunkan bermacam-macam perasaan..sayu,sedih,semangat baru dan macam-macam lagi..rasa macam tak nak balik pun ada..mereka pilihan-pilihan Allah yang di janjikan syurga PASti sedang berbahagia di Sana..kerdilnya diri berbanding mereka..bagaimana pula nasib diri ini yang terlalu banyak melakukan dosa..Ya Allah,Engkau jadikan la kami di antara hamba-hambaMu yang terpilih,yang beriman dan bertaqwa..Ya Allah inginnya jadi seperti mereka..insan terpilih,ahli ilmuan dan mendapat RedhaMu..


Diterangkan oleh Abu Burdah bin Musa dari ayahnya.."setiap Sahabat R.A yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah r.a pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah.."


Destinasi ke dua kami ke Maqam Gabenor Mesir Zaman Khalifah Ali.. Beliau ialah Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq. Beliau seorang pendakwah yang ulung dan disayangi oleh rakyat Mesir tetapi akhirnya beliau dibunuh oleh pihak Muawiyah yang bersengketa dengan Saidina Ali. Jenazah beliau telah disemadikan di Mit Damsis.Dilahirkan pada 5 Zulkaedah 10H, Meninggal dunia pada tahun ke-38 H. Beliau merupakan anak kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau sejak kecil mendapat pendidikan daripada bapanya sendiri dan telah menghafaz al-Quran sejak usia masih kecil lagi. Berlaku khilaf tentang di mana terletaknya maqam beliau : samada di Madinah Munawwarah atau Mit Damsis.


Perjalanan hidup beliau, Muhammad Bin Abu Bakr telah dilantik menjadi Gabenor oleh Khalifah Ali bagi menggantikan Amru al-Asr. Beliau telah menjadikan Mansoura sebagai pusat pentadbiran beliau. Antara lain beliau juga seorang qodi yang sangat di segani dan menjadi tempat rujukan kepada masyarakat ramai dalam pelbagai masalah agama, contohnya dalam masalah feqah dan sebagainya.

* Di bawah masjid ni terdapat maqam Muhammad bin Abu Bakr..Di sebelah masjid ni pula terdapat gereja ortodoks yang menjangkau usia 1600 tahun..

* Pintu masuk ke dalam Maqam..

* makam muhammad bin Abu Bakr ( dibelakang akhi2 dan arab2 tu)..biasa la arab..sepanjang kami bergambar diaorang nak jugak masuk sekali..nak buat macamana :) raikan je la :)..Batu yang akhi2 dan arab tu duduk ada kisah nya yang tersendiri...

Alhamdulillah kami selesai menunaikan solat zohor berjemaah di dalam maqam ni..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedar tak sedar Syawal sudah tiba ke penghujungnya...mungkin ada yang sudah menyelesaikan puasa 6 dan mungkin ada yang masih brsuka ria meraikn 'idulfitri juga menghadiri jemputan rumah terbuka..Di kesempatan masa yang ada ini mari lah kita sama-sama merebut peluang menunaikan puasa 6 dan bagi yang telah berpuasa sama-sama kita berdoa moga amalan kita mendapat nilaian di sisi Allah Ta'ala..

Syawal yang sya raikan tahun ini amat bermakna sya rasakan..kenapa ye? nak kata sya dapat balik malaysia dan dapat bersama keluarga jauh sekali..nak kata dapat duit raya terbanyak tahun ini..tak juga..umpama mimpi dalam mimpi,di negara orang ni nak dapat duit raya :) tapi sya n syamila amat beruntung kerana pertama kali dapat duit raya di mesir tahun ni..hehe..macam tak percaya je..time kasih mufid..ingat lagi pesanan mufid.."simpan duit ni baik2 dan jangan guna,kalau bleh framekan..nanti dah tua2 koi nak pastikan korang masih simpan duit ni,tanda ukhwah kita dan nanti koi nak korang tunjuk kat anak cucu korang duit yang koi bagi ni ;)"...hehe i.Allah mufid..kalau semuanya kerana Allah,tak mustahil syiling tu tak hilang :) (syiling pun syiling la,kami terima seadanya..hehe..)..sama2 doa Allah terus satukan hati-hati kita dan moga ukhwah yang kita bina ini atas dasar keikhlasan kerana Allah..

Syawal amat bermakna pada tahun ini kerana ziarah sya dan sahabat,syamila,kamilah n mufidah pada raya tahun ini amat berlainan...bukan sahaja menziarahi rumah sahabat handai tapi Alhamdulillah pada raya ke 5 tahun ini kami telah membuat kelainan..kami berempat menemani 2 org ukhti medic menziarahi maqam auliya' sekitar mansurah dan juga ra'su bar,dumyat...Dr Hazimah dari Jordan dan Dr Afifah dari Kaherah...di temani Dr Izzat dan Utz Jaafar exco sambutan dan rehlah DPMM selaku musyrif ziarah kami...Hadaf kami ingin lebih mngenali para Auliya' serta mengambil iktibar di atas perjuangan-perjuangan mereka...di samping itu untuk merapatkan ukhwah dan untuk lebih mengenali sesama kami...

Kami bertolak agak lewat pada pagi itu kerana menunggu 2 ukhti kami yang awal pagi bertolak dari kaherah..kesian hazimah..penat malam tadi tiba dari turki tak hilang lagi,pagi-pagi dah kena bertolak ke mansurah pulak..:) takpe doktor sorang ni memang sentiasa cergas dan bersemangat ;) nasib baik ammu magdi dan 2 orang musyrif tak hangin dengan kelewatan kami :)

Ziarah pertama kami ke maqam Syeikh Mutawalli Sya'rawi..Lampu kebenaran (Kealiman yang dikagumi,Kematian yang ditangisi..)
*pintu masuk ke makam Syeikh
*tengah kusyuk mendengar taklimat dari ustaz Jaafar :)


* Makam Syeikh

* Maktabah Syeikh..kitab-kitab karangan Syeikh terdapat di dalam maktabah ni.. * makcik2 ni menghalang gambar kitab-kitab Syeikh..jadi tak dapat tengok dengan jelas judul-judul kitab :)

Serba ringkas mengenai Syeikh Mutawalli Sya'rawi :

Syeikh Mutawalli Sya'rawi dilahirkan pada 15 April 1911/12 Rabiulakhir 1328H di Daqadus, daerah Mit Ghamir, Negeri Daqaliyyah, Mesir. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Mutawalli Sya’rawi Husaini yang nasab keturunan bapanya sampai kepada Husain bin Ali ra. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga petani namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang yang soleh dan mulia.


Syeikh Sya'rawi muncul dalam kegawatan politik dan banyak meninggalkan jasa dan kenangan. Beliau juga adalah seorang Syeikh yang berjaya memenangi hati jutaan rakyat Mesir, orang Arab dan Muslim umumnya. Melalui pegangannya yang begitu kuat kepada Al-Quran dan kebolehannya dalam membakar semangat melalui ucapan yang ringkas dan bernas dan tulisannya yang sesuai untuk semua.

Setiap hari Jumaat selama 20 tahun, beliau muncul dalam "Khawater Sya'rawi" di Masjid Arba'een di kampungnya dan dua masjid di Kaherah. Beliau selalu berkhutbah dan mentafsir al-Quran sehingga berjaya memikat pendengarnya yang terdiri dari kalangan masyarakat biasa. Sungguhpun begitu, para pendengar dari kumpulan sekular yang intelek seperti Syeikh Al-Qimani, sentiasa memerhatikan setiap pergerakan dan kenyataannya seterusnya melaporkannya ke pejabatnya yang terletak di Jalan Al-Ahram di Giza.
Menurut bekas pembantu editor majalah Ras Al-Yusuf, Adel Hamanda, Syeikh Sya'rawi umpama bintang (Bintang Agama). Beliau mempunyai banyak maklumat dan berjaya menarik perhatian orang ramai.

Syeikh Sya’rawi adalah merupakan Saiyidul Abidin yang dikurniakan dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah SWT. Sahabat akrabnya pernah beberapa kali mengintip perbuatannya di waktu malam. Ternyata didapati beliau tidak tidur malah didapati sedang asyik sujud mengabdikan diri kepada Allah SWT. Beliau menghidupkan malamnya dengan berdiri, rukuk, sujud dan membaca Al-Quran sepanjang malam sehingga mencapai 70 rakaat sembahyang bertahajjud kepada Allah SWT..

Karya-Karyanya

1. Tafsir al-Sya’rawi (Tafsir al-Sya’rawi)
2. al-Isra’ wa al-Mi’raj (Isra dan Mikraj) Terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Dinie Publihers
3. al-Islam wa al-Fikr al-Mu’asir (Islam dan Pemikiran Semasa)
4. al-Islam wa al-Mar’ah (Islam dan wanita)
5. al-Tariq ila Allah (Jalan Menuju Allah)
6. al-Fatawa (Fatwa-Fatwa)
7. Mu’jizat al-Qur’an (Mukjizat al-Quran) Terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Nasional)
8. Min Fayd al-Rahman (Dalam Limpahan al-Rahman) Terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Yasmeen)
9. al-Qada’ wa Qadar (Qada dan Qadar)
10. al-Salat wa Arkan al-Islam.(Solat dan Rukun-Rukun Islam)
11. Nazarat fi al-Qur’an (Pandangan-Pandangan al-Quran)
12. Hadha Huwa al-Islam (Inilah Islam)
13. al-Hayat wa al-Maut (Kehidupan dan Kematian)
14. Al-Taubat (Taubat)
15. al-zalim wa al-zalimun (Zalim dan orang-orang Zalim)
16. Sirah al-Nabawiyyah ( Sejarah Nabi Muhammad s.a.w.)

Dan masih banyak lagi buku-buku beliau terutama dalam penafsiran al-Quran dan persoalan umat semasa.
Menurut Syeikh Sya’rawi beliau tidak mengulangi mana-mana buku kecuali al-Quran. Al-Quran telah memberi ufuk yang luas kepada jiwa dan pemikirannya. Beliau menafsirkan al-Quran dengan menamakannya sebagai “Khawatir al-Imaniah”. Ia bukan semata-mata tafsiran ayat demi ayat mengikut tertib mashaf serta menerangkan kalimah dan menafsirkan ayat tersebut.

Wasiat Beliau

Sebelum Syeikh Sya' rawi meninggal dunia, beliau telah mengumpulkan anak-anak cucunya lalu berwasiat agar tidak bergaduh dalam masalah harta. Sesiapa yang inginkan harta, ambillah hartanya. Malah beliau berwasiat bahawa perbalahan mereka biarlah pada masalah agama. Pusaka agama yang beliau tinggalkan ialah tafsir al-Quran, hadis dan ilmu-ilmu beliau. Beliau juga berwasiat perkara yang sama kepada seluruh umat Islam.

Saat Kematian

Semasa di akhir hayatnya juga, beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Hussain! Kamu telah datang sendiri berjumpa aku, aku gcmbira dengan kedatanganmu".

Pada pagi Rabu 17 Jun 1998/22 Safar 1419H, sejarah tersulam di dalam diari Islam, setelah mengalami kegeringan akhirnya beliau kembali ke pangkuan Ilahi. Jenazahnya telah dimandikan oleh Dr Omar Hashim dan diimamkan oleh Dr Sayyid al-Tantawi.

Umat Islam ketika itu terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah wafat ketika berumur 87 tahun.
Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dibawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.
Pemergian ulama besar ini telah menghimpunkan jutaan manusia sebagaimana mereka
berasak-asak dalam perhimpunan untuk mendengar tazkirah dan kuliah semasa hidupnya. Kegembiraan penduduk kampung Daqadus, Mansurah (Tempat asal al Fadhil) bertukar dengan linangan airmata kerana pemergiannya. Tersambar di hati-hati mereka suatu keperitan dan kesedihan di atas pemergian dan perpisahan yang tidak diingini ini.

Pemergiannya juga menandakan kehilangan seorang tokoh agamawan yang kontroversi dalam
sejarah moden bumi Mesir. Al Fadhil Syeikh amat dikasihi oleh penduduk kampungnya kerana beliau banyak menafkahkan harta-hartanya untuk kebajikan umat Islam. Beliau telah mendirikan sekolah rendah serta Maahad Azhar di Daqadus untuk kemudahan penduduk kampungnya. Walaupun beliau pergi untuk selamanya namun jasa dan keprihatinannya terukir indah dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka. Pada tahun 1967, Mesir telah digugat oleh isu kemiskinan, kemunculannya memberikan satu jasa yang besar dan beliau merupakan lambang keamanan dan kemiskinan. Omar Abdul Rahman dan Syeikh Tantawi menyatakan bahawa beliau adalah merupakan the silent hero untuk the silent people yang tidak menimbulkan sebarang pemberontakan. Beliau tidak pernah masuk bertanding di dalam pilihanraya.

Ramai di kalangan intelektual terutamanya yang berhaluan kiri seperti Hamanda mengesyaki adanya pakatan sulit antara kerajaan dan stesyen t.v. yang menayangkan rancangan Syeikh Sya'rawi, Nasional T.V. hanya menyiarkan 15 minit untuk pengkebumian Syeikh Sya'rawi. Liputan akhbar Ahrar menyatakannya sebagai 'Lawak Dekad Ini'.Semasa di akhir hayatnya juga, beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Hussain! Kamu telah datang sendiri berjumpa aku, aku gcmbira dengan kedatanganmu".

Pada pagi Rabu 17 Jun 1998/22 Safar 1419H, sejarah tersulam di dalam diari Islam, setelah mengalami kegeringan akhirnya beliau kembali ke pangkuan Ilahi. Jenazahnya telah dimandikan oleh Dr Omar Hashim dan diimamkan oleh Dr Sayyid al-Tantawi.

Umat Islam ketika itu terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah wafat ketika berumur 87 tahun.
Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dibawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.

Pemergian ulama besar ini telah menghimpunkan jutaan manusia sebagaimana mereka
berasak-asak dalam perhimpunan untuk mendengar tazkirah dan kuliah semasa hidupnya. Kegembiraan penduduk kampung Daqadus, Mansurah (Tempat asal al Fadhil) bertukar dengan linangan airmata kerana pemergiannya. Tersambar di hati-hati mereka suatu keperitan dan kesedihan di atas pemergian dan perpisahan yang tidak diingini ini.

Pemergiannya juga menandakan kehilangan seorang tokoh agamawan yang kontroversi dalam
sejarah moden bumi Mesir. Al Fadhil Syeikh amat dikasihi oleh penduduk kampungnya kerana beliau banyak menafkahkan harta-hartanya untuk kebajikan umat Islam. Beliau telah mendirikan sekolah rendah serta Maahad Azhar di Daqadus untuk kemudahan penduduk kampungnya. Walaupun beliau pergi untuk selamanya namun jasa dan keprihatinannya terukir indah dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka. Pada tahun 1967, Mesir telah digugat oleh isu kemiskinan, kemunculannya memberikan satu jasa yang besar dan beliau merupakan lambang keamanan dan kemiskinan. Omar Abdul Rahman dan Syeikh Tantawi menyatakan bahawa beliau adalah merupakan the silent hero untuk the silent people yang tidak menimbulkan sebarang pemberontakan. Beliau tidak pernah masuk bertanding di dalam pilihanraya.

Ramai di kalangan intelektual terutamanya yang berhaluan kiri seperti Hamanda mengesyaki adanya pakatan sulit antara kerajaan dan stesyen t.v. yang menayangkan rancangan Syeikh Sya'rawi, Nasional T.V. hanya menyiarkan 15 minit untuk pengkebumian Syeikh Sya'rawi. Liputan akhbar Ahrar menyatakannya sebagai 'Lawak Dekad Ini'.



## Ya ALLAH jadikan kami hamba-hambaMu yang terus memburu redhaMu..jadikan ziarah kami mendapat berkat dan nilaian di sisiMu..masukkan kami bersama para anbiya' dan auliya' di syurgaMu..Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami..sesungguhnya terlalu banyak dosa yang telah kami lakukan..tanamkan semangat perjuangan para-para Anbiya' dan Auliya' di dalam hati-hati kami Ya Allah....Jadikan kami golongan yang berilmu dan beramal dengan ilmu untuk membantu menegakkan AgamaMu..Ya Allah jangan Engkau hinakan kami dunia dan akhirat...Satukan hati-hati kami dalam perjuangan yang suci ini..moga ukhwah kami ini mendapat redhaMu Ya Ilahi..

*...bersambung...




Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi dan membiarkan blog kesayangan sya ini bersawang,hampir 6 bulan rasanya..sya kembali..niat asal ingin sahaja menutup blog ini kerana sya rasa tidak mampu untuk meng updatenya selalu..rasa bersalah kerana sentiasa mengabaikan haknya..tp hati sya sentiasa rindukan penulisan..sya tidak pandai menulis,jauh sekali untuk menghasilkan article2 yang hebat seperti orang lain tp sya sangat minat dengan penulisan..yang penting sya sangat sayang dan mnghargai blog sya ini..

Sentiasa mengikuti blog-blog kegemaran sya membakar semangat sya untuk terus dalam dunia penulisan blogger..rasa tidak mampu atau persoalan blehkah sya istiqamah sya ketepikan,sya ingin terus mencuba..blog-blog yang PASti sahaja sya lawati setiap hari iaitu blog utz salman maskuri,utz hairul nizam dan utz nazrul membakar semangat sya..sya ingin FAQIH seperti mereka..warisan Nabi Muhammad dan para alim ulamak..sya ingin mampu menyampaikan ILMU sebaik mereka,tapi seolah macam langit dan bumi sahaja..bleh ke yer? atau sya hanya berangan-angan..heheh..sya ingin menghasilkan sesuatu yang mampu memberi manfaat kepada seme..bukan hanya sekadar blog yang hanya 'syok sendiri'..Dakwah dan perjuangan itu kan banyak cabangnya..Sya ingin Faqih seperti mereka..sya ingin seperti Saidatina 'Aisyah demi Islam tercinta..Doakan sya yer :)

Imam Ibnu Qayyim menyatakan di dalam Madariju As Salikin yg bermaksud..."ILMU itu adalah petunjuk, dan ia adalah tinggalan dan warisan para NAbi.Dan orang yang berilmu adalah generasi dan pewarisnya,dan dia(ILMU)adalah penghidup hati.."

Imam al Ghazali menukilkan kata-kata Imam Asy Syafie RA di dalam Mukasyafah al Qulub yang bermaksud..."Sesiapa yang mempelajari al Quran,tinggilah nilainya,Dan sesiapa yang mempelajari Fiqh,mulialah kedudukannya,Dan sesiapa yang mempelajari Hadis,kuatlah hujahnya.."

Wallahu'alam..