Dalam kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam, salah seorang di antaranya ialah raja Busra, surat kepada raja ini di hantar oleh Haris bin Umar Azdi ra. Sewaktu membawa surat ketika Haris bin Umar ra. sampai di Mauta beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar.
Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris bin Umar ra. adalah utusan untuk menyampaikan surat. Rasulullah SAW sangat dukacita atas kematian Haris, lalu baginda mengumpulkan seramai 3000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harthah sebagai ketua pasukan.

Kemudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran: “Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranva Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.” Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata: “Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagaimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”

Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah SAW memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh baginda SAW kepada Zaid. Rasulullah SAW menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan baginda berdoa: “Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”
Setelah Rasulullah SAW selesai berdoa, Abdullah bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap syair yang bermaksud: “Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air. Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku. Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata: Semoga engkau telah gugur kerana Allah.... berjaya dan makmur.

Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.” Di pihak musuh pula ketuanya yang bernama Sarjil, telah mengetahui mengenai persediaan tentera Islam, Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika, Sarjil dan bala tenteranya hendak mara, ia mendapat berita bahawa Kaisar sendiri sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri dari 100,000 orang untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa ragu-ragu dan mereka berfikir samada mara atau pun tidak untuk menentang musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu. Atau mereka mengirim utusan kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan nasihat.

Dalam ragu-ragu itu Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang: “Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.” Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah bin Rawahah, maka para sahabat pun bertekad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan peperangan Mauta. Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid ra. menggenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran, maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian.

Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu. Sarjil telah mengirim berita kepada Kaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Kaisar pun menghantar tenteranya yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. Tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentara Islam yang cuma 3000 orang sahaja.
Dalam pertempuran yang sengit itu maka syahidlah Zaid ketua panglima tentera Islam. Jaafar ra. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera, beliau dengan sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran. Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu Jaafar membaca beberapa ungkapan syair: “Wahai manusia! Betapakah indahnya syurga. Dan betapa gembiranya tentang kehampirannya!
Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua.” Dengan memegang bendera Islam yang berkibaran di sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memegang pedang beliau terus meluru ke arah musuh. Sewaktu meluru tangan kanan beliau yang memegang bendera telah ditetak, beliau dengan segera memegang bendera dengan tangan kiri, tetapi tangan kiri beliau juga ditetak, beliau tetap memegang kuat dengan menggigit bendera dengan bantuan kedua belah bahunya yang telah kudung. Darah mengalir seperti air paip. Datanglah musuh dari arah belakang lalu menetak Jaafar ra. sehingga terbelah dua, dan syahidlah Jaafar ra. Umur Jaafar ra. ketika itu ialah 33 tahun.

Abdullah bin Umar ra. menceritakan, “Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”

Sewaktu Jaafar ra. terbunuh Abdullah bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan. Beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar berita tentang kematian Jaafar. Dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata “Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedangkan Jaafar telah sampai ke syurga.”

Tanpa membuang masa Abdullah bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran anak-anak jarinya banyak yang parah dan banyak yang tergantung dengan isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya. Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbandingkan tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu dia tersentak dan berkata ia dalam hatinya: “Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian?” Adakah kerana cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah kerana kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah.”

Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata: “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.”
Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melemparkan daging tersebut. Dengan pedang yang terhunus beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau syahid di medan pertempuran


Buat sahabat & sahabiah.. betapa beruntungnya diri bila kita dikurniakan sahabat yang mempunyai ciri-ciri persahabatan,memahami antara satu sama lain..Berdoalah moga kita dikurniakan sahabat sedemikian.. Insya-ALLAH

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.Harapan dan impian juga kita luahkan.Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita…..

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat… Kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..sebagai kekuatan.
Jadilah kita sahabatnya itu….

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan….. Kita tidak tahu….

Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

# Buat 'cikgu',bakal Yb ;),S & S moga Ukhwah kita sentiasa berpanjangan..

Semakin hampir tarikh 8hb Mac 2008 makin terasa bahang pilihan raya,walaupun tidak dapat merasai suasana sebenar seperti sahabat-sahabat seperjuangan di malaysia namun tempiasnya tetap terasa.Saban hari apabila di'search' pada akhbar-akhbar tempatan milik kerajaan makin rancak tari mereka mencari isu-isu,mengaburi mata rakyat..

Pemisah benua ataupun ketidak mampuan kita selaku pelajar luar negara untuk pulang ke tanah air pada pilihanraya akan datang bukan alasan untuk kita melepas diri atau lari dari tanggungjawab untuk turut serta membantu memberi kemenangan kepada Islam.Sebagai seorang yang beragama Islam,Dan kita mengaku beriman kepada Allah,Taklifan sebagai seorang Khalifah sudah terpahat dalam diri untuk menyinari alam ini dengan kebaikan..Selagi Islam tidak terlaksana,selama itulah beban tugas Dakwah bagi pejuang-pejuang Islam tidak akan selesai.Rantai-rantai perjuangan pasti akan terus bersambung hingga tertegaknya Islam..

Di mana pun kita berada kita tetap berperanan..bantulah Islam untuk mencapai kemenangan.Walaupun kita tidak dapat turut serta dalam medan pilihan raya yang sebenar tapi berbagai usaha lain yang boleh kita lakukan..mulai saat ini marilah kita sama-sama menyeru sahabat-sahabat kita untuk memainkan peranan membantu kemenangan Islam..

1) LAZIMI SOLAT HAJAT DAN DOA
- Wajibkan bagi diri kita dan serulah sahabat-sahabat kita untuk solat hajat setiap malam dan sentiasa berdoa memohon sungguh-sungguh kepada Allah memberi nusrahNya dan memberi kemenangan kepada Islam.Sememangnya tipu daya dan perancangan pihak lawan sukar dijangka dan sangat hebat tetapi kuasa Allah itu mengatasi segalanya..Mereka membuat tipu daya,Allah membalas tipu daya mereka itu,dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya....

2) LAZIMI QUNUT NAZILAH
- Moga-moga Allah memberi kekuatan dan nusrahNya kepada pejuang-pejuang agama Allah yang bertungkus lumus untuk menegakkan Islam.

3) MENDERMA
- Walaupun hakikatnya rata-rata dari kita bukanlah hartawan mahupun jutawan malah majoriti masih di bawah tanggungan keluarga tapi sama-samalah kita berusaha menjadi dermawan,walaupun sedikit tetapi sekurang-kurangnya ada sumbangan kita.Tidak mustahil keikhlasan kita dalam menderma menjadi antara asbab yang membantu memberi kemenangn kepada Islam.Sahabat-sahabat kita di malaysia memerlukan dana yang banyak untuk menghadapi pilihan raya..kalau bukan kita siapa lagi untuk turut membantu..

4) LAKSANAKAN DAKWAH FARDHIAH
- Ketika inilah pentingnya peranan sms dan chatting..jalankan amal fardhiah kepada ahli keluarga dan sahabat handai di malaysia melalui dua cara ini..laksanakan peranan kita..tidak mustahil kita menjadi penyebab untuk orang mendapat hidayah..kempenlah untuk sama-sama memberi kemenangan kepada Islam..

Sahabat-sahabat Seperjuangan...

Kita merancang,Allah menentukan..Jangan terlalu berharap untuk melihat hasil dalam masa yang singkat.Kita rasa tidak akan menang tetapi kita kena terus berjuang.Perjuangan itu prosesnya panjang dan berterusan..Yang penting kita berperanan untuk sama-sama membantu Islam untuk menang..

Ingatlah..di akhirat kelak,kita tidak akan ditanya bila Islam itu menang tetapi yang pasti kita akan ditanya apa sumbangan kita dalam membantu Islam..apa kita dah buat untuk Islam..moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan mereka-mereka yang dihinakan oleh Allah..

Sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama membantu dan memberi sokongan kepada perjuangan Islam dalam pilihan raya akan datang..laksanakan peranan kita..moga-moga kita tergolong dalam golongan rantai-rantai perjuangan Rasulullah..

Untuk sahabat-sahabat di malaysia teruskan perjuangan kalian..yakin dengan janji Allah..Kemenangan untuk Islam pasti akan datang..moga nusrah Allah sentiasa mengiringi kalian..Kita mampu mengubahnya..biarpun perjalanan itu masih jauh tapi demi Islam kita akan terus merintisnya bersama-sama..

wallahu'alam..

"الحمدلله الواحد الاحد الفرد الصمد الذى لم يلد ولم يولدز لا اله الا الله الحليم الكريم ،سبحان الله رب العرش العظيم الحمد لله رب العالمين واصلاة والسلام على رسول الامين اشرف الانبياء المرسلين وعلى اله الطاهرين واصحابه اجمعين اللهم نسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من كل اثم لا تدع لنا ذنبا الا غفرته ولا هما الا فرجته ولا حاجة هي لك رضا الا قضيتها يا ارحم الراحمين يا ذىالجلال والاكرام

Ya Allah Tuhan Yang Maha Perkasa, Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Yang menjadi tempat hamba-hamba-Nya mengadu, yang tidak ada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah. Sesungguhnya, kami mengaku, lemahnya kami, banyaknya dosa kami, buruknya kelakuan kami, lalainya amal-amal kami, sedikitnya ibadat kami, tatapi Ya Allah, kami tidak pernah berTuhankan melainkan kepada Engkau Ya Allah, kerana tidak ada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah Yang Maha Tunggal.

Ya Allah, Tuhan Yang memiliki alam semesta, kami mengadu kepadaMu, berilah kemenangan kepada Parti Islam SeMalaysia dan sekutu-sekutunya dalam pilihanraya kali ini Ya Allah. Kau berikan kekuatan kepada kami, kegerunan kepada musuh-musuh kami, Kau kuatkan saf-saf kami, hancurkan barisan musuh-musuh kami. Ya Allah Yang Maha Perkasa, Engkau hancurkanlah peluang mereka, patah-patahkanlah hujah mereka, kembalikanlah tipu daya mereka kepada batu jemala mereka sendiri.Engkau kalahkanlah mereka sebagai mana Engkau kalahkan tentera ahzab dahulu.

Ya Allah, tamatkanlah keangkuhan dan kesombongan mereka, patah-patahkanlah tulang-temulang mereka, putus-putuskanlah urat temurat mereka, lemahkanlah daya mereka, dan berikanlah kemengangan kepada Kami Ya Allah.

Ya Allah, kepadaMu kami mengadu, kerana tiada tempat bergantung melainkan kepadaMu, kami serahkan pengundi-pengundi hantu yang memihak kepada musuh kami kepada-Mu Ya Allah. Engkau timpakanlah kesusahan kepada mereka, Engkau sempitkanlah usaha mereka, Engkau halangkanlah usaha mereka, Engkau lumpuhkanlah segala pergerakan mereka,Engkau timpakanlah musibah kepada mereka seumur hidup mereka, Engkau butakanlah mata mereka sehingga tiada apa yang mereka nampak melainkan bulan purnama yang bersinar ceria.

Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar, Tuhan Yang Maha Membalik-balikkan hati, berilah petunjuk kepada rakyat Malaysia untuk mengundi parti kami dan sekutunya, balikkanlah hati mereka untuk mengundi parti kami dan sekutunya, hanya Engkau Yang Maha Berkuasa.

Amin ya Rabbal Alamin.
"

Sumber :TranungKite



"Semakin Jauh Perjalanan Semakin Dekat Kematian..Semakin Bertambah Bebanan,Semakin Kurang Pula Keupayaan..Hanya Iman Dan Keyakinan Mampu Mengayuh Perahu Kehadapan..Penuh Ketenangan,Merempuh Ujian..Tuluslah Dengan TUHAN.."

14 FEBRUARI, tarikh yang di nanti-nantikan oleh pasangan yang sedang asyik dalam dunia cinta. Kita mengenali tarikh itu sebagai tarikh memperingati kekasih, lalu menyambutnya bersama kekasih dengan pelbagai gaya dan cara. Ada yang menyambutnya dengan memberi bunga, memberi coklat, keluar bersama kekasih ke suatu tempat yang romantik untuk di nikmati saat-saat indah bersama orang yang di sayangi, dan bermacam-macam lagi. Hakikatnya mereka hanya sedang di alam percintaan sahaja yang belumpun disahkan sebagai suami isteri yang sah tetapi telah melampaui perjalanan hidup suami isteri. Apakah maknanya semua ini?

“Valentine day” merupakan perayaan memperingati seorang paderi tetapi apabila dinobatkan sebagai hari kekasih, kita langsung menerimanya walaupun kita telah tahu sejarah dan asal usul bermulanya hari itu. Kita buat-buat tidak peduli. Hari ini ramai sudah tahu bahawa valentine mengambil sempena seorang paderi St. Valentino yang merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Mengikut ceritanya seperti dijelaskan oleh Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu? Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu



12 FEBRUARI, tarikh yang agak sukar untuk kita congak simboliknya kepada kita. Ada apa dengan 12 februari? Hari memperingati apa?12 februari tidak pernah meminta di sambut kedatangannya, dan laluilah 12 februari seperti mana biasa.Namun 12 februari 1949, telah mencatatkan satu peristiwa penuh tragis, syahidnya Imam Hassan Al-Banna, pergi menghadap Allah untuk selama-lamanya.

Dan kisah pembunuhan As-syahid Imam Hassan Albanna diceritakan sebagai;
Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'

Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.

Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.

Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan. Mereka dianugerahkan elaun khas di atas jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.

14 februari, di ingati sebagai hari memperingati kekasih, manakala 12 februari berlalu tanpa apa-apa memori padanya. Merenungi kisah perjuangan Imam Hassan Albanna, pernahkah kita bertanya, untuk apa beliau berjuang sehingga dibunuh dengan sebegitu kejam? Adakah disana terdapat komisen, wang pencen, habuan duniawi yang diperolehi beliau? Begitu jugalah kisahnya dengan perjuangan Imam-imam besar islam .Imam Bukhari contohnya, merantau jauh dan di suatu masa terpaksa memakan daun-daunan kerana tiada makanan hanya kerana ingin mengumpul hadis. Apa yang imam bukhari dapat dari dunia ini dengan berusaha dengan sebegitu rupa?

Hakikatnya dunia ini tiada apa-apa.Dalam suatu hadis Qudsi Allah swt berfirman :” jika sekiranya dunia ini berharga umpama satu sayap nyamuk disisi Allah, maka Allah tidak akan memberi makan dan minum kepada orang-orang kafir ”


Mereka bahagia dalam keyakinan.Luaran kelihatannya mereka terlalu susah dan payah,namun ketenangan itu milik mereka. Jadi, apa pula pengorbanan dan usaha kita!
Wallahu a’lam…

***Saya petik dari kata-kata Hassan Al-Banna,Saya tujukan khas buat sahabat-sahabat seperjuangan yang disayangi Fillah.Moga-moga kalian turut disayangi Allah dan sentiasa dibawah RahmatNya...


SahabatKu..tetaplah atas jalan Dakwah!!

"Akan ada dikalangan umatku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran.Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah,mereka tetap seperti itu."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Indah kalam Rasul Junjungan,
Mengajar erti perjuangan,
Perlukan keteguhan azam,
Istiqomah,Tetap pendirian,
Jangan mudah terhalang,
Janji Allah pasti datang!

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya,
Rasul bermadah lagi,
Satu janji,satu aspirasi,
Islam takkan dapat ditandingi,
Cuma yang belum pasti,
Adakah kita tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci,
Bagi merebut pandangan Ilahi,
Sebagai jiilul Quran yang tersendiri,

"Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepadaNya),dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu)dengan kaum yang lain,dan mereka tidak akan seperti kamu ini."(surah muhammad:7)

Ayat Allah cukup menggentarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
Buat hamba-Nya yang bermalas-malasan,
Senantiasa mencipta alasan,
Liat dengan dakwah dan peningkatan,
Mahu diketuk berterusan,
Tidak menjadikan penggeraknya iman,
Cinta Allah dibuat khayalan,
Bimbang kelak diri akan terbuang,
Daripada jalan dakwah,penuh ujian,
Dibiarkan Allah dengan keasyikan,
Tertipu dengan jalan kehancuran!

Ketahuilah sahabatKu,
Allah memelihara jalan-Nya,
Agar disusuri hati yang bersih,
Sarat ketaqwaan,
Merindui wajah-Nya,
Jua keredaan,
Itulah jiwa insan pejuang,
Bimbanglah sahabatKu,
Daripada memiliki jiwa munafik,
Bertopeng ketaatan...

.::Doakan moga kita sama-sama terus Thabat di jalan Dakwah ini..Lebih2 lagi diri yang dhoif ini..