Beberapa kaedah 'mengetuk pintu rakyat' dengan maklumat alternatif

Sejauh manakah maklumat di 'alam maya' dapat dirakyatkan?

Di samping harapan menggunung parti pembangkang untuk menerajui perubahan dan keghairahan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, terselit juga rasa seakan segalanya 'jauh panggang dari api'. Ia bukan bermaksud parti pembangkang gagal menjuarai isu ummah mahupun mengemukakan calon yang berkaliber, tetapi isunya masih berkisar kepada persoalan di atas.Iaitu sejauh mana maklumat alternatif dapat meresap di jiwa rakyat sehingga mereka yakin untuk membuat perhitungan?

Apakah kita hanya syok sendiri bila membicarakan kes pita Linggam, isu rasuah, penipuan pilihan raya, kenaikan harga minyak dan sebagainya, sedangkan rakyat bawahan hanya mengangguk berkali-kali mendengar penipuan media kerajaan?

Menunggu dan mengharapkan Pak Mat di hujung kampung berkunjung ke kafe siber melayari blog alternatif dan mencetak untuk seisi keluarganya, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba! Akhirnya pembangkang akan sekali lagi memerah otak untuk membuat post-mortem kekalahan pilihan raya.

Justeru, diperturunkan di sini beberapa saranan agar dapat diperhalusi oleh pimpinan dan aktivis Barisan Alternatif untuk tindakan segera:

1. Penubuhan team siber ala Cyber Trooper Pemuda Umno

Skuad khas di peringkat pusat ini wajar dibentuk dari golongan muda (yang boleh berkhidmat bukan sekadar saat menghadapi pilihan raya, bahkan sepanjang masa) yang ditugaskan mengumpulkan maklumat alternatif yang bersesuaian seterusnya memurnikannya dalam bentuk risalah yang sedia untuk dicetak secara berkala.Skuad ini tidak perlu mencetak bagi pihak kawasan mahupun cawangan. Mereka sekadar menyediakannya dalam bentuk PDF yang boleh dimuat-turun atau dicetak daripada web atau blog khas yang rasmi.Dalam erti kata lain, pimpinan Barisan Alternatif kawasan atau cawanganlah yang bertanggungjawab mencetaknya secara berkala dan maklumat tersebut adalah sama dan selari di seluruh negara!

2. Risalah masjid dan pasar malam

Sekiranya cadangan penubuhan team ala Cyber Trooper tadi diterima, maka risalah yang dihasilkan hasil himpunan maklumat puluhan blog alternatif di alam maya tadi bolehlah dijadikan risalah masjid atau bahan edaran di pasar malam (secara berkala).
Risalah ini mesti dicetak petugas parti di kawasan atau cawangan masing-masing seminggu sekali. Paling tidak pun dua minggu sekali dan diedarkan pada hari Jumaat atau di pasar malam.Jika ia berhasil, saya percaya kita akan berjaya mengetuk pintu setiap rumah dengan maklumat alternatif.

Cadangan ini walaupun nampak mudah dan remeh, namun untuk menjayakannya perlukan komitmen yang tinggi dari pelbagai pihak termasuk peringkat pimpinan setempat dan atasan.

3. Kempen SMS

Menginsafi bahawa majoriti rakyat telah menggunakan SMS sebagai alat perhubungan terkini, maka sudah sampai masanya Barisan Alternatif menggiatkan penggunaan wadah ini secara percuma kepada rakyat untuk tujuan penyebaran maklumat semasa.
Kaedah langganan SMS (secara berbayar) kurang praktikal kerana sebarannya agak terhad. Cuma cabarannya di sini ialah pengumpulan dana bagi menampung kos operasi.

Bagaimanapun diharapkan cadangan ini diperhalusi kerana saya yakin dengan maklumat yang tepat dari saluran seumpama ini, rakyat mampu membuat perubahan yang hebat!
Mungkin pihak tertinggi parti boleh mengadakan rundingan dengan syarikat telekomunikasi untuk mewujudkan perkongsian pintar. Saya percaya mereka mampu menawarkan pakej terbaik nanti.

4. Recycle akhbar alternatif, jangan disimpan di dalam almari!

Saranan ini pernah kedengaran sebelum ini. Namun saya nukilkan sekali lagi untuk tindakan segera penyokong Barisan Alternatif. Akhbar parti seperti Harakah, Suara Keadilan, dan akhbar-akhbar bebas seperti Wasilah, Siasah dan sebagainya haruslah menjadi bahan bacaan wajib seisi keluarga.Setelah habis membacanya, jangan disimpan di dalam almari, tetapi letakkannya di warong-warong kopi, masjid, bus-stop, kantin, ruang menunggu di bank, hospital dan di mana sahaja yang menjadi tumpuan awam.

Saya pernah melakukannya dan ternyata berbaloi. Pahala pun dapat, maklumat kita pun sampai kepada rakyat terbanyak.

5. Buat nota, komen dan contengan pada berita akbar kerajaan!

Bagi pembaca akhbar Utusan, Berita Harian dan pelbagai akhbar kerajaan, anda hendaklah bertindak bijak dengan menconteng ruangan berat sebelah mereka dengan komen-komen alternatif yang kreatif dan berkesan.

Contohnya: "berita palsu", "berita ampu", "nak kelentong dah", "hati-hati..anda sedang ditipu", "BN..barang naik" dan sebagainya. Akhbar tersebut kemudiannya bolehlah diletakkan juga di tempat tumpuan awam.

Sekian dulu buat tatapan semua khususnya pimpinan Barisan Alternatif dan insan prihatin. Mudah-mudahan saranan-saranan yang diberi mendapat perhatian dan respons segera dari pihak yang berkenaan.

(SUMBER :Harakahdaily Mon | Dec 31, 07 | 1:43:00 pm MYT )



Suatu ketika, di tepian telaga kelihatan seorang pemuda sedang duduk termenung. Tatapan matanya kosong, menatap hamparan air di depannya.Seluruh penjuru mata angin telah di laluinya,namun tidak ada satu pun titik yang membuatnya puas.Kekosongan makin senyap,sampai ada suara yang menyapanya.”Sedang apa kau disini wahai anak muda?”tanya seseorang.Rupanya ada seorang lelaki tua. “Apa yang kau risaukan..?”Anak muda itu menoleh ke samping, “Aku lelah Pak Tua.Telah berbatu-batu jarak yang ku tempuh untuk mencari kebahagiaan,namun tak juga ku temukan rasa itu dalam diriku.Aku telah berlari melalui gunung dan lembah, tapi tidak ada tanda kebahagiaan yang hadir dalam diriku.Kemana kah aku harus mencarinya?Bilakah akan ku temukan rasa itu?”Lelaki tua itu duduk semakin dekat, mendengarkan dengan penuh perhatian. Di pandangnya wajah lelah di depannya.Lalu, dia mulai berkata, “Di depan sana, ada sebuah taman.Jika kamu ingin jawapan dari pertanyaan mu, tangkaplah seekor kupu-kupu buatku.Mereka berpandangan.“Ya...tangkaplah seekor kupu-kupu buatku dengan tanganmu”Pak Tua mengulangi kalimahnya lagi. Perlahan.... pemuda itu bangkit. Langkahnya menuju satu arah, taman.Tidak berapa lama, ditemuinya taman itu.Taman yang semarak dengan pohon dan bunga-bunga yang sedang mekar.Maka tidak hairanlah, banyak kupu-kupu yang berterbangan disana.Dari kejauhan Pak Tua melihat, memperhatikan tingkah yang diperbuat pemuda yang sedang gelisah itu. Anak muda itu mulai bergerak.Dengan mengendap-ngendap, ditujunya sebuah sasaran.Perlahan… Namun, Hap! sasaran itu luput.Di kejarnya kupu-kupu itu ke arah lain.Dia tidak ingin kehilangan buruan.Namun lagi-lagi. Hap!. Dia gagal.Dia mulai berlari tak beraturan.

Diterjangnya sana-sini.Dirempohnya rerumputan dan tanaman untuk mendapatkan kupu-kupu itu.Diterobosnya semak dan perdu di sana.Gerakannya semakin liar.Adegan itu terus berlangsung, namun belum ada satu kupu-kupu yang dapat ditangkap.Si pemuda mulai kelelahan.Nafasnya semakin kencang, dadanya bergerak naik-turun dengan cepat. Sampai akhirnya ada teriakan,“Hentikan dulu anak muda. Istirehatlah.”

Tampak Pak Tua yang berjalan perlahan.Ada sekumpulan kupu-kupu yang berterbangan di sisi kanan dan kiri Pak Tua.Mereka terbang berkeliling, sesekali hinggap di tubuh tua itu.”Begitukah caramu mengejar kebahagiaan?Berlari dan menerjang?Merempoh-rempoh tak tentu arah, menerobos tanpa peduli apa yang kau rosak?”Pak Tua menatap pemuda itu.“Nak, mencari kebahagiaan itu seperti menangkap kupu-kupu.Semakin kau terjang, semakin ia akan menghindar.Semakin kau buru, semakin pula ia pergi dari dirimu.” ”Namun, tangkaplah kupu-kupu itu dalam hatimu.Kerana kebahagiaan itu bukan benda yang dapat kau genggam, atau sesuatu yang dapat kau simpan.Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu.Telusuri rasa itu dalam kalbumu.Ia tak akan lari kemana-mana.Bahkan, tanpa kau sedari kebahagiaan itu sering datang sendiri.” Pak Tua mengangkat tangannya. Hap, tiba-tiba, tampak seekor kupu-kupu yang hinggap di hujung jari.Terlihat kepak-kepak sayap kupu-kupu itu, memancarkan keindahan ciptaan Tuhan.Pesonanya begitu mengkagumkan,kelopak sayap yang mengalun perlahan,layaknya kebahagiaan yang hadir dalam hati.Warnanya begitu indah,seindah kebahagiaan bagi mereka yang mampu menyelaminya.
***
Mencari kebahagiaan adalah layaknya menangkap kupu-kupu.Sulit bagi mereka yang terlalu bernafsu, namun mudah bagi mereka yang tahu apa yang mereka cari. Kita mungkin dapat mencarinya dengan menerjang sana-sini, merempoh sana-sini, atau menerobos sana-sini untuk mendapatkannya.Kita dapat saja mengejarnya dengan berlari kencang ke seluruh penjuru arah.Kita pun dapat meraihnya dengan bernafsu, seperti menangkap buruan yang dapat kita santap setelah mendapatkannya.Namun kita belajar, Kita belajar bahawa kebahagiaan tidak boleh didapati dengan cara-cara seperti itu. Kita belajar bahawa bahagia bukanlah sesuatu yang dapat di genggam atau benda yang dapat disimpan.Bahagia adalah udara dan kebahagiaan adalah aroma dari udara itu.Kita belajar bahawa bahagia itu memang ada dalam hati.Semakin kita mengejarnya,semakin pula kebahagiaan itu akan pergi dari kita.Semakin kita berusaha meraihnya,semakin pula kebahagiaan itu akan menjauh.

Cubalah temukan kebahagiaan itu dalam hatimu.Biarkanlah rasa itu menetap dan abadi dalam hati kita.Temukanlah kebahagiaan itu dalam setiap langkah yang kita lakukan. Dalam bekerja, dalam belajar, dalam menjalani hidup kita.Dalam sedih, dalam gembira, dalam sunyi dan dalam riuh.Temukanlah bahagia itu, dengan perlahan, dalam tenang, dalam ketulusan hati kita.

Saya percaya, bahagia itu ada di mana-mana.Rasa itu ada di sekitar kita.Bahkan mungkin, bahagia itu “hinggap” di hati kita, namun kita tidak pernah memperdulikannya.Mungkin juga, bahagia itu berterbangan di sekeliling kita,namun kita terlalu acuh untuk menikmatinya.

--------------------
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku



SALAM IMTIHAN untuk sahabat-sahabat seakidah..imtihan untuk kalian hampir tiba,terkadang takut melihat suasana di mansurah pada waktu-waktu sebegini,macam di serang garuda,Sunyi sepi seolah-olah warga malazi tidak menghuni di sini,masing-masing mengurungkan diri dan bertungkus lumus mengkhatamkan mana-mana kitab yang tak habis lagi dibaca,apapun GOOD LUCK untuk sahabat-sahabat syariah,usuluddin dan lughah..moga-moga Allah mudahkan kalian dan berjaya setimpal dengan usaha kalian.walaupun kami tidak menduduki peperiksaan lagi pada fasa ni tapi ujian yang tiba-tiba pihak maahad akan laksanakan bermula 5 hb ni tetap mendebarkan...Doakan kita sama-sama dipermudahkan.."Kejayaan bukan bergantung pada lamanya kita cemerlang tetapi pada setiap halangan yang kita tempuhi.."Fa iza 'azamta fatawakkal 'ala Allah..


Kesempatan berbicara dengan Allah s.w.t merupakan peluang tak ternilai dan berharga, sanggup kita biar begitu sahaja…
Rata-rata jika ditanya secara rambang, ramai di kalangan kita telah pun selesai khatam talaqqi Al-Quran pada usia yang begitu muda, alhamdulillah. Mungkin sekitar 8, 9 atau 10 tahun. Pendek kata masih di alam sekolah rendah lagi kita sudah habis bertalaqqi al quran.
Namun dalam keserasian fenomena semasa, tentu amat sukar sekali bagi kanak-kanak kecil ini memahami intipati al-quran keseluruhannya melainkan dengan bantuan terjemahan dan tafsir yang tersedia. Selaku azhari/azhariah kondisinya berbeza. Jika diberi kitab turas sekalipun insyaAllah boleh ‘interprate’ bila-bila masa. Tetapi itu bukanlah persoalan utama.
Bertalaqqi semula setelah meniti umur remaja adalah sebaik-baik cara memperbaiki diri dan memperbaiki mutu bacaan dengan cara mentashih bacaan al quran, dengan kata lainnya belajar membaca al quran secara lidah dewasa. Tiada istilah malu dan lughah segan serta rendah diri. Hadiri kelas intensif talaqqi dan tajwid bagi persediaan kita menceburkan diri di dalam masyarakat di Malaysia suatu masa nanti. ‘Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al quran dan mengajarkannya’
Saidina Ali Karamallauwajhah berkata : Nikmat itu ada 6 perkara : Islam, al quran, Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah, kesihatan, tertutupnya aib dan tidak mengharapkan bantuan orang.
Justeru itu kita perlu sentiasa bersyukur memuji tahmid kepada Allah, kerana dengan nikmatNya Dia memberikan pelbagai anugerah kurnia buat kita. Ironinya letakkan sesuatu matlamat tepat pada sasarannya akan mencerminkan kebijaksaan akal dan minda kita, in sya Allah.
Seringkali kita menanggapi hifz al quran sebagai satu muqarrar yang nyata yang tidak jauh bezanya dengan maddah-maddah lain. Elakkan diri dari membaca kalamullah hanya diqasad untuk imtihan. Rutinkan diri dan lazimi membaca al Quran bagi mengharap redha Allah. Dengan membaca kalamullahul mu’jaz ini, banyak kelebihannya yang akan kita perolehi. Diceritakan bahawa fadhilat membaca al quran ada 6 :

1.Sebagai pengubat dan penawar hati

Diriwayatkan dari Ibnu Umar berkata : Rasulullah bersabda : Hati manusia itu berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula? Katanya : Banyak mengingati mati dan membaca al quran.

Maka benarlah bahawa ubat hati ada 5 perkara :

Membaca al quran dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

2.Mendapat tempat yang mulia.

Dari Aisyah berkata, bahawasanya Rasulullah bersabda : Orang yang membaca al quran lagi mahir, kelak mendapat tempat di syurga bersama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik, dan orang yang membaca al quran tertahan-tahan dan tampak agak berat lidahnya (belum lancar) ia akan mendapat dua pahala.

3.Darjat ibu bapanya terangkat.

Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang membaca al quran dan beramal dengan isi kandungannya, Allah akan memakaikan mahkota pada kedua ibu bapanya di akhirat kelak, cahayanya lebih baik dari cahaya matahari di dunia, maka apakah sangkaan kamu terhadap amalan demikian ini.

4.Rumahnya terang dan berkat.

Daripada Anas r.a : Rumah apabila dibacakan al quran di dalamnya akan hadirlah para malaikat dan syaitan-syaitan akan menjauhinya, penghuninya akan merasa terang dan senang. Banyak sekali kebaikan akan dijumpai di rumah itu dan sedikit sekali kejahatannya. Dan rumah apabila tidak dibacakan al quran di dalamnya, akan hadirlah syaitan-syaitan dan para malaikat akan menjauhinya, penghuninya akan merasa sempit dan susah, sedikit sekali kebaikan di rumah itu dan banyak sekali kejahatannya.

5.Mendatangkan syafaat.

Rasulullah bersabda : Bacalah al quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat kelak sebagai syafaat pada tuannya.

6.Dikasihi Allah dan rasulnya.


Justeru, seharusnya peluang yang nyata terkandung pelbagai ganjaran ini buat kita. Biar sesibuk mana aktiviti harian kita, jangan lupa tunaikan hak kewajipan kita terhadap al quran selaku pembakar rohani demi meneruskan mujahadah nafs. Ingatlah, tiada hari dalam hidup kita tanpa al quran.


Baru-baru ni dapat berita Syeikh Ahmadi sakit dan masuk hospital,lamanya tak menziarahi Syeikh..Syeikh yang banyak berjasa kepada ku...

Kelmarin selepas balik dari maahad aku,nihlah dan maya menziarahi Syeikh di rumah beliau di Nadi Tajdif,Talha.Jarang Syeikh nak benarkan anak-anak murid beliau datang ke rumah lagi-lagi di waktu beliau sakit tapi Alhamdulillah selepas maya telefon kata aku nak ziarah Syeikh,dia izinkan..Ya!dah lama dia asyik tanya pasal aku dan dah lama aku tak jumpa beliau.MAAF Syeikh..bukan aku sengaja tapi aku tak berkesempatan.......

Syeikh bukak pintu terus senyum dan terus tanya "apa khabar Khadijah"(nama panggilan syeikh utk aku,yg diberikan khusus dari dulu smpi skrg,katanya bersempena nama zaujah Rasulullah).Sedih tengok Syeikh walaupun beliau cuba mempamerkan kegembiraan dengan kehadiran kami tapi wajah kesakitan masih dapat kami perhatikan,ta'ban sangat..sedihnya...Namun senyuman tak pernah lekang dari bibir beliau dan cahaya iman tetap terpancar diwajah beliau..Bersih..sejuk dan tenang hati..Patutlah kita digalakan bersama-sama para ulama' dan orang-orang soleh,di situ sentiasa ada ketenangan.

Syeikh bagitahu dia sakit dalam perut tapi dah agak kurang cuma sakit kepala dan pening sebab darah tak naik ke kepala..Doakan beliau..walau tak sihat, tapi ilmu tetap berjalan..sempat lagi Syeikh tanya pasal2 hukum,suruh baca qiraat dan dok tebuk2 ayat Quran kat kami,itulah Syeikh Ahmadi..akan cuba memanfaatkan masa yang ada untuk menyampaikan juga ilmu...

Tiba-tiba Syeikh pandang dan senyum kat aku.."Khadijah.. engkau kena kuat dan mesti sentiasa lebih kuat..teruskan..I.Allah..I.Allah..I.Allah..engkau akan najah,engkau akan najah..aku sentiasa doakan engkau,aku yakin engkau akan najah tahun ini...engkau tak najah Quran je tapi.." Syeikh geleng kepala...Ya Syeikh..walau berat tapi itulah yang kami kena tempuhi selaku pelaja qiraat,satu @ dua madah tak najah kmi kena kena ulang semua madah semula..berbeza dengan kuliah..Syeikh kata takpe teruskan,i.Allah yakin dengan janji Allah..

Teringat mula-mula mengenali dan tasmi' dengan Syeikh,memang takut sangat-sangat,lebih-lebih lagi dimaklumkan Syeikh Ahmadi adalah Syeikh paling garang kat mansurah sampai ada sesetengah para ikhwah yang pernah bertalaqi dengan Syeikh dok kata kita tengok setakat mana budak-budak qiraat ni mampu bertahan dengan Syeikh..Syukran..Dengan kata-kata cabaran kalianlah kami cuba untuk buktikan dan Alhmdulillah akhrnya setelah menghadapi bermacam-macam ujian kami berjaya juga mengkhatamkan hingga ke akhir bersama Syeikh Ahmadi...

Sememangnya Syeikh Ahmadi nampak garang dan agak garang tapi sebenarnya beliau seorang yang penyayang dan sentiasa merendah diri,malah sering memberi bantuan kewangan kepada sesiapa yang berhajat..Sepanjang kami tasmi',rasanya xpernah lagi yang kena pukul @ masuk hospital.Kena marah tu perkara biasa,adat dalam menimba ilmu,itupun atas sebab salah dan silap kami sendiri juga..hafalan tak lancar dan malas mengaji..

Paling tak tahan kalau pergi tasmi' kena paksa makan,kalau dalam maktabah Syeikh ade apa-apa makanan,Syeikh akan suruh habiskan dan beliau tak akan bagi tasmi' selagi tak makan,tension jugak kadang-kadang smpi ada yang pakat puasa waktu hari tasmi'...Rindunya suasana tasmi' dengan Syeikh..

Paling terharu satu hari Syeikh minta aku datang ke maktabah,datang sorang,jangan bawak sesiapa pun hatta Faizah(peneman setiaKu setiap kali tasmi') sbb Doktorah2 ade kat maktabah.Sampai-sampai Syeikh suruh aku ambik satu kitab dan cakap engkau suka tak?..Rupanya Syeikh nak hadiahkan aku kitab Qiraat..Sedih dan terharu..Walaupun aku ni anak murid beliau yang paling teruk dan bermasalah tapi aku jugalah yang sentiasa didahulukan dalam apa-apa pun...Syukran Syeikh..

Masa aku gagal Syeikh turut sedih,bergenang air mata beliau..sedihnya masa tu..aku memang dah banjir..Faizah pun tumpang sekaki banjir..Syeikh nasihat,"Khadijah..engkau kena sentiasa tabah dan sabar,yakin dengan Qada' dan Qadar Allah..kena kuat..semua ni perancangan Allah..jangan sedih dan jangan sekali-kali putus asa..walau apapun berlaku engkau kena teruskan sampi berjaya..aku yakin engkau mampu..banyakkan minta pertolongan dari Allah..."..i.Allah Syeikh aku akan cuba..

Sebelum balik kelmarin Syeikh kirimkan kami beberapa nasihat beliau sebagai bekalan penguat semangat...

"ihfazil Quran,bertaqwalah kepada Allah,lazimi ketaatan pada Allah,elakkan maksiat.ingat pesan imam Waqi' kpd imam Syafie' (Syakautu ila waqi' Suu hifzi, Faarsyadani ila tarqil maasi,Faakhbarani biannal ilma nurun..Wanurullahi la yuhda lil aasi )...ista'enbillah..semuanya datang dari Allah..Ketika mengulang jangan fikir apa-apa,kosongkan fikiran tumpukan hanya pada Quran.."


*Buat adik-adik manfaatkanlah masa kalian bersama Syeikh @ Syeikhah dengan sebaiknya,peluang hanya datang sekali,di bawah kita masih ramai yang ingin turut serta.bagi peluang pada orang lain untuk sama-sama mendapat manfaat.Kita tak mampu untuk jadi yang terbaik tapi kita boleh menjadi yang lebih baik...moga kalian sentiasa dipermudahkan..


Sedih,pilu,kehilangan dan bermacam lagi perasaan yg tidak mampu diungkapkan mengiringi kepulangan sahabatKu,mulanya Kusangkakan dapat bertahan tapi akhirnya tewas juga...mana mungkin aku mampu merelakan kepulanganmu sahabat setelah hampir 4 tahun kita bersama-sama mengharungi jerit perih di bumi mesir ini..sokongan,tunjuk ajar dan semangat juangmu akan dijadikan azimat...moga-moga kepulanganmu sahabat akan membawa sesuatu yang berharga kepada tanah air kita.Doakan kami terus thabat mengali mutiara ilmu di bumi anbiya' ini..

Kerana Ilmu kita bertemu..Kerana Persahabatan kita menjalin ikatan..Kerana Cita-Cita dan Matlamat kita berpisah Dan mungkin juga kerana Persahabatan yang telah terjalin kita akan bertemu kembali...




.."Org yg berUBAH kerna TERPAKSA adalah MANGSA keadaan, Org yg berHIJRAH kerna MANUSIA adalah MANGSA kerugian, TAPI, org yg BERJAYA dan BERUNTUNG adalah org yg MEMAKSA dirinya utk berubah demi REDHA ALLAH" ...

Perubahan kepada kebaikan bukan semudah untuk menjadi sebaliknya dan tidak semudah yang di ungkapkan,kekuatan dalaman paling penting selain daripada faktor sekeliling...

Membina kekuatan dalaman yang tinggi juga bukan semudah yang di sangkakan...yang penting ialah ketenangan,sentiasa tenang dlm menghadapi apa jua keadaan.Mehnah dan tribulasi adalah asam garam dalam kehidupan.

"boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu,ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui.." (al-BAqarah : 216)


Sekali sekala terpaksa berubah & berkorban juga untuk kepuasan dan kebahagian orang lain..Moga keputusan yang dibuat memuaskan hati semua orang.."Pekakkan Telinga,Butakan Mata..Yang penting Terangkan Hati.."