Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat Melayu kerana ia tidak dimasyhurkan di negara kita.Sedangkan ia berkembang luas pada zaman Rasulullah S.A.W dan selepasnya,sebenarnya ia bukan suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia,bahkan Al-Quran yang dibaca sekarang adalah qiraat,tetapi masyarakat tidak mengetahuinya.
Sebagaimana Al-Quran dan Qiraat adalah satu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan,begitu juga pada Ilmu Tajwid.Ini bermakna Al-Quran itu adalah Qiraat dan Tajwid itu adalah Al-Quran.Maksudnya jika seseorang itu membaca Al-Quran tanpa bertajwid ia tidak dinamaka Al-Quran,juga tidak menjadi suatu ibadat,bahkan ia berdosa disisi syara'.
Firman Allah S.W.T :
ورتل القرآن ترتيلا
Maksudnya :
(Bacalah Al-Quran dengan Murattall (bertajwid dan menyebut hurufnya dengan baik) )
Ini adalah suruhan yang wajib daripada Allah S.W.T dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam.Sebagaimana yang telah lalu,bahawa periwayatan Al-Quran dan Qiraat dikalangan para sahabat R.A. pada zaman Rasulullah S.A.W. adalah berbeza di antara satu sama lain.Terdapat Qiraat yang diriwayatkan oleh sesetengah sahabat tidak diriwayatkan oleh sahabat yang lain,sedangkan mereka hidup pada zaman Rasulullah S.A.W. dan membaca Al-Quran dengan Baginda.
DEFINISI ILMU QIRAAT :
Ilmu Qiraat :membincangkan tentang kalimah-kalimah Al-Quran dan keadaan kalimah tersebut seperti panjang,pendek dan sebagainya.
Pengambilan :dari Sunnah dan Ijma'
Faedah :memelihara daripada tersalah dan terpesong ketika menyebut kalimah-kalimah Al-quran,ia menjadi hujjah kepada Fuqaha' ketika mencari hukum-hukum syara' sebagai panduan kepada Ummah.
Tujuan :mengetahui bacaan Imam-imam Qurra'.
Kelebihan :ia adalah semulia-mulia Ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan Al-Quran
Nama :Ilmu Qiraat
Hukum mempelajari : Fardhu Kifayah
Pengasasnya :para Imam Qurra', ada pendapat yang mengatakan Abu Amruhafs bin Umar Ad-Dani(Al-Budul Az-Zaahirah,m.s,8 Abd Fattah Qodi dan Ithaf Fudhala' Al-Basyar : Al-Banna' m.s 5, Cetakan Darul Kutub Al-Elmiah)
Ilmu Qiraat yang membincangkan tentang pelbagai bacaan serta pengambilan dan sebutannya mesti diambil dari guru,sehingga bacaanya sampai kepada Rasulullah S.A.W. kerana Qiraat dan Al-Quran adalah Sunnah Muttabaa'(yang di amalkan).
DEFINISI QORI :
Qori terbahagi kepada 3 peringkat :
1. Permulaan : mengetahui satu hingga tiga riwayat Qiraat.
2. Pertengahan : mengetahui empat hingga lima riwayat Qiraat.
3.Penghujung : mengetahui banyak riwayat Qiraat dan kemasyhurannya.
DEFINISI MUQRI :
Mengetahui Ilmu Qiraat serta penerimaanya daripada guru.Peribadi penuntut Ilmu Qiraat ialah seorang Islam,berakal,sampai umur,dipercayai,amanah,kuat ingatan,jauh daripada perkara yang menyebabkan menjadi fasiq,juga daripada perkara yang menghilangkan maruah (harga diri).
Kesimpulan yang diambil dari kedua-dua definisi tersebut bahawa setiap pelajar yang meriwayatkan Ilmu Qiraat dari Toriq As-Syathiby dan Al-Jazari adalah dinamakan Muqri adapun yang lain daripada itu adalah Qori.
(PENGENALAN ILMU QIRAAT : Ustaz Mohd Rahim Jusoh)

0 comments: